Nuffnang Ads

Wednesday, June 1, 2011

Review Karak Laluan Puaka

Assalamualaikum...


Aku nak buat jugak review KARAK baru je p tengok semalam..Citer ni memang BEST! Rugi saper tak tengok.. Mula-mula aku gadoh ngan member sebab dia nak tengok Nur Kasih tapi sebab aku yang belanja kena ikot cakap aku la yer haha..Aku tak minat Nur Kasih sebab cerita jiwang+sedih.(orang cakap la)


Saksikan Poster Karak dulu..






Saksikan trailer Karak pulak..



Takut tak??? Takot wooo...
Masa tengok semalam starting masa nak loading cerita yang 5..4..3..2..1.. tu aku dah jerit sebab takut terkejut padahal baru nak mula.. Malu syiall orang pandang =.= Aku berminat nak tengok sebab filem nie KRU yang buat.. korang taw kan KRU memang power..huhu.. Nak tengok skettt takut sangat ker korang buat citer??

Bila dah tengok bapak takuttt seyhh aku asik tutup mata jer..'member' aku pulak asik tarik tangan aku paksa aku tengok hantu nenek tu.. Dah la dalam wayang tu seram orang tak ramai sangat sebab kitorang tengok awal pukul 12.30 a.m 

nie haa hantu nenek
tengok pic memang tak takut tengok dalam cinema takotttt sbb  screen besarrr >_<

# Sinopsis


Cerita ni pasal empat orang budak Nik, Zura, Ida dan jack nak balik kolej dorang kat Kuantan tapi masa tu jalan jamm so dorang amik shortcut lalu kot Highway Karak.. Dalam perjalanan memang banyak hantu. Celaka hantu dia sumpah takott T_T. Pastu dorang terperangkap kat rumah misteri dalam hutan dengan pak cik misteri.. Last sekali yang baik selamat yang mulut celupar elehhh aku tak takut hantu laa mampus dalam keadaan tragis sebab hantu bunuh.. Tapi sedih jugak sebab last *******  mati.(tak leh gtaw nanti tak surprise pegi tengok sendiri eak kalaw nak taw) 

Tapi aku pelik. Hantu bunuh orang eakk? huhuhu 



# Watak-watak

Shahir AF8 sebagai Nik

Along Ezeyndy sebagai Jack

Shera Ayob sebagai Zura

Kilafairy sebagai Ida

Nadia Mustafa sebagai Hantu Mak Budak

Sidek Hussin sebagai Tok Malam


mesti ada yang tak kenal Kilafairy, Sidek Hussin dan Shera Ayob kan?
Meh aku nak perkenalkan....


      Sidek Hussin                       Shera Ayob





Kilafairy

Amboi mata hang tak berkelip dah eakkk


# Scene-scene Seram

Nama pon cerita hantu mestila banyak kan scene Seram.. Huhu bagi yang penakot macam aku nie komfem2 korang akan cakap cerita ni seram sangat sangat sangat tambah dengan efek bunyi terkejut yang banyak.. Bunyi ketawa mengilai tu memang terpacak bulu roma aku.. huhh.. Starting cerita ada satu scene yang polis datang tu OMG terlampau seram la bagi aku... T_T 
Part last pulak sampai terlalu banyak hantu datang serang Zura. Takut sangat :(

nampak biasa kan? Tapi kalaw tengok memang seram

menjeling-menjeling ku bertentang.. mata kita sama memandang

teringat budak dalam citer ju-on hehe


# Scene Kelakar

Biasala walaupun cerita seram mesti ada selit jugak lawak jenaka kan? Tapi citer Hantu Kak Limah tu tak yah kata apa la sebab yang tu seram komedi tapi Karak ni memang cerita seram. Part lawak tu masa Jack kentut memang sikit-sikit dia jer nak kentut.. haha.. Ada kot dalam 3,4 babak dia kentut haha.. Pastu last sekali lawak jugak hantu pon joget sama dalam kereta.. 



# Scene Yang Sama Dengan Filem Lain
  • Kentut-kentut  > Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Lari-lari kena kejar hantu dalam hutan > Khurafat
  • Hantu joget dalam kereta > Ngangkung
  • Kemalangan kereta > Khurafat
Maksud aku di sini ada persamaan la dari segi idea tu. Aku tak cakap la KRU ni copy ke apa :)




# Scene Kelakar Tapi Tak Kelakar

Jack tegur hantu pompuan masa baru lepas kencing otw balik ke kereta. Bodoh pi tegur!

Jack   : cikk ni nampak pelik la malam-malam macam nie sorang-sorang
Hantu : kenapa nampak macam hantu kerr?
Jack   : ehh takdelah kalaw hantu mestila tak de kaki ke takde kepala ker.. hehe

Aku pon gelak la terbahak-pahak sebab suara hantu tu sumpah lawakkkk

tiba-tiba... kepala hantu pompuan tu tercabut and bergolek-golek kat kaki Jack siap boleh cakap
"tak de kepala macam nie ke cikkkkkk"

Arghhhhhh!!!!!! padan muka aku gelak bukan main lagi tiba-tiba aku jugak yang jerit


# Scene Annoying + Gedik

Serious menyampah tengok watak Ida dalam citer ni. Sikit-sikit mekap la.. pakai lipstik la mentang-mentang mulut dia seksi!! Pastu masa dia cakap hungry la i nak pegi beli burger jap.. memang gedik aku rasa nak tampar jerr.... dah la bajet berani je tindakan dia pi mandi sorang-sorang...huhuhu.. Masa tengok lakonan dia aku harap dia mati kena bunuh ngan hantu and guest what?? haa tengok sendiri eak? haha


# Scene Pencuci Mata :P

Siapa lagi yang sedap dipandang kalaw bukan Kilafairy yang mantop tu kahkahkah... Dalam citer ni ada part dia berkemban nak pegi mandi.. Seksi habis la siap basah-basah bagai huhu... Kepada lelaki digalakkan menonton. 


Aku nak bagitaw apa yang Kilafairy cakap dalam rancangan Fuhhh TV3 semalam.

"harap penonton tak samakan watak Ida dengan Kilafairy yang sebenar"


Lastly, supportla industri perfileman Malaysia!!! Yeah!! Ops jangan lupa cerita X-Men First Class nak keluar dah.. kehkehkeh

Okay.daa~




Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

1 comment:

EiQa LyKa said...

dulu kita x suka shahir..lpas tngok cite nie..suka pulak..lbih2 lagi bila shahir panggil sayang dlm cite nie..romantik giler..huhuhu