Assalamualaikum~
Entry ini adalah snippet daripada entry merisik dan bertunang aku. Saja asingkan entry hantaran hehe sebab nak focus cerita pasal hantaran saja. Actually aku dengan Arsyan dok berbelah bagi nak buat hantaran or not sebab macam tak perlu. Sebab family aku ngn dia masing2 tak berapa pentingkan adat. Family kitorang asalkan buat yang wajib.. Tapi disebabkan bertunang time raya, and first time family masing-masing bertemu, kitorang decide buat jelah tapi semuanya makanan as buah tangan untuk family masing-masing hehe. Semua orang dapat merasa makan sama-sama.
Sibling aku pulak ramai perempuan so senangla nak mintak tolong gubah hantaran. Order2 semua kakton yang tolong uruskan. yelah aku dekat KL memang takdan nak manage huhu. Diena pulak tolong gubah dulang dia memang creative. Aku plak beli bunga untuk deco ja. Dulang dah memang sedia ada recycle ja yang Diena kawin dulu. Family Arsyan pon sama recycle ja yang abang2 dia dulu memandangkan dia anak last mmg baziaq la nak beli pulak. Sewa pon mahaiii aku survey satu dulang sampai RM70-RM100. Actually bagi golongan perempuan ni kita memang enjoyy sangat DIY and Deco2 nihhh kan sebab tu kita suka involve kalo ada event preps!! Betoi dakkk?
Okay panjang lak mukadimah, now nak share setiap satu hantaran haritu hikk. Lima berbalas Tujuh.
|
Kek from Eenie Bakery Kangar (previously known as Kek Sayang) Kakton tolong order and pilih design. comel sangatt kann.. ukuran dalam 7"x7". Harga RM45. Arsyan pon cakap sedapp :P |
|
Buah-buahan aku pi beli sendiri time Raya First haha jenuhh cari kedai nak beli dahla pi cari waktu petang.. Alhamdullilah dapat jugak buah yang elok. Kilat2 tu tips dia cuci ngan minyak zaitun baru nampak presentable. Kos dalam RM15 |
|
Cup cakes from Deli Cream. Kitorang banyak kali dah order dekat dia. Kek sedap and service tip top. Actually beli 12 pieces and sebab kotak besaq sangat aku pindah boh dalam kotak 6 pieces ni. Kotak ni lari pi beli sat dekat Yonhin kangaq. Mujoq kedai tu cina bukak time raya hehe. Harga RM75 untuk 12bijik. |
|
Blueberry cheese tart!!! Ni memang sedapp order dekat @Hanimlicious iaitu my junior SMSTSP. Hanimlicious punya product pon sedappp sangat2..Ramai kawan2 aku order dekat dia. Kek kahwin pon aku dah order dekat dia heheh.. Time tunang ni order cheese tart ni dengan brownies 2 bijik. |
|
Ni ha brownies yang order sekali ngn tart tu. 2 bijik brownies + tart = RM85 Semua kakton la ni tolong orderkan huhu.. |
|
Bahulu FOC. Kakton yang bagi hehe. Actually beli dalam paket besar. Aku tukar boh dalam plastik mcm ni supaya nampak presentable. |
|
Chocolate Beryl's Diena tolong belikan dari Langkawi. Thanks Dienaaa. Ada satu kotak lagi aku amik utk ktrg rasa hehe mmg sedapp. Harga 3 kotak RM47 |
|
Tadaaaa tujuh dulang siappp untuk bertukar tangann hehehe.. |
|
Close up sikit deco. Ni dah susun memanjang dekat tengah2 ruang tamu. Cantik kan hiasan hasil gubahan air tangan adik aku. Nampak dak hand bouquet tu haa dia yang buat tu lebihan bunga2 deco dulang. Semuanya went so smooth and easy walaupon planning tak begitu thorough. |
|
ni haa bunya tangan tersebutt.. simple, nice and handy. I love it. pegang sat ja lepas tu budak2 main hahah. bayangkan betapa membazirnya kalo guna bunga betul. Bertunang je pon kan. simple-simple sudah. Anyway, lain orang lain preference. Terpulangla noh. |
|
Barisan sebelah atas adalah dulang daripada pihak Arsyan. Semua makanan jugak kecuali satu dulang cincin. Scroll bawah aku nak highlight my favourite~ |
Kek ni mama dia tempah drpd kawan dia. Sedappp sngat sehari ja licin hehe. Pastu ferero rocher ni aku yang request hihik konon nak pulun sorang. Memandangkan raya licin dalam sejam je hahah.. Jadi itula serba sedikit kisah hantaran tunang haritu. Nanti nak cerita pasal hantaran kahwin pulak heheh. Daa~
Thanks for reading.
Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!
No comments:
Post a Comment