Assalamualaikum yaaa warga blogger sekalian~
Kemain kan tajuk entry hikss.. Astaga macam tak percaya im writing again since my last entry November 2015!! Yes what happened that triggered me to blog again? Arsyan Azemi (AA) happened hiks. Takdakla actually blog terabai coz ada Instagram huhu. Anyway, I just wanna rant about how we met and our journey until now. Yes one more month to our big day and I’m feeling indescribably uneasy right now.
Ramai jugak tanya mcm mana kenal AA dan sebagainya. Okay actually kami kenai thru Instagram. We been following each other on IG since god knows when lol. And aku tak kenal pon dia actually maybe follow memfollow since ada quite number of mutual friends from Perlis. Then one day he DM me asking about my current job. At that time dia kerja as engineer at Soon2 Penang and nak job hunting for better opportunity la I guess. Aku plak dah setahun lebih dekat Lion at that time. Dekat lion ada satu ja jawatan yang sesuai dengan AA which is M&E Executive tapi takde kekosongan and I don’t think Abg Azlan tu akan mengosongkan position tu sbb dia dah lama kerja. (kemain aku guna initial AA kan mcm confession dlm KRT lak hahakk) So AA asked me to help send his hard copy resume to my HR department. I was like “hishh apa nak kerja sini plakk nanti mesti terjumpa dia kat sini” and I actually never send it to HR department huhuhu sorry sayang.. Tapikan baca resume dia aku impressed habisla wuish power noh AA ni.. Experiences and skills AA semua mantap! Cuma aku prefer kalo boleh taknak ada orang yang kenal aku kerja sekali huhu so aku tak follow up pon yang dia emel dekat HR Lion..berlalu macam tu jelah... Anyhow, we wont be at where we are now if AA working here together with me now. It’s better that way kan?
Sat nak share screenshot DM aku ngn AA heheh..where it started~~~~
ni adalah paling terkejuttt sbb tak sangka dia anak cekgu Azemiiii.. time ni rasa bangga gilaa anak cekgu Mi wasap aii.. time ni pon actually dah sakan dok wasap2.. dah mula selesa kawan ngan dia.. tapi bila dapat tau dia anak cekgu Mi aku plak yang selalu dok wasap dia dulu hikss..Syokla melayan sebab dia selalu call sembang2..jenis cakap banyak dia ni semua benda nak cita..same with me so selalu gayut lama2..
Wasap pi wasap mai, bergayut pi bergayut mai, sampaila raya 2017 dia call hari raya tu tanya rumah kat mana dia nak singgah beraya.. Wuishh dan2 ai nebess sbb tak pernah jumpa. Ni kira first time la face to face eye to eye. Masa dia mai tu tak banyak sembang ngn aku pon sembang ngn umi ja. aku plak tetiba jadi ayu sopan santun hidang ayaq ngn kuih raya. Dalam hati dah bekenan dah orang kata crushhhh weyhh dia punya suara lagi macho and boleh tahan hensem jugak. Muka tak macam pak dia pon patut aku tak cam huhu. And paling best pandai betoi menyembang ngan orang tua2. Tula first time jumpa dia. And after tu disusuli dengan 2nd 3rd 4th and tak ingat dah hehe..
1st met: Ni gambar masa first time jumpa. umi pon nampak suka dekat dia
2nd date : Kedai yasmeen Kangaq dinner sesama
3rd date : dekat Shah Alam makan dekat Pecelele padang jawa lepas dia habis IV at Banting. time ni dia pakai kemeja and slack ohmaii hensem gilaaa melting
4th date : Time amik gambaq ni kan sedara2 AA dok usik la.. "laa awat tak kenduri 4 sekali jaa senang" kui3..time ni cekgu Mi buat kenduri 3 orang sekali abang2 AA at SMK Syed Alwi..time ni aku makan satu meja ngn cikgu2 smstsp, Laoshi Kong, cikgu fauziah, sensei Latipah, sensei ingat aku Sakinah huhuhh..Laoshi plak dok tanya dayah bila pulak. dah ada boyfren ka.. ak pon jawabla "lambat lagi laoshi..takda calon" hahakk..sambil jeling AA hik.
4th date : 30 Ogos 2017 ni kira Official First Date aaaaa sbb jalan2 tgk wayang and jalan2 Monkey Beach Penang. Time ni ak balik perlis cuti Merdeka time ni singgah sat dating at Penang.
5th's date dan seterusnya tak terfollow dah berapa kali and bila sbb byk kali sangat heheh..dia la rajin mai KL dating ngan aku. Tqsm sayang mai jauh2 jumpa i. Bawah ni antara gmbar2 dating dekat KL & Perlis. Tapi kan paling epik ada sekali tu teman dia naik train ETS nak balik Taiping (time ni AA dah tukaq kerja dkat Taiping) terjumpa lakk cekgu Mi adoiii kantoi lak mujuq time ni dah bertunang but still for our parents selagi tak kawen tak elokla keluar berdua. Cekgu Mi mai KL ada rombongan government pensioners time tu, boleh AA tak tau aktiviti pak dia. Good luck la dia menjawab dalam train lepas tu sbb depa kebetulan train yang sama. Bapak nak balik Perlis time tu.
@Nasi Ayam Penyet Kg Baru @Bukit Keteri @Stesen Bas Kangaq
@Jawi Peranakan Penang @Gusteau's Perlis @Hannah Cookies Perlis
@Nasi Ayam Penyet Kg Baru @Taiping Mall @Penang Bridge Marathon
@Lebuh Chulia, Penang @Helipad Rooftop, Menara KH @Carwash Kg Baru KL
@Subway Cmart Arau @Rumah Terbalik KL Tower @Kuala Perlis Eiffel Tower lol
@ Perlis @Rumah Terbalik KL Tower @Tasik Titiwangsa, KL
@llao llao Aman Central @llao llao KLCC Our Favourite Ayam Penyet
So inilah serba sedikit ringkasan cerita aku dengan AA. Aaah ada satu lagi, kalo facebook aku yang add dia duluhh sebab nak stalk hiks. tak puas stalk dekat IG sebab gambar sikit.. tapi fesbuk dia pon sama sendu jugak huhh..twitter pon aku yang follow dulu.. well besala kaum perempuan sekalian, kita haruslah menggali sampai lobang cacinggg kann hahakk
see sebelum apa2 aku dah menggedik dulu..xdan dia ngorat aku dah pancing dulu ^_^
Sekian coretan kali ini. Next nak buat entry khas pasal merisik, bertunang, and wedding prep! Woww there are so much in my mind i wanna rant here!! Till then. Salam~
No comments:
Post a Comment