Nuffnang Ads

Monday, June 27, 2011

Aku Butuh Wang Syiling!

Assalamualaikum..

Aku tengah keja..yaa aku juga sedang tulis blog..tapi aku tak curi tulang sebab keja aku adalah cashier di Cyber Cafe..so memang online la manjang... memang besh tapi yang aku geram bila coins habis..hadoii..
Dulu masa kerja kat mini market pon samala..asik habis je coins untuk bagi baki kat customers..sapa yang tak kerja cashier ni tak rasala kesedihan dan kegabraan tatkala coins tukar habis..

Kalaw yang cashier kat supermarket takpelah sebab memang ada stok coins..habis je coins koyakk plastik coins lagi satu bungkus dengan ganas lepas tu curahh dalam mesin kira.. Aku kerja cc nie tokey aku jarang sedia coins tukar yang secukupnya.. Bila datang keja pagi-pagi tengok dalam bekas syiling ada serbuk duit syiling je.. haishhh...

Sesetengah customer yang bagus dorang faham dan bagi secukupnya..contoh kalaw RM12.55 dorang akan selongkar poket ataw handbag untuk cari coins hatta 5 sen..
Sesetengah customer ni jenis selamber ataw malas kuarkan coin..contoh dia kena bayar RM4.30.. Aku tanya ada 30 sen tak? dia wat muka derk je cakap tak ade padahal dalam dompet dia tu aku dengar kringg..kringg.. bunyi duit syiling..ehh syiling bunyi camtu eak kihkih? ntah tapi memang aku dengar la bunyi coins..

semalam aku rompak public phone dapat banyak nie jer xD

Satu benda lagi yang buat aku bengang adalah baru je bukak kedai pagi-pagi..pastu datang orang nak guna pc..pastu guna dalam 15 minit dah siap..okay tak pe yang tu tak salah..yang geram tu bila aku cakap 50 sen bang..dia pon muka kering hulur RM50.00..selalu aku tanya ada duit kecik tak? tak pun aku tanya ade syiling tak..? and selalunya ada beberapa jawapan mintak penampar dari dorang...

  1. takda..takda..takda (cakap sekali dah aaaaa!)
  2. dah hulur duit kertas ni makna nya takdala (kuang ajaq)
  3. kalaw ada takkan nak hulur duit kertas (same cam no 2)
  4. ada lam kereta..malas la nak pegi ambil (napa tak cakap ada kat umah nenek ang)
  5. takdalaa dik..halalkan la naa 50 sen ja dik..hehe (kepala hotak ang berjambul)

Selalunya aku bersabar dan hanya memaki menggunakan bahasa kesat dalam hati..bukan ape..tolongla jadi customer yang berhemah..huhuhu..kecian la kat aku nie..bukannya takde duit tukar tapi ada la sikit-sikit...aku baru bukak kedai ang dah hulur RM50..kalaw nie shopping complex takper lahh...

kadang-kadang ada jugak yang faham dorang pegi tukar duit besar dulu kat kedai lain then datang bayar..yang nie aku sayang..hehe..ada jugak yang bila aku ketandusan coins dorang akan amik apa-apa makanan ringan atas meja untuk cukupkan duit yang sen sen tadi menjadi ringgit..huhuhu yang macam ni pon aku sayang :)



kalaw customers bagi coin ni nak amik ke tak? huhuhuhu..
sapa ada lagi duit nie...?


So sekarang nie aku dah menabung duit syiling kat rumah in case ketandusan syiling kat cc bleh aku buat tukar...susah sekarang nie nak tukar coin..huhuhu...selalu orang tukar dekat syarikat vending mashine atawpon syarikat public phone..tapi takkan aku nak pegi tukar kat sana aku bukanlah tokey cc..huhuhuhu... daku hanyalah cashier...


walaupon betapa butuhnya duit syiling aku takkan buat kerja bahlol and tak da maruah 
macam kat bawah nie...kutip syiling dari lori yang terbalik..memang cilako.. >_<

Kalaw sapa yang tak taw dan nak amik taw pasal kejadian syiling tumpah leh baca Article nie..

Sebagai nasihat..kalau korang pergi kedai runcit or mini market or stall tepi jalan tu jangan la segan-segan bayar menggunakan coins sebab tuan kedai tu pasti akan seronok... lagi afdal kalaw beli barang macam beras ke baju ke guna coins.. lagi tersenyum lebar la tuan kedai sebab stok syiling banyak...cuba la kalaw tak percaya...

Lagi satu kalaw ada orang mintak sedekah tu tak payah la bagi duit syiling...murahkan la hati tu bagi jer duit kertas banyak-banyak...barula peminta sedekah tu happy.. :)


okaylah...tata~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

4 comments:

Anonymous said...

la npa xkol abg...abg ada byk duit syiling la.....rugi la klau x bleh wt 2 dlam 1..date pn bleh duit syiling pn bleh....

DaYaH JeLitA said...

haritu abang kata nak bawak..nnt abg mai cc bawak banyak2 taw

Anonymous said...

baik cayang..

zoul said...

tengah2 carik syiling tu suruh diorang kutip sampah sekali...:D