Nuffnang Ads

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Melancong Ke Langit



Assalamualaikum dan salam Israk Mikraj :)

Hari ini hari Rabu bersamaan 27 Rejab 1432 Hijrah.. Hari ini merupakan hari yang diingati oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu peristiwa Israk Mikraj,, Aku pasti ramai tahu harini Israk Mikraj sebab yelah banyak sekolah yang cuti kan hari ini sempena Israk Mikraj?.. tapi tahukah apa sebenarnya Israk Mikraj?? Meh nak citer..Wajib baca kepada orang Islam yang tak tahu lansung or tahu sikit-sikit pasal peristiwa nie...







Israk : Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Peristiwa ini ada diceritakan di dalam Al-Quran

Mikraj : Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh
dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran

Israk Mikraj : Perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha pada malam yang sama.



Sebab utama berlakunya peristiwa ni pasti atas kehendak Allah namun ada juga sebab berlakunya Israk Mikraj. Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W berlaku beberapa peristiwa sedih terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Baginda kehilangan isteri tercinta (Khadijah) dan bapa saudara tercinta (Abu Talib).


Kematian dua insan tercinta menyebabkan baginda berasa terancam dan sukar berdakwah. Pastu baginda berhijrah ke Taif dengan harapan untuk berdakwah dan penduduk Taif membantu perjuangannya tetapi apa yang baginda dapat hanyalah hinaan dan cacian serta pelbagai lagi..Pastu baginda pon balik ke Makkah dengan hati yang sedih.. Masa nie la Allah S.W.T menganugerahkan Israk Mikraj sebab nak hiburkan baginda dan memantapkan keimanan baginda.



PERJALANAN ISRAK MIKRAJ

Masa tu Nabi Muhammad S.A.W duduk kat tepi Kaabah pastu malaikat Jibril A.S datang dengan seekor Buraq.. Buraq ni adalah kenderaan nak bawak Nabi Muhammad S.A.W. Buraq ni dari segi bahasa ialah kilat cahaya. Buraq nie makhluk yang menyerupai haiwan. Buraq dicipta dari cahaya.. so paham-paham la memang laju la..kelajuan cahaya korang taw kan?? haa takat Shinkansen kat Jepun tu apalahh sangat kan..huhu

Then berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W ditemani Jibril A.S. menuju ke Baitul Maqdis dan solat dua rakaat di situ menjadi imam kepada para nabi lain. lepas solat baginda dihidangkan dengan susu dan arak. semestinya baginda pilih susu. Tindakan baginda disanjung oleh Jibril A.S kerana menepati fitrah manusia. Then mereka meneruskan perjalanan ke langit pertama hingga ke tujuh.



KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

  • Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
  • Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah
Masyitah
Masyitah ialah tukar sikat rambut anak Firaun durjana.
Masa dia dok sikat rambut anak mamat tu sikat tu terjatuh lalu Masyitah menyebut nama Allah.. ni tidak, ada sesetengah orang Islam sikit-sikit OO EMM GG! tak pun OO POO COOT!..ape daa.. then anak Firaun 
tanya "ada tuhan len ka selain pak aku??"

Pastu Masyitah wajab. "Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah." Anak Firaun yang tak reti baca sifir tu repot kat bapak dia. Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. 

Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: "Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar". Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Celaka Firaun! Kalaw ang wujud zaman sekarang aku nak titik lilin panas dalam idong ang biar penuh pastu ang mati tak leh bernafas..huh..

  • Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.
  • Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.
  • Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  • Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya..
  • Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU


Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.
Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.
Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.
Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY
Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.
Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.
Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.
Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.
Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.


Renung-renungkan lah dan selamat beramal :)
Diolah daripada www.youropportunityplace.net
Okay..tata..titi..tutu~
p/s: beruntungnya menjadi kekasih Allah :)




Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

2 comments:

kynah said...

subhanallah.
bagusnya.lain kali post lagi bnyk2 mcm ni tau.org yg baca dapat pahala,yg tulis pun dapat pahala.
good job=)

DaYaH JeLitA said...

huhu okay..kak ang tgk bila wat entry camni tak dak sapa pon komen..huhu...tq sebab mengomen