Nuffnang Ads

Friday, May 27, 2011

Contest "Header Menarik"

Assalamualaikum...


Semalam masa aku ambil angin kat belog sape ntah aku jumpa link pasal contest nie.. Baru ku tahu rupanya blogger-blogger suka wat contest. Aku nie dah la suka gila join contest..Lepas ni sapa wat contest mai promote kat aku kalaw rajin gerenti aku masuk naa..hee~  Daripada kecik aku suka join contest dalam magazine ke newspaper ke dengan sedikit harapan akan menang padahal tak penah menang pon =.=

Yang aku selalu menang pon pertandingan melukis poster.huhu tapi tak per sebab aku join actually sebab seronok2 jeww..Pada saat ini aku sedang join contest "Header Menarik"  daripada sini :




Kalaw korang confident header korang cantik menarik da boom and nak join mudah je firstly tekan  SINI

Then, pandai-pandaila berdikari untuk ikut step-step yang telah ditulis dalam belog beliau yer..


Okay tibalah saat yang dinantikan......

mempersembahkan header belog aku yang sangat menarik

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

err scroll atas balik boleh tak sebab aku baru 
teringat yang header mmg dah ada kat atas.. hihi maap2 :P




dah tengok? cantik tak? thehehe Okay kalaw nak taw header ni aku buat sendiri yaww...bangge2 (idong kembang kempis) Baru je buat fresh lagi tak cayer try pegi bau.. Alaa aku bukan reti macam mana diorang wat header animasi gerak2 pastu siap sparkling bagai..huhu.. So,aku  buat macam budak tadika jelahh macam kolaj tu main tampal-tampal jer....Cara nak buat mudah je... Mai aku cerita...

  • Firstly google gambar-gambar yang comel dalam internet antaranya macam nie: 



yang nie rumput kat bawah tu


yang nie gunting yang atas belah kiri tuhh





huruf-huruf aku kerat daripada sini laaa




lolipop yang tumbuh kat celah-celah rumput



ama-ama yang berkeliaran kat atas tu







payung yang aku pegang tu







kasut yang aku pakai kat atas tu



ehh ehh termasuk plak thehehe :P


  • Secondly, crop, kerat, hiris, blender dan goreng menggunakan kreativity dan imaginasi ada sendiri menggunakan paint dan adobe photoshop
  • Thirdly, masukkan dalam blog
  • Lastly kalaw dah yakin menarik macam aku( sebenarnya ala kadar je) masuk la contest macam nie hakhakhak


Saksikanlah behind the scene header aku yerr ^^

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v












and siap!





Okay nak tag kawan jap,




Okay.. daa~






Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Wednesday, May 25, 2011

Cara Berkesan Melupakan Kekasih Atau Cinta Lama

Assalamualaikum...


ni melambangkan hati busuk sbb kaler itam 


Hai harini saya nak jadi dokter cinta kihkihkih... Jangan cakap ewww naa baca dulu... Okay now im gonna write based on my own experience about love.. Its really hurt you know.. Sobs..sobs.. Kalaw luka kena pisau tak per letak iodine 5 saat baik la.. tapi luka di hati ni kena pandai-pandai ubat sendiri nanti aku citer naa sebab nak mukadimah dulu hehe..

Aku takmau kawan-kawan aku dok frust menonggeng sebab kecewa..pastu ada yang sampai bunuh diri ish..ish.. Jangan jadi bodoh naa?? Pastu aku memang menyampah bila wujud page macam ni kat fb:



Apa hal nya diorang nie? haih bukan nak kutuk ke apa tapi sudah-sudahlah yang berlalu usah di kenang.. sobs..sobs..Okay jom baca cara-cara yang aku amalkan ni..memang susah tapi aku berjaya taww...(^_^)



1# Buang segala pemberian si dia

Mesti ramai yang tak sanggup kan? Yelah mahal kot kasut Adidas yang baby bagi..Alaa sayang la patung burung unta besar gebu tu mahal owww... Buang jelah kalaw nak lupakan mesti sungguh hati jangan suam-suam taik ayam belanda.. Takla aku bukan suruh buang dalam tong sampah tapi boleh jugak kalaw nak bagi kat aku hakhakhak.. Maksud aku jangan la simpan bagi kat kawan ke jual balik ke dapat jugak duit kan?? Nak nak pakwe bagi tanah sebidang kalaw jual tu perghhh.. Kalaw baju dia bagi ada sampai satu lori sedekah je kat rumah anak-anak yatim..Kad-kad cinta ke buang je.. Jangan dok sayang sangat..Yang penting barang tu korang dah tak nampak dah depan mata.





2# Elakkan dengar lagu kenangan

Memang la masa bercinta lagu tu laa lagu feveret korang.. bangun pagi, makan suma dengar lagu tu..sebelum tidur pulak  "bie dodoi la cayang nyanyi la lagu kita tu baru cayang bleh titow" even masa nak pegi toilet pon bawak henfon sebab nak dengar lagu (aku la tu sebab nak ilangkan rasa takot haha)... tapi bila dah putus cinta mula la melalak.. asal dengar je lagu korang tu mesti air mata mencurah-curah...lagu kenangan la katakan.. so, apa lagi jangan la dengar dah..contoh satu hari naik keta ngn family tiba-tiba berkumandang kat HotFM lagu kenangan anda ♫♪♫ my baby youuuu ♫♪ are the reason i could flyyyy ♪♫♫ lalalala~ so apa lagi anda cepat-cepat cakap "abah! cepat tukaq dengar Klasik FM sebab along benci lagu ini!"





3# Jangan layan jiwang

Yang nie memang mustahak kalaw tak ikot payah nak lupa kat si dia.. Maksud aku di sini jangan libatkan diri dengan anasir-anasir jiwang yang boleh menerbangkan jiwa raga kita dan  menarik-narik hati sehingga setiap masa teringat kat dia.. 

Contohnya aku dulu aku memang minat baca novel cinta ni habaq la novel apa suma aku penah baca tak seindah mimpi, tak semanis impian, pelabuhan kasih, andai itu takdirnya, ombak rindu, ombak tsunami bla bla bla.. skrg aku dah stop sebab hati aku ada taman kalaw baca novel mesti menangis huhu... pastu jangan dok layan sangat part sedih dalam cerita korea suma tuh kalaw nak layan gak layan jer muka hensem mamat-mamat korea sambil berangan kawin dengan mereka... bukan apa layan kesedihan atau jiwang ni boleh membawa kepada lembik hati.. kalaw lembik caner nak lupa kat si dia kannn?





4# Kalaw tiba-tiba terkenang cepat-cepat sedar

Bab teringat ni memang tak dinafikan kita memang akan terkenang walau dah cuba sesungguh hati nak lupa.. Yelah tengah seronok-seronok jalan-jalan kat One Utama tetiba ternampak Ashraf Muslim owhh sobss sobss teringat ex aku muka dia dulu sebijik macam Ashraf Muslim :'(  ataw tengah hepy-hepy jenjalan kat pasar malam tiba-tiba nampak kedai jual buah durian owhh sobs sobs durian ni buah kegemaran ex aku :'( 

So, apa yang perlu korang buat ialah tampar pipi sendiri (perlahan dah la naa) dan ingatkan diri ish jangan dok ingat suma tu ala bukan dia sorang je muka cam Ashraf Muslim, Syeikh Muzafar pon muka camtu gak.. ataw pun alaa bukan dia sorang je suka makan durian jiran aku Saodah Seman pun suka makan durian.. haa fikir la camni  tak pun korang perpeganglah pada lirik lagu Alyah ini apabila terkenangkan si dia : 

♫♪♫ takk mungkin kerana sayang..♫♪ hanya terganggu oleh perasaan ♫♪




5# Sibukkan Diri

Yang ni senang je nak buat korang jangan biarkan diri korang berseorangan especially masa baru putus cinta.. berseorangan amatlah merbahaya kalaw tak korang terdorong nak bunuh diri, korang kena culik baru taw dok la sorang2 lagi..Banyak benda boleh buat untuk sibukkan diri.. 

Kalaw exam dah dekat ulangkaji banyak2 jangan fikir pasal cinta nanti tak pasal2 exam lingkup..kalaw masa clash tu dah habis exam jangan nak sedih sebab kita kena enjoy dengan kawan2 yelah exam dah habis apa lagi! Kalaw masa tu tengah cuti sem sibukkan diri dengan melancong bersama family ker... kerja ker.. apa2 apa jelah asalkan korang dapat lari dari fikir pasal putus cinta

Tetapi AWAS! jangan pulak korang sibukkan diri nak balas dendam nak pi curah hydrochloric acid (HCL) pH value 1 kat muka awek baru ex korang tu.. Nanti tak pepasal korang sibuk menangis dalam penjara.




6# Cari Pengganti Yang Baru

Ini merupakan perkara wajib taw sebab inilah faktor yang boleh mempercepatkan proses melupakan.. Aku taw ada certain people yang frust bercinta terus tak nak ada kekasih ramai nak jadi lone ranger tapi dalam hati korang sebenarnya korang sunyi kan? tak kannn tak jeles tengok kawan-kawan manje-manje gedik dengan kekasih dorang.. pastu siap ada prinsip lagi AKU BENCI LELAKI! tak pon AKU BENCI PEREMPUAN!.. weyy weyy agak-agak arr aku pon pompuan gak takkan aku pon ang nak benci.. ang nak jadi gay ka?? huhuhu... 

Kalaw susah sangat nak cari pengganti korang kena cuba terima orang yang suka/sayang kat korang sebab komfem dorang tak kan melukakan hati korang betul tak? Lepas tu pelan-pelan la korang pupuk rasa cinta sayang kat dia?? Cubalaa naa? jangan la tutup terus pintu suka hati korang tu :)





7# Cipta kenangan baru di tempat yang sama

Cara nie seriyes berkesan..Aku memang suka.. Caranya korang kena pegi tempat yang paling mengingatkan kisah lama. Bawak kekasih yang baru korang lagi berkesan.. Contohnya dulu korang selalu pergi tepi pantai Morib jalan-jalan ngan ex korang.. Kali nie ajak kekasih baru korang pegi setiap hari.. Tambah aktiviti dengan berkelah ke.. suruh dia bina istana pasir pastu korang robohkan kahkahkah.. tak pun main kejar-kejar aww co cweet (^_^)  haa faham kan? 

Tetapi AMARAN! jangan bagitaw kekasih baru yang tempat tu merupakan tempat memori korang dulu-dulu sebab nanti dia akan cemburu pastu spoil mood dating huhu.





8# Buat benda yang sama

Yang ini lebih kurang sama dengan nomber 7 tadi cuma yang nie tak berkenaan dengan tempat.. Ni aku bagi contoh dari pengalaman aku la naa.. Contoh dulu masa sekolah aku selalu tolong buat homework kat si dia. Memang rela la dah sayang kan.. So bila dah tak de pape aku nyesal la pulak.. ceh macam kuli eak aku dulu.. Pastu bila ada pengganti aku pun buat benda yang sama tolong buat nota dengan rasa cinta thehehe.. And dulu aku penah jahit seluar dia yang koyak then skarang aku jahitkan pulak kat cinta hati yg skrg ehehehe... So, memory lama dah bertindih and kita akan lupa pada yang lama :)  

Ada lagi ni kawan aku punya kisah dulu dia selalu buat kek kat ex dia..Then dia ikot cara pertindihan memory aku ni. Dia buat kek banyak2 pada kekasih baru and lama2 bila dia buat kek je dia dah tak ingat dekat ex dia... Minda dia dipenuhi dengan kekasih baru tatkala buat kek sampai kek hangit sebab terlalu angau kahkahkah xD





9# Fikirkan keburukan si dia

Yang ni penting ni dan sangat membantu..Alaa biasala saat bercinta semua indah even dia jenis suka kentut di khalayak ramai pon korang tak kesah.. Korang kena fikir perkara yang menyakitkan hati berkenaan si dia.. Contoh nya pasal dia curang ngan korang kantoi keluar ngan perempuan lain. Sakit hati kan? Tak pun fikir la tabiat si dia yang buruk suka merokok ke suka tendang kucing ke?? eee geram ni haa aku pun tengah terfikir tabiat buruk ex aku.. ciss.. Haa ini akan menerbitkan rasa benci dan senang nak lupa...

Tetapi ingat benci biar berpada-pada jangan sampai berdendam pulak nanti hati korang yang gundah gulana tak senang hati .. Korang kena ingat Allah maha adil apa yang dia buat kat korang pasti akan dapat balasan.





10# Putuskan hubungan forever

Cara ni agak tak manis la sebab memutuskan silaturahim kan? Tapi takper aku rela hilang dia sorang sebab aku boleh cari ramai lagi kenalan huhu.. Lagipun aku jenis kalaw aku clash tak der nya aku nak kawan dah dengan dia sebab nanti hati aku jugak yang sakit tapi kalaw korang boleh jadi friend ngn ex korang bagusla. Tapi korang pon mesti pernah dengar kata-kata ini :

"amatlah senang daripada sahabat menjadi kekasih tetapi amatlah susah daripada kekasih hendak menjadi sahabat"

So, apa lagi cepat la delete nomber telefon dia daripada henfon korang.. lepastu pergi facebook unfriend la dengan dia.. Korang kena kuat aku taw la korang tak sampai hati.. Tapi ada baiknya korang unfriend daripada hari-hari jadi stalker pi usha fb dia pastu menangis sorang-sorang sebab jeles tengok pic dia dengan kekasih baru.





#11 Fikir positif

Nak fikir positif ni lah ramai yang payah nak buat kan? Sebab mesti korang cakap wuwuwu ingat senang ker nak lupa cinta dahulu :( Ok nie aku list apa yang perlu perkara yang perlu korang tanam dalam fikiran korang :

  • Dia bukan ditakdirkan untuk anda
  • Dia bukan jodoh anda (samala kan macam point no 1 hehe)
  • You deserve someone better than him/her
  • Jangan jadi anak derhaka (kalaw parents tak restu)
  • Dia tak sepadan dengan anda pon (anda cun/hensem)
  • Anda akan jumpa orang yang betul2 sayang anda
  • Dia hanyalah permulaan dalam anda mengenal erti cinta chewahh >_<




#12 Doa dan tawakal

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku... tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.




Lastly aku nak pesan korang ;


"Don't hold someone in your heart that you could never hold in your arms"


Okay.. daa~

Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Tuesday, May 24, 2011

Filem Cun Memang Cun Habaq Hang

Assalamualaikum..

Hai sapa dah tengok cerita Cun lakonan Maya Karin tu?? Besh kan kan kan? Ni aku nak review la sikit.. Alaa aku baru je buat blog tengok cerita nie sebab tu la baru nak buat review ..Sobss.. Sepatutnya aku review filem Kongsi ke Nur Kasih ke..Haih ketinggalan betol aku tapi ahhh ader gua kesah? ekekekeke

Haritu masa cerita ni baru-baru keluaq kat pawagam aku pon keluar la dengan 'seseorang' sebab nak pi tengok wayang. Nak buat caner haritu je kitorang free.. Masa tu tak decide pon nak tengok citer apa sebab ala kitorang keluar pon sebab nak menghabiskan masa bersama makan suap-suap tangkap-tangkap gambar dan bergurau senda di khalayak ramai.. Alang-alang cerita Cun keluar haritu kitorang pon singgah la Jitra Mall..


Then nampak la poster Cun nie

|
|
|
|
V




Lantas aku pun... "Waw! cambest jer abang jom la kita tengok.. Jom la abang naa?..Dah la ada hero dia boyfriend nomber dua cayang thehehe" pastu kami pi la beli tiket tapi malang tak berbau tiket dah habis yang ada pun yang pukul 7.. sobss.. nanti balik lewat umi marah pulakkk :'(
           


Akhirnya kami pon tengok la cerita nie dah cerita ni je tinggal yang tayang awal

|
|
|
|
V

=_=! si dia minat citer lawan

tak ape la choi lipat ni pon besh sebenarnya cuma aku terkilan sebab tak dapat tengok  cun


Selepas lebih kurang dua minggu.....


Aku pun tengok berpeluang tengok yakni semalam sebab baru amik kat kawan... Ceh dari tadi dok merapu sekarang baru nak review...apala dayah.. =_=  Okay cerita dia memang besh sangat especially dengan pelat kedah(aku orang perlis) yang menjadi dan lawak nak mati aku gelak sampai menangis haa...

Korang memang patut tengok.. Aku hairan gak kenapa ada orang cakap cerita cun nie tak besh...Maybe dorang tak suka kot gandingan Maya Karin dengan Remy Ishak.. Yelahhh kan ramai yang suka Remy Ishak dengan Tiz Zaqyah kan kan kan?.. Weh lepas ni aku nak p tengok Nur Kasih pulakk laa.. Hehe..


Okay memperkenalkan watak feveret aku!!

v
v
v
v
v
v

[Kuntum Renjong]



Aku memang suka gila lahh Faezah Elai bawak watak kuntum renjong nie.. Lawakk sangat-sangat...
Sampai ada facebook fanpage lagi haa untuk dia nie antaranya Kuntum Renjong Hahaha pastu ada lagi page pasal dialog-dialog dalam citer tu yang tak leh belah..Contohnya klik sini dan sini dan sini

Cerita ni pasal Luna Latisya (Maya Karin) yang tensyen dengan kerja kat K.L pastu lari balik kampung Kuntum Renjong kat kedah sebab nak tenangkan hati.. Pastu jatuh hati dengan Atan a.k.a Setan (Remy Ishak) hero kampung tu laaa... hehehe.. Sekali imbas macam citer Cuti-Cuti Cinta la pulak sebab gadis bandar tangkap cintan dengan jejaka kampung.. ye dak??? 

Now, mempersembahkan antara scene-scene feveret aku yang menyebabkan rahang aku rosak sebab gelak kuat sangat hahahahaha.. ni ada dialog tak sama naa ngan pic sebab pic nie ja yang aku jumpa yang besh huhu..



Weyy bedah tonggek jom kita rempit! ada bran????




lepas ni kan ada bedah tonggek ngan eton yang naik skuter merah jatuh dalam bendang hahaha
pastu kuntom kata "pirahhh hang kata hang terer"



yehaaaa kuntom renjong dah balik!!!




woihhh Bedah Tonggek ni Kuntom Renjong dah balik mai la kita gelek!!!


Overall aku boleh kata memang berbaloi sapa yang tengok kat wayang sebab gambar dia cantik dengan sawah padi yang menghijau kalah pemandangan belakang rumah aku huhu... Lepas tu cara dorang tunjuk suasana riang ria indahnya desa memang menjadi... Ending pon besh..huhu...

Okayla takat ni jelah aku bukan taw sangat nak review-review filem ni haha... Macam ni jelah yang aku mampu tulis sobss... Lastly aku hadiahkan watak pencuci mata kat korang naaaa....



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Yo! Gua la Bedah Tonggek.. Jom kita battle gelek ada brannn???


Okay.daa~


Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Saturday, May 21, 2011

Retarded Kids

Assalamualaikum...


Harini takmau tulis panjang-panjang sebab penat jaga anak  bekerja.. Sebenarnya ni tengah keja la ni.. Jaga cyber cafe.yes! boleh online free.. Harini aku nak kongsi gambar kanak-kanak senget.. Kesian dorang.. Kalaw korang kesian korang klik la ads by Nuffnang kat blog aku ni bleh aku derma kat dorang..huhuhu


Saksikanlah~

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Lepas ni jom berjabat tangan ye semua kita amik berkat

taktaw nak letak caption apa laa





Dah menyampah eak tengok?? tak pe tengok la sikit je lagi.. Kalaw suka klik la like kat bawah tu kalaw tak suka klik la dislike naa? haha macam ade jer button dislike!




alaa biasala semua orang penah wat pose ikan buntal kan ^^


belah kiri sekali kena simbah acid 


kami terkejut tengok muka sendiri

















Cukup lah letak sikit-sikit dayah oii bukan ada orang nak tengok pon..huhuhu...
Sebenarnya kitorang tengah tunggu member dia lambat sangat so kitorang pon apa lagi amik la gambar cam orang gila.. hahaha~

Okay.. daa~

Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Friday, May 20, 2011

Our School's Mini Zoo

Assalamualaikum : D


Harini aku nak citer pasal zoo kat sekolah aku..sekolah dulu laaa kan..sekarang ni aku mana sekolah dah.. sekarang ni aku bini orang dah.(aku tipu haha) by the way dulu aku terpenjara di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dihatiku .Penah dengar tak nama sekolah ni? cakap la penahh isk..isk... Sekolah rendah pulak Sekolah Kebangsaan Dato' Kayaman.. kaya oww..haha

Biasanya kita tahu dekat sekolah kita ni ada taman sains, kolam ikan, kantin, bilik guru yang ada aircond aku selalu masuk konon nak jumpa cikgu padahal nak merasa aircond sepoi-sepoi bahasa, library dan banyak lagi lahhh... tapi sekolah aku special sebab ada zoo..Nak taw kenape sekolah aku ada zoo??


Kamilah antara haiwan  manja dan jinak yang menginap di zoo


 Sebabnyaa bukanlah sekolah aku ada bela binatang seperti kuda belang ataupun ular anaconda tetapi kawan-kawan aku suka gelar nama-nama binatang sesama mereka sehinnga aku merasa sekolah aku ni dah macam boleh buat zoo..huhuhuhu...kadang-kadang aku pon terpanggil jugak..ciss hahaha..alaaa aku tak sengaja naa...dah daripada form 1 dorang panggil kat mamat tu cengkerik sampai aku pun lupa yang nama sebenar dia saripudin... ala kalaw kawan kita jenis sporting tak pela... biasala zaman sekolah korang mesti digelar ataw menggelar kawan-kawan kannn??? tapi kalaw kena gelaran yang elok-elok tak pela.. contohnya aku dayah jelita..hahahahaha...eh tak tak tak ni aku yang gelar sendiri sebab aku perasan.. cepat semua tampar aku! >_<

Maksud aku kalaw kita nak bagi gelaran nama binatang kat kawan-kawan kita bagi la yang comel-comel... dan pastikan kawan kita boleh terima..bagila rabbit ke..meow-meow ke..nyiaw-nyiaw ke...comel kann?? bukan ape.. sebab panggilan tu akan kekal habaq ang... bayangkanlah kalaw jadi camni..mesti malu nak bagitaw kat cucu kita nanti..

          edward  : tokk..kawan-kawan kat cekolah panggil edy mucang berbulu ayam

          sabariah : alaa sabarla cu biasala kawan-kawan nak bercanda

          edward  : wuuuwuuu..edy cedih tok... (tenyeh hingus kat baju tok)

          sabariah : tok dulu pon kena jugak tapi kita kena sporting laa

          edward  : hah? betul ke? dowang panggil apa kat tok? (semangat nak taw)

          sabariah : gulp! err dorang panggil tok panda gebu je..hehehe (ciss padahal BADAK AIR haha)




Kiter Plakk!



Kalaw kat sekolah aku dulu memang banyak 'haiwan' haa.. cakap je semua ada... daripada mamalia, reptila, amfibia, araknida, insect, bird haihh semua lahh... dinasour ngan naga pon ada kahkahkah... Kalaw yang badan besau-besau tu antara yang femes adalah whale, elephant, hippopotamus, polar bear, rhinoceros  hehe.. Kalaw yang tinggi tu kena la zirafah.. Yang hidung lain macam sikit depa panggil tenuk..Yang pendek comel ayam katik.. ish3..Pastu yang gigi len macam sikit kena panggil arnab.. Tapi takpe la arnab kan comel.... thehehe..

Ada lagi yang dahi lain macam sikit dorang panggil ikan lohan.. ishh apa nak jadi.. Yang warna kulit tak berapa nak fair & lovely dorang panggil orang minyak.. ehh salah kategori orang minyak is not an animal.. maap..maap..thehehe.. kita bercerita pasal animals naa.. Ada jugak yang digelar tikus, lembu, penyu, kura-kura, monyet, keldai, penguin dan banyak lagi kalaw aku tulis sampai tahun depan pon tak habis... Aku pun tak taw apa faktor nya dorang dipanggil sedemikian rupa..huhu.. Tapi ada jugak yang dipanggil kerbau(budak laki) sebab malas mandi.. Padan la muka ang sapa suruh malas mandi..kahkahlah

Tapi yang tak leh belah tu ada jugak yang dipanggil anj*ng or baby.. Ishh keterlaluan sangat kann? Memang kadang-kadang kawan kita tu nampak sporting tapi dalam hati ada taman mana kita tahu kan?? Jangan la panggil dorang macam tu kecian dorang.. Bayangkan korang kena panggil camtu apakah rasa di hati kecilmu?


Tapi kalaw laki playboy digelar BUAYA DARAT aku sokong!!! grrr

Kesimpulannya... kenangan zaman persekolahan memang besh.. hekhek..yang tu satu, yang kedua kita kenala jaga hati kawan-kawan barula kawan-kawan hargai kita dan belanja kita bila dia kaya nanti..ekekeke
Kepada kawan-kawan aku masa sekolah dulu kalaw terbaca jangan ambil hati taw..jangan terasa...aku tak da niat nak point sapa-sapa.. :)



Lasltly aku letak lampiran bagi kanak-kanak tadika belajar sambil baca blog.



RABBIT

        
CHICKEN
DUCK
        
Lastly....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

SQUIRREL

Okay..daa~
p/s : dulu kat sekolah dorang panggil aku papan..ciss!!! (>_<)
Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Tuesday, May 17, 2011

Peraturan 5 Saat


        Motif pic aku nak habaq yang ni adalah 5 saat tp terlebih sikit plakk.. -,-
   Just ignore okayy...pic ni je yang aku jumpa..huhu


                                                            
Hai....lama tak update blog aku nie...3 hari lame ke? wakaka...hurmm mesti korang tertunggu-tunggu entry baru aku kan?? haha ceh macamla ada orang baca blog sedih aku nie..sobss...tak per asalkan aku syok sendiri nulis blog..

Hari ini tajuk blog adalah peraturan 5 saat..taw ape?? Ni peraturan yg aku ikut dalam sebuah komik jepon adaptasi bahasa melayu bertajuk aku x ingat dahh..hahaha... Peraturan tu macam ni...aku bagi contoh situasila naa...contoh bila ada biskut Jacob Black yg kita sedang pegang atau sedang baru nak masukkan dalam mulut tiba2 opps adik korang lari2 tiba langgar korang lalu dengan slow motion biskut tu jatuh ke lantai..oh tragis...sobss...Jadi apa tindakan korang?

Korang mesti fikir nak pi lempang je adik korang tu sebab biskut precious kesayangan korang yang tak sempat dijamah jatuh plak angkara dia..Jangan! sebab korang bleh selamatkan lagi biskut korang tu actually...Haa...di sini la Peraturan 5 Saat kita bleh amalkan...Caranya jangan pegi lempang adik korang dulu tapi.....      
                     1...2...3...4...5...

dannn Zaasssss!! dengan sepantas kilat korang pegi kutip biskut korang tu..Make sure biskut tu berada di lantai tidak lebih dari 5 saat..Kalau lebih dari 5 saat korang tak leh amik sebab dah dikira kotor..

Peraturan ni boleh jugak dipraktik untuk makanan lain seperti gula-gula ker...buah epal ker...ape-ape jelah yg logik di fikiran korang..Kalaw yang tak logik tu macam ni laa contohnya...contoh je tau..

  1. Biskut yang korang baru nak makan tiba2 terjatuh dalam lumpur... jangan la korang cepat2 kutip.. pastu sengih2 fuhh nasib baik sempat 3 saat je siap bersalut coklat lagi..
  2. Korang sedang menghayati eskrem dalam kon..tiba2 opss terlanggar kaki sendiri lalu eskrem jatuh atas kaki Gu Jun Pyo(rujuk pic bawah)... dengan pantas korang jilat eskrem tu atas kaki jun pyo sbb nak praktik Peraturan 5 saat..
  3. Nasi kandar baru je curah kuah campur tetiba Bront Palarae langgar abis tumpah ke lantai..takkan nak kutip nasi bertaburan tu


lawanya jun pyo aku tak kisah jatuh atas kaki
aku nak jilat gak eskrem yang jatuh tu >_<

Err yang eskrem jatuh atas kaki tu aku amik dari babak dalam citer Boys Over Flower...
Okay harap korang faham..and kalaw tak ragu2 dengan peraturan ni amalkan la yerr..aku pon ragu2 gak pada mulanya tapi ah biarlaa..hehehehe...rasionalnya menurut komik tu kuman tak sempat hinggap dalam masa 5 saat..ntah betul entah tidak..tapi aku amalkan jer sbb cambesh jer... sayang kot lolipop yang abang cayang kasi terjatuh...ekekekekekeke

okay..daaaa~

Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Saturday, May 14, 2011

Demam Harum Manis

 Assamualaikum.. :D

Hai sumer penah dengar x demam harum manis?? hoho...ala ni bukan macam demam denggi or demam kura ke ape..ni kes demam macam demam piala dunia or demam akademi fantasia tu haa...tapi dalam kes ni HARUM MANIS adalah sejenis buah mempelam...

Penah makan mempelam harum manis??? fuhhh mmg sedap habaq ang...huhu dengan HARUM nya dengan MANIS nyaa...kalaw x caya, cuba amik la bau dia..mmg wangi...sekarang ni aku gila makan buah ni la.. musim la katakan...di Perlis mmg banyakkkk... sapa nak mai umah aku naa?? haha

                                          weh2..lap tu air liur ang dah meleleh dah tuuu

Tapi aku mmg suka makan dengan puluit  pulut.. alaa macam kita makan pulut durian tu laa ganti jelah ngn mempelam wangi manis ni..huhu..


                    ni rupa pulut mempelam tp ni aku google klw aku buat sendiri takde nya aku nak potong                
                                                   mempelam huduh macam di atas...hekhek..




haaa..teringat pulak masa aku p padang besar dgn my umi dulu...ada satu port tu ada makcik2 yg jual buah...dorang jenis jual buah dalam bakul jer pastu menonong je ikot kita sbb nak promote...dowg ni suka paksa...kalaw korang selalu p padang besar korang taw laaa perangai dorg..contohnya macam ni

 -
 -
 -

     
   makcik  : dikk..pelam dik..pelam dik..murah2..mai rasa dulu pon boleh (sambil tu dia ikot bontot kita)
  
   umi        : x mau lah banyak dah kat rumah.. (jalan terus)

   makcik  : yg kat rumah tu x elok dah mai beli ni segar baru lagi..mai la dik (ikot bontot lagi)

   aku        : ishhh #%$&
   
   umi        : xpelah saya x mau beli

   makcik  : alaaa beli la sikit...murah ni..sedap ni...(pegang tangan umi)

   umi        : x mau beli laa..(muka masam sambil tepis tangan makcik tu dgn perlahan)

   makcik  : beli sikit pon jadi laa..(masukkan buah dalam plastik sambil jalan ikot umi)

   umi        : (bengang) AKU KATA  TAK MAU....TAK MAU LAA!!!

   makcik  : err x pe tak..tak.. takmau beli pon xpa (muka cuak and terus belah) 


haa amik ang makcik..bukan nak kurang ajar tp ang tu dah lebih..huh!! 
okay la takat ni jer..daaa~

Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

Wednesday, May 11, 2011

Entry Pertama Aku Wahhhhhhhhhh \(^_^)/

Assalamualaikum :D

Weyyyyy

Aku dah wat blog.... excited nyaaaa aku rasa..cam nak melompat je..cishh over..haha

Sumpah tataw nak tulis apa besala first entry suma orang camni.. yke? ntah agak je.. Ape pon aku mmg


excited gila coz i never expect that i will have a blog... huhu

                                            Ni muka excited aku haaa...ciss,,haha


Serius ni aku mmg noob pasal blogging ni sbb tu blog aku ni nampak sedih gila.. T_T

Lepas ni aku nak tanya la sapa2 yg pandai..and selongkar sendiri ke apa yg ada dalam ni..Aku mmg tataw

apa satu nie...benciiii...xpa2 x taw kena tanya..malu bertanya sesat lam utan kena ngap ngan rimau..hoho...

And lastly harap korang bantu la aku pasal blogging ni...

                                                                    PLISSSSS NAA...

                                   
Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^