Nuffnang Ads

Wednesday, February 13, 2013

SUKSIS #3 (Kem Tahunan Gunung Datuk)

*entry terperam

Banyaknya entry terperam hehe..ni bukti pemalas update :P Okay so aku nak cerita pasal kem tahunan suksis uitm hehehe...masa ni kitorang junior lagi and this is our first kem tahunan :).. Kem ni kat Gunung Datuk negeri 9...diadakan around februari 2012... lama dah..dah setahun dah hehe..masa ni cuti sem..baru lepas final exam..besh gila rasa aku telah wat sesuatu yang berfaedah semasa cuti sem hehe...


dalam bas semasa bertolak...tak leh belah moto lc pon join sekali hehe...actually ni moto
driver bas..dia nak kena balik awal sebab ada hal..

sesampai di tapak perkhemahan..apa lagi pasang khemah lerrr


baru first day dah ada yang surrender..ni salah sorang anggota skuad aku...dia ni lemah cikit..huhu


first night..bahagi kumpulan..pecah2 ais...and macam biasalah..cipta nama kumpulan..logo kumpulan..motto dan yang
sewaktu dengannya..ala macam standard kem la kann...ni kumpulan aku cemut meyah hihihihi...kecil2 berapi..aumm..


ni aktivi perang...kena cari base sendiri..kena buat strategi la untuk perang..pakai daun2 untuk camouflage la kann.. pastu weapon kitorang peluru kertas celup water colour haha nak wat cam paintball takda bajet..hihi...so susun pertahanan..hantar
risikan bagai la..memang syok la hehehe   




ni lepas game perang...grup aku kena denda..dok ralik perang tak sedar bendera kumpulan hilang..tu la
bendera yang ada gambar semut merah tu la...hohoho...pegawai amik..huwaa...adala 2 3 kumpulan yang kena rendam sebab
tak jaga amanah panji2 tuu..ha ko jangan main2 dengan bendera tu..walaupon kain putih conteng ngan marker pen ja ponn
rasa sedih and geram kot bila kena amik...


so this is another activity there..hiking! kitorang naik gunung datuk..semput jugakla 900meter ++
memang seronot cangat taw...setiap kumpulan kena bawa nasi and air untuk makan atas puncak sana..
so gilir2 la antara grup members untuk galas..turn aku galas pulak tak sampai 5 minit haha pastu pass kat
budak laki...haha lembik! 



team aku cemut meyah yeahh...ni masa checkpoint rehat tapi kitorang tak rehat pon...berenti amik gambaq ja haha..
okay tipu..rehat gak laa..hihi



ada jugak aktiviti kemasyarakatan kat sana..kitorang beramah mesra dengan penduduk kampung kat masjid
sembahyang jemaah, baca yasin and makan malam sama2..hehe..baju pepel tu aku la mata tak larat nak celik huu..

acara mara lasak...lari berkumpulan sejauh beberapa kilometer ntah... dekat checkpoint ada tugasan..
depends on pegawai kat checkpoint tu la...kalo mereka jenis strict memang tak lepas ko dari checkpoint haha...
Alhamdullilah la group aku selamat sampai..walaupon catatan masa tak memuaskan..sebab aku..pancit! huks!


aktiviti kemuncak adalah pertandingan kawad..so ni masa practice ni ha..aku jadi skuad
leader dok depan tu tempikk sampai sakit tekak aku ha..hoho.. 


tibanya pertandingan kawad..tudia kemah keming naa..tengok la sapa skuad leader wakakaka
btw kumpulan aku dapat tempat kedua *kembang idong



latihan untuk persembahan malam kebudayaan..grup kitorang dapat dikir barat..

grup aku la ni...aku kat belakang tu dok merapu apa tataw la ngan tak ingat lirik hahaha

persembahan tarian oleh grup yang kena buat tarian..ada 3 main persembahan yang
suma kumpulan kena buat iaitu tarian, boria and dikir barat...sape dapat tarian syok la
leh mekap and pakai lawa2...aku ni memang suka sangat la bab melawa conteng2 muka ni hihihi
tapi dah dapat dikir barat goreng jela hehe



tapi takpe aku rasa cam tetap gojes berpakaian sebegini wakaka
malam persembahan adalah enjoy and santai sangat2..aku makan tak hengat ah..dengan baju melayu nya..sampai ke sudah aku tak tukar baju..rasa hensem sangat hihihi..malam ni jugak ada penyampaian hadiah untuk pertandingan2 yang ada..pastu ada karaoke...aku tak berpeluang 'menyumbang' suara malam tu sebab sakit tekak suara habis guna masa pertandingan kawad huhuhuhu..rugi btol aku nak nyanyiiii *hentak kaki

esoknnya last day hari penutupan..vip2 pegawai polis kawasan ni datang la untuk majlis penutup ni..masa ni aku tak masuk detachment sebab jadi tukang bawak sijil hihihi...bukan ape..aku demam kot..tak kan nak masuk baris..kang pitam caner? haaa :P




last day..nak balik dahhh

persembahan seni mempertahankan diri oleh senior2 semasa majlis penutupan



selepas acara penutup kitorang berbaris untuk memberi hormat kepada pegawai polis yang datang tu


sorakan semangat SUKSIS Uitm Shah Alam


yeahhh sangat yang dinantikan..nak balik dohhh..bye bye gunung datuk~


gambar kenangan untuk masuk frame hihi

sampai sini saje..
will update more about suksis's activities...
bye~
Thanks for reading. Kalaw suka boleh LIKE dan komen dibawah^^

No comments: