Nuffnang Ads

Friday, November 23, 2018

Wedding Preparations : A Little Bit of This And That (PART 1)

Assalamualaikum..

I'd like to write about my wedding preps but it seems wayy to much hahaha so I just gonna pick on random things according to picture timeline in my phone lol. If you are looking for wedding preps guidance then forget about that because this is quite a ROJAK entry lol

However, you can refer to my wedding checklist to get some idea on wedding preparation and overall costing. Walaupun tak lengkap tapi bolehla untuk reference.. Mana2 yang takdak tu hampa boleh tambah sendiri nanti sebab saya punya wedding simple jekk. Kalo perlukan excel template untuk anda edit sendiri boleh drop your email dekat komen nnt saya emailkan. Btw, costing ni hanya melibatkan kos keseluruhan yang ditanggung oleh saya & Arsyan, tak melibatkan item yang disponsor oleh pihak2 lain.

Klik Sini >>> Wedding Checklist, Budgetary and Costing Summary Hidayah & Arsyan

KISAH MALAM BERINAI
Malam berinai diadakan pada Khamis malam iaitu malam sebelum nikah. Macam biasalerr kann.. Niat asal nak pakai hujung2 jari tangan ja tapi entah cemana dok tengok gambaq inai berkenan plak hiks. Petang tu mak su mai dok umah kami untuk meramaikan. Dia tanya takmo inai pokok ka lagi elok.. Saya habaqla dah book orang nak lukis inai. Tup2 maksu kata inai pokok lagi berkat terus dia pi kutip belakang rumah and tumbuk. Allahu menyesal plak book orang mai lukih sebabbnyaaa selama ni saya taktau belakang umah ada pokok inai ingatkan pokok kari kahkah.. Pastu sy wasapla akak inai tu habaq nak lukis corak jela hujung jari nak boh inai tumbuk. Dia macam faham.

Tema baju kelawao la konon hikss.. Temaa sangat.. Okayla daripada dok tengok orang have2 balik2 malam berinai tema bollywood & arabian. Umi mmg pantang la kalo tiru budaya orang ni. Berinai ni pon dia bising2 mula tu tapi last2 tadahh jugakkk jari tuhh hujung2 kuku jeee dia kata hekk umi lahaiii..

Okay memula taknak buat dekat kaki sebab mcm geli heheh tapi memandangkan keadaan kaki yang macam tiang jamban elokla diinaikan hahah.. dengan tumit merekah sobss.. padahal selalu ja minum ayaq.. merekahh jugak.. time ni akak lukis inai tu lukiskan yang my family members dulu.. tp cepat gila dia buat huhu.. yang kita ni dok tungu inai pokok ni haaa.. sepatutnya kena semalaman kott baru color tu mengancam tapi sempat dalam 2jam ja sedeyhh.. apapon syokk sangat dapat berinai dengan maksu tersayang.. bila sampai turn nak lukis bunga akak tu suh bukak yg inai pokok.. maksu tak bagi dia kata kena lama lagi.. tapi dia insist dia kata dia akan double ngn inai dia.. huhu serba salah lak kita.. tp Alhamdullilah maksu faham.

Kiri tu hasill inai pokok cantik gilaaaa huhu sayang terpaksa di double kan.. kanan ni hasil yang akak tu lukis.. kita pon dah book kan tak kan malam tu jugak nak cancel.. dia pon mesti nak hasil kerja dia yang perfect.. apapon seronottt sangat sesi berinai.. sembang2 rupanya depa pon kenai mentua saya sebab depa pon orang Seriab and depa puji mentua saya tu humble orangnya..bangga plak dengar heheh...


PRE-WEDDING SELF PAMPERED
Bila lagi nak merasa dibelai2 kannn time nak kawen jelaa hehehh.. Start seminggu sebelum kawen saya dah start pi scalling, manicure and threading.. Facial buat sendiri ja sebab tak suka spa buat saketttt kena picit2 tu.. Sebab i punya whitehead jenis 'keratin plug' yang degil kalo picit pon susah kuaq kena guna peel off mask or twizzer.. 

ni gambaq time manicure.. first time buat best gilaaaa satisfaction guarantee you all.. lepas tu buat threading sikit ihikk. saketttt weyhh kasaq gila India tu dahla tak friendly huhh.. serikk buat threading.. mamat la ni pengaruh suh buat huh! Yang kawan2 pompuan plak dok suh pi wat Brazilian Wax.. gilaa kaaa paaa hahahaha.. Sapa tak tau padia tuh pi la gugel xD

Then, bila balik perlis maksu ajak session dengan dia pulakk wahhh ni paling best kot.. Bayangkan maksu belanja session yang harga total dekat 1k jugakla huhu.. Session plak dalam 3jam bestt sungguhh jadi pengantinn hihihi... FYI, maksu saya adalah seorang Pakar Urutan & Perbidanan Melayu Asli bertauliahh haaa.. Bangga lak.. So yang buat haritu dengan maksu adalah Pakej Seri Pengantin yang termasuk
i) Urutan 1 Badan,
ii) Lulur Satu Badan
iii) Rawatan Wajah
ix) Mandian Aura Bunga


PAKAIAN NIKAH
Alhamdullilah preparation pakaian nikah plg senang and tak serabut sebab dah memang tahu pakaian apa yang akan pakai iaitu baju nikah kakak saya dahulu.. Adikku diena pon pakai baju yang sama time nikah.. Baju ni special sangat sebab umi yang jahit.. kami anak2 peremuan umi mmg dah decide nak pakai ja baju yang sama untuk menghargai umi kami.. baju tu sentimental sangat and nilai yang sangat tinggi.. and dah jimat dah untuk baju nikah..Cuma tudung ja beli baru heheh sebab citarasa sendiri kan tudung and veil tuhh..


^ Gambaq kiri masa tengah pilih tudung dekat masjid india.. tudung bawal shiffon letak batu2 murah jekk RM20 wehhh.. quality mengalahkan Bawal Exclusive hampaa.. gambaq kanan time tengah pilih2 headpiece tapi last2 tak beli pon.. macam malas pakai.. tup2 hari nikah tuh Diena bagi headchain dia masa bertunang.. letak2atas kepala macam sesuai ja.. so saya pun pakai jerr...

Ni plak alas duduk time nikah.. Survey2 yang alas duduk untuk disewa semuanya range RM50-RM100 sepasang. Tu harga sewa mahainyeee nak duduk panas pungkok tak sampai sejam ponn dekat masjid tu.. Umi siap cakap tak payah pon takpa bkan penting pon.. Last2 saya beli dekat shopee carpet bulat ni RM22 untuk dua keping.. Boleh wak balik guna dekat rumah..



Pakaian nikah Arsyan tempah dekat sedara dia.. Kain saya pi beli sendiri dekat Kamdar Jalan TAR.. Murah je semeter RM9.00.. Kualiti pon tiptop.. Ni gambaq masa dia tengah try.. Hensemm My Fiancee bakal suami kuu hiksss..


Tak sampai RM100 pon untuk pakaian nikah Alhamdullilah selamat bernikah and gambaq cantikk sangatt hikssss credit to photographerr.. photographer pon kawan kita bayaq harga member jekk hee rezeki~

to be continued... sekian~

PART 2
PART 3
PART 4


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, October 16, 2018

Merisik & Bertunang (42 Gambar)

Assalamualaikum..

Teaser sikittt..ecehhh

Dah lama nak buat entry pasal ni tapi tak menyempat..now dalam opis since lagi 2 minggu nak kawen  and aku pon tak berapa tenang nak buat kerja hahah so curi2 tulis blog sat nohh. Boleh sengih sorang hikss..

HISTORY
Kemainkan ada history plak macam nak buat assignment lol. Okee actually our history ni adela cita sikit dalam entry lepas pasal pengenalan kitorang. Cuma this time nak cerita mcm mana boleh decide nak tunang and kahwin ni. I really never expect this coming from his mouth coz we were at the early phase of relationship at that time. I really liked him but I'm afraid to commit because I had some unpleasant experience with guys back then. So I tried not to put much hope and just treated this relationship as a fling. However, I can't deny that I wanted this to be serious and him being my last love. Surprisingly, he initiated on everything like met my mother first, shows unconditional commitment, be there for me during my confusion and lastly proposed to me. and I love him more and more ever since and I know this is the best decision I ever made. Kesimpulannya, dia adalah calon suami terbaik bagi kuhhhh. Ayat paling takleh lupa bila aku tanya "Takut pulak ramai orang dok kata..ala sebelum kawin sweet2 laa, lepas kawin 3 4 taun semua lain jadinya " and dia reply "Pasaipa nak dengaq cakap orang, depa kata lagutu sbb depa yang macam tu, kita tau kita mcm mana, so tak payah risau" Haaa hampa faham dak apa maksudnya? Tak paham takpa yang penting aku faham and aku rasa makin yakin dengan keputusan kami ni.

MERISIK
Lama betoi planning nak merisik hehe sebab aku jarang balik Perlis. Bila aku balik Arsyan plak tak balik or sebaliknya. First plan time CNY February haritu tapi tak jadi sebab mentua ai ada urusan luar kawasan. Then pospone lagi pada 12 or 23 Mei time aku aku takda makeup job so just nice la.. Tup2 kerajaan announce ngundi jatuh hari Rabu 9 Mei and company aku plak bagi cuti. Memang nice timing aku plan nak EL khamis jumaat tuh haha yelah first time kot layak mengundi. Then bakal mentua decide nak mai lepas ngundi terus hehe.. Aku ngn kakton pon masakla sikit2 mee rebus jek.. Yang mai pon depa bertiga jek. Ala mai berkenalan sembang2 gitu jela sbb tak pernah jumpa mama dia. Bapak dia ngn umi dah mmg kenai each other since SMSTSP lagi. Arsyan plak dok perati jekk aku serve parents dia. Nebes tauuu haishh.. Alhamdullilah all went well on that day and depa pon setuju kami bertunang time raya kedua. Tambah pulak berita gembira kerajaan BN kalah malam tu and dapat cuti Khamis Jumaat syiokkk weyyy sambung cuti. Mmg minggu yang sangat happy bagi aku. Gambaq merisik takdak sobss sbb tak menyempat nak snap picture. Apepon aku ttp akan ingat tarikh keramat itu. 9 MEI 2018, not only me but 1 Malaysia akan ingat hahah..Malaysia Baru you all~

BERTUNANG (40 GAMBAR)


Cincin yang dipilih oleh Arsyan. 
Actually, time nak decide tarikh bertunang pon ada isu jugak sbb rupanya my bff Ilya pon decide nak bertunang time raya 2018. At last clash jugak huhu sedeyhh tak dapat pi rumah Ilya makeupkan dia sobss.. Nak buat camna decision involved family masing2 kan. So bertunangla kitorang pada 2nd Syawal. Aku bangun awal kot siap2 padahal rombongan mai lepas Zohor haha. Mula2 Diena yang akan makeupkan tapi sebab dia busy sangat uruskan dapur aku pon mekapla sendiri simple2 je Arsyan dah pesan jangan over2 hahah.. yelahh mentang2 aku Mak Andam risau aku buat cut crease glitter ke hakk.. Pkul 11am aku dah siap mekap kot haha awai la pulak. Tapi hilangla nervous sikit sebab raya kan melayan tetamu datang beraya sekali. Kira macam open house la on that day, hari bersejarah ituhh iaitu 16 June 2018 bersamaan 2 Syawal 1440H. Pukul 3 lebih depa sampai satu rombongan huhu ketaq tak yah cakapla. Kita dok dalam nak tunggu family berbincang apa semua. Mujuq ada Syaduss ngn anak2 dalam bilik teman aku. Saat dipanggil keluaq sarung cincin tu fuhh tak dapat gambarkan betapa nebes nyaa huwaa.. Nampak ja aku senyum cool rilek tapi dalam hatiiii~

Okela now biar gambaq berbicara. Ala aku rasa hampa scroll ja terus sampai gambaq2 kan. kann


Unforgetable moment. 



Kejap jee dah selesai..yeayyyy officially engaged to Mohamad Arsyan


Hampa tak tau sepanjang tempoh bertunang kemain berbunga2 tau we oll ihikk sikit2 panggil my fiance, encik tunang la, future wifey, bakal suami ku laa macam2 naaa... bahagiaaa sunggohh seroo ahakkk may this spark never stop sparking ever.. hehe amende ayat aku ni lol. Time sarung cincin tu Arsyan dok luaq sbb rumah aku sempit ja tak semua boleh masuk dalam. Time nak ambil gambaq baru kelih dia tskk.. Tapi takde gambar berdua ponn.. Masih belom halalll kann kena behave laa..

Halal Gap :P

Umi & Mama. <3

Arsyan's only sister

With both parents. Umi, Mama, Bapak, & Abah


Bawah ni pulak gambar-gambar with my family. Ni gambar sementara dok tunggu ketibaan rombongan depa. Menggedik duluu amik gambar. Tema kekonon pastel gitteww.. Much thanks to my sister sebab pinjam kan baju dia huwaaa terharu sangat. Baju yang aku pakai tu actually kakton baru beli tapi dia bagi aku rasmi dulu.. Berbulan peram tak pakai semata2 untuk aku pakai bertunang huwaa kak you are the bestest sisrer in the world love youuuu~

pose pelukkk2 is a must



mamat and his wife








Me and abah. Semangat abah nak contribute lauk untuk kenduri. Macam biasa abah sponsor kerabu kaki ayam yeayy mcm signature la kalo family kami buat kenduri. Thanks abah









My lovely maksu. Antara orang yang paling penting kalo ada kenduri heheh sebab chu adalah penggerak.. Floor manager orang kata hikss.. Time ni cu concern tanya aku makan dak lagi. Aku kan nevess haha tak lalu makan. last kena suap spagethy. Kemain aku maintain lipstick sbb tu mulot muncung macam tu hikss..






siblingss <3
Tak habis lagi ni heheh panjang lagik cerita.. Nak cerita pasal hantaran pulak tapi sebab panjang sangat aku telah membuat satu entry khas pasal hantaran tunang hhahaha over dak.. Boleh KLIK SINI. Bawah ni gambaq overall la hantaran tunang aku dan Arsyan.


Seterusnya gambaq2 di bawah adalah gambar suanasa sekitar majlis pertunangan Hidayah & Arsyan ihikk.. Biasa-biasa je buat makan2 ala open house time raya..


 Ni masa ketibaan Yang Berhormat mama and bapak...

My Fiance ihik ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 

rombongan depa

Ni dalam bilik time orang2 dewasa berbincang haha aku melayan budak2. Budak2 kena kepung dalam bilik tak mau bagi bising hihi.. My girlfriend sorang ja dapat mai time tu. Tqsm Syaduss muah









favourite picture. :)

 
3 Tulang Belakang ku    


Ahamdullilah maka selesaikah entry pasal merisik dan bertunang. Bukan entry rasa ni dah macam cerpen hehe.. Next I will be updating on my wedding preps! Tak tau nak start dari mana complicated sangat hahah. Apepon yang penting sekarang ni ♪ ♫ Jam Di Dinding Terus Berdetak Ahhh~~ ♩ ♪ ♫ ♬ Aaaa 2 more weeks wish us luck everyone~ Doakan semuanya dipermudahkan. Sekian. Salam~

LAMPIRAN 
Untuk rujukan anda on costing planing klik sini >>> Engagement Budgetaries
Ni simple jelah. Nanti aku akan share yang kahwin punya costing planning pulak which way more complicated. Daa~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!