Nuffnang Ads

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Aishah [Aku Cabar Korang Baca Kalaw Berani]



Assalamualaikum sumer..
Ghasak arr citer lame pon nak cite gak..hehe
Kalaw dah start baca baik baca sampai habis sebab ini adalah kisah benar yang bertajuk:
Aishah Masih Hidup
http://www.emocutez.com

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu iaitu lalaki pertama. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ketiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki keempat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya. Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar di atas, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka. Diulang, JANGAN hantar gambar ini kepada sesiapapun..


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

75 comments:

No name said...

kesimpulan nya: awk tak sayang reader awk, sebab tue awk share pic tue.. huhuhuuh

Anonymous said...

awk yg bt cte nie
xtgk ke pcture tu???

Unknown said...

YA ALLAH. SUMPAH kesian sehh! >.<

DaYaH JeLitA said...

ehehehe..cite nie tipu jelah..kalaw betul tak kan la saya nak sebar... kan saye jugak yang tgk gambar tu..hehehe

DaYaH JeLitA said...

korang percaya betul ker? huhuhu

Jenny Pa-un said...

ksian nye... huhu.. .. cite tipu la ye nie?

Dylla Abas said...

ish..sanggup baca cerita ni.tapi x sanggup nak tgk gmbrnya..seram kot..

biela bell said...

cehhhh~~ biar betOl nie..hahaha

Myung Dae said...

EERRGGHH!! Buat seram jerr. Meremang bulu roma den. lalalal (%_%)

Anonymous said...

dulu penah bace cite ni tp takot nk tgk gambar die . skrg da tgk ... seram kot . huhuu

sang pujangga said...

citer lame....

Sophie said...

sumpah nyesal bace!!!! takut gile2!!!! :'((((((

Nyamuk Terbang said...

nsb baik siang...kau nie
tkt seyh

Nyamuk Terbang said...

nsb baik siang...kau nie
tkt seyh

echa takashimaya said...

nama saya aishah jugak.tapi saya suka amik gamba.haha.bezabeza.

Anonymous said...

cte dan picture die seram
actualli true story or x??

~ɐıɯ nʞɐ~ said...

sangat menyeramkan...siyes xtipu...rase pening2 da..sebab ngantuk..haha

fazrulnoor said...

ea ke ni

Anonymous said...

huuuu~~
mama!akot.. :D

Cik Bambam said...

argghhhh!! ngeriiii..!! nasib baik dah dapat agak ada pic x best nie! scroll down cepat2!! wuwuuuu~

wany said...

addoiiii....ksian dya kan??

shafiqabdshukor said...

huuu~~~~
tp gmbr tu seram gak pe...
gmbr btol ke edit??

Fahmi said...

erm... siapa xboleh tgk gmbr ngeri.... kesian kat dia orang kan... :D

ingat kisah ni nk kena kan lelaki... tp bukan rupanya...

zaRain said...

T_T jahatnye..menyesal bace...sob sob

Unknown said...

kesian ny c aishah tu..takut nak tgk gbr tu huhu

DaYaH JeLitA said...

adehhhh jangan la marah saya..waduh3..ni tipu jer...kalaw tengok gambar tu kena sumpahan habis saye?? siap tulis lagi..kekeke

DaYaH JeLitA said...

@syafiqabdsyukor : amik kat blog sape ntah..huhuhu

Anonymous said...

nih, sume bidaah je lebih. dayah jelita punya cita bukan btol sgt pon. tambah ajinomoto lebih.

seliparpink said...

serius betul ke nie...berdegup jantung sy bile tengok gmbr tu..huhuhu

Mohd Hazwan Hashim said...

seram gila !~~ lariii. heehe :)

apeXogamY said...

mule2 engat macam tak caye..lepas tu bace mcm nak caye cket, lepas tu tak caye balik..lepas tu tak caye lgsg..hehe :P seram jugak lah sesiket pasal gambo tu..huhu

Anonymous said...

takot nanti ada yang sengal ubi g percaya.. tp pernah baca cite niyh.. :)

takot pada yg Maha Esa..

DaYaH JeLitA said...

hehe..tu la tak sangka ada yang percaya gak..kekeke

eelobor said...

huhuhu...selamba jer baca. siap tenung2 lg kat mata tuh. hihihihi

Anonymous said...

hahahahaha!

SchaNoorain said...

huwaaaaaa..
nak teyiak !! seram gila :'(

miZz_nizZ said...

pape pun amek pngjran..jgn wt bnde erapu n lnggar batasan agam..betol x?gile la yg rogol tu

Aniq Muhaimin Ismail said...

wahh,seerramm ni...whahaha..urm,nk tanye boley,mcm mne nk bwat header yg cantik tu?bole tlg ajar x?

My MiRa said...

serammmmmmmmmmmmm

eh eh terkusyuk plak bace ni ehhehe :P

Mehmet Wie said...

adoiii.. sakitnya kepala ku.. dayahhh..

khadijah said...

nak copy cite letak kat blog la, boleh tak?hee

Ada Sya said...

hebat2.. i like!

maxudo said...

dayah tak sayang kita semua, member aku mati xcident moto lepas baca blog nie kat cyber cafe,

DaYaH JeLitA said...

maxudo: awak cakap betul2 jangan main...saya cuak nie!!!!!

J-Are said...

aiyoook dayah tak taw.. hehehe.

Tiada Nama said...

weyh...buang skrg posst ni...kwn aq tu...xelok la kau ni...heehehehe

Unknown said...

seram wehh..
nak scroll atas bwh pun laju2..
bole buat filem ni..
hahaha... XD

Unknown said...

Bodoh!

Unknown said...

Den bdk medic pun terpejam mata tgk gmbr tu. Mak ai kcian doh

matamatamu said...

Ak baru baca cerita nie.... Seram gak....
Dayah jelita da kena sumpahan kot... Ak jumpe ari 2 dia hantuk kepala kt dinding 3 kali...

SC1 said...

Alamak masih gelap!!

Unknown said...

aishah kt tepi aku ni.. argh!! sakit mata #sebabsayarabun

Anonymous said...

my name is aishah and I also have the same kind of pain.. I have migrain.. hehe.. I got dizzy easily when facing with a lots of light.. :)

Man said...

Tipu ler citer tu

Man said...

Tipu ler citer tu

Anonymous said...

Apew laaa tuan punya cite niiii...
Buat takot org je,hummmmm...
Aku yg bc dah pkir nk cari ustaz dh tkt cgt,bsedia nk mtk tlg sblm aisah ni dtg sguh,hahaaaaaaiiii... mampossss...
Kpala hotak dh bercelaru dah rsanye,nyesal aku bce cite ni. Halahaaaai mambang!

Anonymous said...

Ya Allah... tolong aku Ya Allah... Aku Takut bace cite ni Ya Allah....
Huaaaaaaaa nak naaaangisssssss....
Takooooootttt....
Humhummmm...
X lena laaa tido aku mlm nih n mlm yg sterusnye,n mlm yg slanjutnye,n entah brape mlm laaa aku x lena tido lau takot camni...
Hadoiiii laaaa ...
Kenaling weh sero!

Anonymous said...

Ya Allah.... Takotnyeeeee... Tolong lah jaga Hamba mu ini dari gangguan syaitan yg di cite dlm kisah nih,hadoi laaaa Takot sudaaaa..
Tak Syok mane laaa aku nk tido nt mlm,entah brape lame laaa hadooooiiii???
Kenaling eh sero!

Anonymous said...

Hah hah hahhhhh,lawakkkk

Anonymous said...

Lawaknye,hah hah haaaah

Anonymous said...

Lawaknyeeee.hahaaa

Anonymous said...

seram doe....meremang ni....

Anonymous said...

Karutla smua ni ... jadi maknanya kmu lagi takut hantu dari tuhanla kan...spatutnya kita lagi takut pada tuhan bukan sama benda2 gitu..kalau pun dia kacau kita dia buat teguran ja bukan kacau samapi mati pun..tapi kalau tuhan laknat kita????

Anonymous said...

Ape benda lhh??

md.ziedan said...

Ahaha add wechat Ku I'd bolindacar dan meganiaga

md.ziedan said...

Seriusly Ku tutup Mata tgk atas aahaha

Rinnegan said...

Urban legend

Unknown said...

ade yg nk tgok gmbr sbnr arwah ke??
tp klu jd pa pe tggung sndri ea... 6t sy e-mail cik dayah... pas2 blh la tnjuk kt org laen... Luc.

nama aku fadzil said...

Agak2 satu hr nnti gambar n cite ni hantui hidup ko x??

Anonymous said...

Karutla..syaitan yg hantui sbb syaitan tau yg ko takot.klu ko x takut.x kna kacau.aku tau sbb aku blh npk dan dgr bnda tu.

el said...

hahahahaa

Khai said...

Cerita ni jadikkan pengajaran buat kita semua

Anonymous said...

Seram laa bca cite td tu.. Dh laa nk gi tnds ni . krg xpsl² kencing dlm bilik
.. Hahaha

Anonymous said...

Ingat cite betul. Buat saspen jeee. Takut tau tak tengokk pic tuuuu 😢😭

Unknown said...

Hare......