Nuffnang Ads

Thursday, August 2, 2012

Langkah Keselamatan Elak Pecah Rumah Ketika Meninggalkan Rumah

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil

1) Cat rumah seperti balai polis warna biru putih sebab pencurik allergi dengan balai polis.. komfem perompak tak berani jeling pon.. xD
teratak bonda
2) Bela lalang sampai panjang ke leher dekat halaman rumah..pastu letak perabot-perabot yang dah rosak kat luar rumah nak bagi nampak efek seram rumah berhantu..nak pergh lagi bela pokok menjalar biar memanjat dinding rumah...pastu kat tingkap depan umah gantung la telekung ke ape..kalo boleh nampak macam gambar bawah ni kira pass ah


3) Gantung notis sebesar mungkin RUMAH UNTUK DISEWA/ RUMAH UNTUK DIJUAL sebab pencurik tak kan masuk rumah kosong..

4) Bela haiwan untuk menjaga halaman rumah anda...kalo boleh takmo anjing...paling kureng pon harimau, singa or buaya..

Okehh suma tu tips merapu..hahak..tapi nak buat boleh jugak, aku tak jamin pape..atas tangungjawab sendiri..okeh di bawah baru tips yang digalakkan..
  1. Berfikir macam pencuri. Ini menjadikan anda lebih kreatif dalam meningkatkan keselamatan rumah.
  2. Jangan lupa kunci pintu rumah anda.Gunakan padlock yang kuat.
  3. Kunci tingkap anda juga.Pasang grill untuk lebih selamat
  4. Jika anda berpindah ke rumah yang pernah diduduki, tukar kunci asal.
  5. Bila anda tiada di rumah, pasangkan lampu, tv atau radio. Gunakan suis automatik untuk aktifkannnya.
  6. Tutup tirai terutama pada malam hari.
  7. Lapor kepada polis jika ada perkara yang mencurigakan di sekitar perumahan anda.
  8. Pasangkan lampu keselamatan di laman rumah.
  9. Pasangkan alarm sistem. Kalau mampu pasang CCTV
  10. Tukarkan kunci, jika anda kehilangan anak kunci.
  11. Jangan tinggalkan kunci pendua di luar rumah. Boleh tinggalkan kat jiran yang dipercayai.
  12. Maklumkan pada jiran ketika ketiadaan anda di rumah.
  13. Jangan tinggal notis ketiadaan anda di rumah

Jangan takat sayangi nyawa..harta benda kena sayang jugak.Sekian~

sumber: facebook

Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

1 comment:

Namee Roslan said...

hahahha...renovate rumah jd rumah hantu terus !! takde sape selera nak rompak.