Nuffnang Ads

Tuesday, November 22, 2011

13 Fakta Menarik Fakri Saarani

Assalamualaikum

Demam bola. 
Semalam masa tengok Malaysia vs Indon final sukan SEA aku hilang sora sebab jerit kuat sangat..

Aku telah menunjukan kemaluan sebab excited terlebih jerit-jerit baling kulit kuaci and bangun lompat-lompat padahal ada satu gol tersebut tak dikira sebab offside.fine perempuan. =.=

Tadi masa google pasal fakri aku jumpa fakta nie..besh gak..saja nak share :P

  1. Ayah Pin menarik pengikut dengan cara menjaja cerita beliau menghidangkan teh kepada Ayahanda Fakri.
  2. Selepas minum teh, Fakri Saarani menyuruh Isaac Newton menghidangkan sarapan buah epal. Teori Graviti dicipta pada hari tersebut.
  3. Kemudian Fakri Saarani menyuruh Bill Gates membuka tingkap. Sistem pengoperasian komputer Windows dicipta pada hari yang sama.
  4. Bill Gates bersara untuk menumpukan sepenuh fokus bagi memastikan beliau tidak akan lupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri pada setiap tahun.
  5. Steve Jobs terlupa membayar ufti kepada Ayahanda Fakri hanya sekali sepanjang usia beliau: iaitu pada tahun ini.
  6. Fakri Saarani boleh memijak tanah dengan kedua belah kaki dan membuat bicycle kickpada masa yang sama.
  7. Fakri Saarani pernah membicycle kick Hulk. Kini, Hulk bersembunyi di dalam sebuah hutan dan menukar namanya kepada Shrek.
  8. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ini kerana Fakri Saarani berumah di atas ombak.
  9. Rasa takut kepada lelabah dinamakan araknofobia. Rasa takut kepada ruang sempit dinamakan klaustrofobia. Rasa takut kepada Fakri Saarani dinamakan logik.
  10. Thi Has Thu, penjaga gol Myanmar dilapor memiliki rekod sebagai pesakit logik ketika zaman kanak-kanak.
  11. Mendiang Michael Jackson pernah dijentik di bahagian sulit oleh Fakri Saarani di Taska. Beliau gagal mengatasi rasa trauma kejadian itu sepanjang hidup beliau.
  12. Para pontianak duduk di atas pokok kerana takut tengkuk mereka digigit Fakri Saarani.
  13. Laporan sahih mengatakan Donald Duck pernah memiliki suara semerdu P. Ramlee sehinggalah beliau disergah oleh Fakri Saarani.


Hehehehe....syok wo rasa begitu patriotik semalam...bangga dengan Malaysia..
Walaupun fakri err sedikit fail tapi Malaysia tetap menang!! yahoo~
Sapa tak tengok memang rugi..
Okay bye~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

4 comments:

alepridz said...

hahahahaha...

shawn razaleigh said...

tatahu lah apa persaan family si faking fakri ni. kesian2. haha

DaYaH JeLitA said...

tak bek taw kata kat fakri camtu..kecian dier..huhuhu

Cikgu Amin said...

kaw2 bg .. hoho