Nuffnang Ads

Showing posts with label Blogging World. Show all posts
Showing posts with label Blogging World. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Natural Beauty Contest II - Abg Stalker

Assalamualaikum...

Disebabkan blogger Mate Saye Bulat tag aku.. aku pon joinla contest nie...
Sekadar suka-suka..support penganjur...tak menang pon takpa..eh tapi nak menang ahh
tipu la sape cakap xnak menang haha..

ini banner contest..kalo anda rasa nak join klik banner ni..jom ah join kasi meriah...

Ni ha gambar aku yang terlalu natural beauty bapak beauty aku tanpa edit dan mekap adoii nyepun! hahak~
v
v
v
v

harap sape sape yang terbaca entry ni dapat komen support aku sebab sebahagian
penilaian adalah berdasarkan komen anda..anon tak dikira.. komen lah ape pon aku tak kesah..
and tiada paksaan..pleaseeeeeeee~ *hentak kaki

and aku nak kena tag 2 orang..
kalaw hampa dua rajin join lah..
tak nak pon tak pe cerah peluang aku nak menang wakaka~


Sekian..Good Luck to me!
Bye~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, January 18, 2012

Semua Blogger Mesti Mempunyai Perasaan Begini Sobss

Assalamualaikum...

*perhatian ini entry sentimental..sila bukak lagu patah seribu sambil baca untuk dapat penghayatan..wakaka

Apa perasaan anda bila anda buka dashboard and nampak nie
v
v
v
v



tetapi..rupa-rupanya hanyalah
v
v


               Maksud aku semua blogger tu bloggers yang suam-suam kuku macam aku nie la
kann...jangan kata komen..jenguk pon blom tentu...sobss...bila takda orang komen tu kan 
perasaan dia macam aku merapu sorang-sorang takda orang layann...
owhh sadiss nya diri ini. *mata berkaca

Lain la blogger femes macam ayeem ayam , faiz tapit , tubelawak , namee, kentut dan sebagainya tulisla ape pon mesti bercucuran respon datang...huksss...syiok kan bila kita tulis ape2 ramai orang respon takde la rasa macam bercakap dengan dinding...begitu jugak kalaw post kat fb...tahukan anda kalaw anda post something tapi takda sapa respond nampak benor hang tengah cakap ngan dinding a.ka. wall...wakakaka....ahhh tapi takpe apa yang penting kepuasan boleh menulis blog sebab blog bukan dinding tapi kertas maya..yeahh...its like online diary...ada ku kesah?? *tetiba :P

Alamak pehal tacink plakk entry aku kali nieh..wakaka simptom datang bulan jatuh ke riba kot..hahak
Okay bye... :P

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, October 25, 2011

Segmen Tubelawak : Pencarian 100 Blogger Wanita

Tajuk >> "saya ingin jelajah TUBUH tubelawak"

Harini aku takleh tidur.. mungkin kerana terlalu banyak memikirkan masa depan aku dan anak-anak aku, jantung aku berdegup kencang membuatkan aku tidak boleh tidur malam.. pusing sana, pusing sini, masih tidak boleh tidur walaupun telah lama memejamkan mata.. disebabkan subuh hampir tiba, aku telah membuang hasrat aku untuk tidur lalu bingkas bangun untuk menulis blog..
hurmm boleh tahan gak ayat perenggan pertama aku kan abam tubelawak? hikhikhik
Aku dah join segmen ni sebab aku dah penuhi syarat...aku dah lama follow blog tubelawak...and aku dah letak tajuk yang abam tubelawak suruh..kehkehkeh...pelik kan tajuk tu aww... tapi dah abam tubelawak suh letak camtu letak jejah..hihihi


Menurut firasat aku abam tubelawak wat segmen nie sebab dia nak kumpul 100 bloggers wanita untuk menjadi gundik kitorang..aww nakal taww abam nie..hihihi...urm actually skang aku betul-betul baru bangun tidur and aku sedang mamai lagi nie...and entry ni ditulis dalam keadaan separa sedar...kalaw ada silap tulis tajuk ke ape ke abaikan jelah yer...huarghhh..nantoknya...tapi demi abam tubelawak aku jegilkan mata tulis entry demi menyokong segmen abam...ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee~

Korang kenal ke sape abang tubelawak nie..?? actually aku lama dah kenal ngan dia tapi aku buat-buat tak kenal je...aku ada satu je gambar dia dalam simpanan aku..hurm tengok bawah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hensem kan? Sape nak berkenalan boleh join segmen beliau yer...moh le ramai-ramai join bagi meriah.klik SINI untuk join...ehh pompuan je taw...pondan kalaw nak join dalam mimpi la naa?
Ok bye nak sambung tido...
zZzzZZ

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Thursday, October 6, 2011

Tolong Ada Orang Hack Blog NurulBadiah

Assalamualaikum..
Tadi aku nak baca blog femes Nurulbadiah Lai tapi ada syaitonirojim hack....eeeee...geram toila aku ngan hacker bangang nie!!!! walaupun tak kena kat aku tapi cuit peha kiri betis kanan turut rasa geli..huhu

Tak puah hati tang mana??

cuak gak aku bising-bising kang blog aku plak kene hack.gulp!


Apepon harap kak nurul sabar..sape yang pandai bab nie sila lah bantu dia yek..cian die..kalaw aku pandai dah lama aku tolong tapi nak wat caner doh tak pandai..huhu

Kepada biskut cream cracker hackers yang suka hacking nie...tobat lah weyhh...kang hang mati tengah dok hack blog or website orang lain acaner???pi la wat keja yang pekdah cikit hack fesbuk memey suhaiza ke hack website lucah kew...ada pekdah gak..tak pon pi la tolong mak basuh pinggan kat rumah nuu dapat pahala gak..

Japgi mesti kata nak test security...ellehhh....ce try hack website kerajaan ada brann???
kang blog aku plak kena cakap kemas sangat..hukss =.= 


Okay.babai~




Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, August 16, 2011

Kenapa Aku Follow Blog Tuh??

Assalamualaikum and Salam 1 Blogger..


Nak citer sikit la nape aku follow sesuatu blog tu atawpun nama manja terkini "Join This Site".. Actually aku akan lebih happy kalaw orang baca entry aku dan tinggalkan komen...Orang follow pon hepy jugak tapi orang komen lagi hepy sebab dia baca apa yang aku tulis :D

1) BLOG ITU BEST
Blog yang besh sape tak nak follow kan?..Sebab bagi aku follow mean ikut and aku akan ikut setiap perkembangan blog dia and baca setiap kali dia update..and komen sekali..Kira blog kategori terpaling sungguh sangat best amat tu aku tak pernah miss ahh entry depa..kalaw tak komen pon aku mesti baca..Antaranya yuyu zulaikha, ben ashaari, faiz tapit, ayeem ayam, fatin liyana, hamzah ian, maria elena, the other khairul and dayah jelita *ehh* .. Kira blog yang aku letak kat bloglist aku bawah ni aku akan bacalahh..Aku anggap blog itu besh bukan dari jumlah follower tapi dari segi entry.


2) KAWAN RAPAT DAN PENYOKONG
Kawan rapat mestilah follow kalo tak kena cop cerek plak..ehh kerek..kihkih takdelah aku suka baca blog kawan-kawan sebab selalu ada kaitan ngan aku..Penyokong plak maksud aku macam orang yang selalu baca and komen blog aku..Kalaw ada yang aku terlupa follow bagitaw eak? Yelahh depa rajin baca entry aku mestilah aku patut singgah kat blog depa jugak kan? Bukan takat tepek kat shoutbox "singgah sini yer" Kalo aku kata singgah means aku akan singgah baca entry and kadang-kadang drop komen.


3) TABIAT SEMASA BLOGWALKING
Kalo datang angin senggugut ehh silap angin malas nak update, ape lagik aku jalan-jalan kutip duit raya lah kat blog orang lain.. Selalunya aku akan baca blog feveret aku dulu and komen-komen pastu aku bukak group sahabat blogger or kelab blogger kat fesbuk pastu cari jelah tajuk-tajuk entry yang besh and baca..kalaw kena entry tu besh aku follow blog orang tu sekali.. Tak pernah pulak kan aku post kat group "Hai kitew na belogcrawling niey tinggalkan link kaler biru bawah niey yeww nanti kitew terjah lew belog kowang" cehh buat semak jer..orang yang buat camtu takde akai and pemalas..nak blogwalking klik jelah blog yang ramai ping kat situ.. Mintak link camtu sempat ke hang nak terjah semua??

gampar perhiasan^^


4) NAK BAGI SEMANGAT
Kadang-kadang masa blogwalking tu aku jumpe la jugak blog yang follower sikit macam bawah 50 camtu..aku belek-belek blog dia and baca sikit-sikit..pastu aku follow lah..tambah-tambah kalo entry dia besh aku akan komen sekali...kadang-kadang entry besh tapi takde or tak ramai orang komen and follow...aku pon follow lah..pastu kalaw ada blog yang masih baru aku follow la nak kasi semangat.. Tapi bukan takat follow aku akan bagitaw apa yang tak kena dalam blog dia suruh dia ubah..Kalo dia nak ikut ke tak terpulang la aku just bagi cadangan...alahh kedekut hape kan nak follow..jadilah macam ben ashaari yang tak kisah nak follow sesapa pun :)

Okay..babai~ ehhh lupa ada satu lagi sebab la..hihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"SEBAB NAK SURUH DIA FOLLOW BALIK"
Okay kawan-kawan nie sebab last kenapa aku follow blog tuhh.. mula-mula aku akan pergi ke group blogger dalam facebook.. paling aku suka Kelab Blogger sebab cam meriah je orang dok ping link blog.. Aku akan ping link blog aku pastu cakap "follow lah blog i nie..kalo u follow i komfem i follow u balik kalo u tak follow i, u boley pegi mampus" kihkihkih aku taw kalaw depa dengar perkataan follow balik tu mesti depa ping link depa banyak-banyak....pastu aku follow jelah dalam dua tiga orang...yang lain-lain tu biarlah banyak sangat.... tapi yang dua tiga orang tu kalaw depa tak follow aku balik aku wajib unfollow balik...padan muke!..bukan ape aku memang suka kumpul follower banyak2 baru pemes..kuikuikui.. entry aku tak besh pon tapi kesah ape aku yang penting follower beriban..trollololol..kbai!


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, August 10, 2011

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2


Assalamualaikum...

Setelah lama rindu kat segmen Abang Ben akhirnya harini ada segmen...yayyy seronok 
sampai nak termakan coklat Daim yang ada kat tepi nie..ehh? ngee~


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Firstly kena cerita latar belakang blog..Okay seperti yang anda nampak latar belakang blog aku 
ada gambar sudu garfu dan pisau..ekekekeke..lawok je..Okay..blog aku dilahirkan dengan kaedah caesarean pada 11 May 2011.. Masih bayi lagi haa blog aku baru belajar merangkak..huhu. Nape 
aku buat blog? Sebabnya aku suka menulis, merapu, meroyan, mencari kenalan dan berkongsi
info..huhuhu...lagipon aku kerja part time jaga cc.. So,masa ni nak blogging dengan sepuasnya 
menggunakan internet laju dan free..thehehe~
http://www.emocutez.com
aku tak posa arini.. xD
Secondly kena cerita mana taw pasal segmen ni.. Aku taw daripada blog seorang jejaka macho nie 
sebab aku selalu bukak blog dia..Tahap kekerapan aku bukak blog dia adalah sama macam tahap 
kekerapan aku stalk fesbuk boypren aku..ekekeke..Blogger yang dimaksudkan adalah penganjur 
segmen ni sendiri laa iaitu Ben Ashaari.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai blog yang aku dah lawat:

1. Nadzrie (Blog ni cantik warna hijau..lagi besh kalaw letak header)
2. Blog Cik Bunny (Blog kemas dan menarik.kalaw bleh bloglist letak la kat sidebar..)
3. Kali Wayang (Header yang cantik cuma iklan kat bawah agak ganggy sy tak jumpa button close)
4. Fariza Othman (Blog yang sangat kemas dan menarik)
5. Yayan (Cantik.kemas..header lawa..blog pink gitu..hehe)
6. Azam ( Blog awak perlu lagi kemas..centerkan header dan gambar entri jgn terlebih dari body)
7. Cik Kain Batik (Simple but nice!..tapi rasanya ikan2 tu tak perlu kot..huhu)
8. Naimulfirdaus (Simple dan kemas cuma bahagian atas nampak kosong)
9. Bicaramakdara ( Peewittt gojesnya header kamu)
10. Ourkizuna (Simple jer tapi kemas..comel adik kat header tu..sape tu? hehe)
11. Hajar (Hajar buatla header mesti blog kamu lagi awesome..hehe)
12. Farhah88 (Awak patut letak sidebar sebab banyak sangat benda kat header and footer)

Kalaw korang nak join segmen ni KLIK SINI
Okay..babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Thursday, July 28, 2011

SEGMEN | BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !




Assalamualaikum...


Harini aku happy sebab join segmen abang ben..abang ben cakap tulis jer pasal ape pun :)

***********************************************************

Aku nak tulis pasal SMS mengarut yang berleluasa sekarang nie.. Mesti semua pernah dapat SMS begini kan?
  • RM0.00.Helo sayang, esok saya sudah nak bertolak. Saya telah tinggalkan mesej bergambar untuk kamu. Taip ON NIZA dan hantar ke 32226. Mesti happy! Optout call 0136574841
  • Pendaftaran PERCUMA! Dapatkan video Indon/Jepun (18SX) heba, lawa & lucu di bimbit anda sekarang! Taip ON RAS sms ke 37873. Optout call 0126225632
  • Yang, sedang buat apa? Nak tengok gambar/video bikini saya? (18SX). Senang je, type ON ABYA hantar ke 32226. Mesti happy! Optout call 0136574841
  • tlg belikan Ayah topup Rm.50 Ni No bru Ayah 0178398723 ayah lg ad maslah kat blai polis.tak pyah dlu tlpn nnti ayah tlpn.cpt


Aku hairan kenapa ada jugak yang tertipu..hurm..kalaw kita manusia yang mampu berfikir dengan logik pasti kita tak akan tertipu dan layan SMS macam nie..Tiap-tiap hari aku dapat SMS mengarut dan aku tak pernah terfikir pun untuk layan..hurmm..paling menyampah SMS yang cakap sim card aku menang berpuluh ribu ringgit. Ceh..nampak beno nipunya...kita mesti ingat takde benda free naa dalam dunia nie.. Toilet pun dah up sekali masuk RM0.50.. huhuhu...

***********************************************************

Harap-harap blog aku terpilih untuk segmen abang ben kali ini...fuhh..puhh...fuu...ekekeke
Kepada sapa yang nak join dan tahu lebih lanjut pasal ni boleh terjah SINI

Okay..babai~


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, July 25, 2011

SEGMEN | BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Assalamualaikum...


Macam biasa aku tak ketinggalan mengejoin segmen abang ben kita.. tambah lagi kegembiraan
sebab abang ben singgah follow blog aku hari ini..huhuhu..

--------------------
Aku dah pernah join segmen ni haritu tapi aku nak join lagi sebab aku rasa perlukan
banyak lagi kritikan daripada bloggers lain untuk buatkan blog aku lagi best..
Tapi haritu aku dapat banyak pujian daripada kritikan.. Alhamdullilah la cuma segmen kali ini abang
 ben tak bagi puji..huhuhu..baguslah jadi peluang yang baik untuk aku tahu kelemahan blog aku :)

Harap korang sudi kritik belog ini dengan ikhlas..jangan la kritik aku plak naa? hee~ 
---------------------

Pada bloggers yang rasa nak join segmen ini bolehlah klik SINI
Okay..babai^^



Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Saturday, July 23, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF..AKU UMPAMA !

Assalamualaikum..

http://www.emocutez.com
Aku join segmen abang Ben lagi !!! 
****************************************************************
Diri aku ini umpama
-
-
-
Myvi Baharu Lagi Best
-
-
kerana aku sentiasa mahukan pembaharuan dan kemajuan dalam sesuatu
perkara dan pastikan ianya LAGI BEST serta berkualiti..
Aku juga sedia menerima kritikan tentang apa yang aku buat samada 
negatif atawpon positif dan akan berusaha untuk dapatkan yang 
PALING BEST dalam apa jua aspek kehidupan :)

******************************************************************
Kepada yang nak join bleh terjah sini
Jom kita meriahkan segmen kali ini
Tutop pukol 10.00 malam nie yeee.. :)

Okay..babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, July 12, 2011

Entry Untuk Blogger Yang Disable Right Click

Assalamualaikum dan Salam 1Blogger  :)




Aku just nak berkongsi pendapat harap korang tak marah naa?
Yelah aku ni blogger baru kang ada yang kata aku ni memandai..hukhukhuk

Aku perasan kan ramai blogger buat disable right click..memang tak salah nak buat tu boleh tapi jangan la sampai ayat yang korang guna macam nie:

http://www.emocutez.com
v
v
v
v
v
v
amboi-amboi~



daripada nak follow lansung tak jadi camneh

aku nak lepuk ko jugak bleh?

=.=


Aku nampak macam tak sopan ada yang nampak cam kurang ajar pon ada... aku sendiri pon mula-mula semangat jer nak singgah blog tu bila right click ada yang kuar "hoihh nak copy eaa.. tampar kang"
tak ke rasa cam nak tampar orang tu balik.grr.


Mostly macam takut sangat orang nak copy dorang punyer entry or gambar..kalaw gambar tu letak la watermark.. kalaw nak buat jugak disable right click jaga la bahasa tu jangan sampai readers meluat or rasa tak senang....


Aku penah jumpa kat blog sape ntah tekan je right click kuar
"coz I was born this way"  okay reaksi aku masa tu >> (-,-)"

hurmm ni contoh kat bawah nie adalah yang dikira boleh diterima la sebab tak menyakitkan hati ataw menimbulkan rasa tak senang kepada readers..



okay yang nie klako..haha ^^

ni comel jew ^^

yang  nie comel


Tapi bagi aku still tak digalakkan...bagi aku tak payah la buat bukan ape nanti menyusahkan readers yang nak masuk new tab..sebenarnya ramai tak tau yang boleh [hold Ctrl + click] untuk open new tab..

Contohnya korang link kan ape-ape link dalam entry macam contest ker tutorial ke iklan churp-churp ke kan jadi macam susah.. camner nak cakap eak? korang pon tahu kan masalah bila blog tu disable right click and korang pulak tak tahu yang kita boleh [hold Ctrl + click] untuk open new tab..
Paling bermasalah apabila aku nak copy html code dalam tutorial yang korang buat..hurmm ada cara lain tak untuk copy code? aku pun tak tahu laa tapi aku tahu caranya ada..huhu..nak open new tab aku tahula..

Sebenarnya kalaw korang buat tu untuk prevent copycat tak kan berkesan sebab ada cara lain dorang boleh guna untuk copy..contohnya gambar, boleh je dorang nak printscreen..sebaiknya letakla watermark kat gambar..
Kalaw entry korang bagus orang nak copy and share biar jelah korang jugak yang untung dapat backlink and dapat penghargaan..sesetengah blogger copy untuk share bukan untuk buat macam karya sendiri..kalaw ada jugak yang memang dasar suka copycat kita bakor je dia..hehehe

Kalaw korang rasa ahh peduli ape aku nak wat jugak...aku sarankan buat yang macam kat bawah nie baru molek.. ^^







Lastly yang terbaik pada pandangan mata aku
|
|
|
V


Dulu aku penah buat jugak tapi aku dah buang sebab rasa macam tak perlu jerk...huhuhu..apa yang aku tulis ni kalaw nak ikot, ikotlah lagi aku suka..kalaw tak mau pon tak pe sebab tu blog korang suka hati korang la kann? hehe~


errr jap.. yang macam nie camner eak?huhuhuhuhu -,-
|
V



peace yaww...babai~



Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, July 11, 2011

Pehh Sebijik Macam Fatin Liyana Asri

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysie :)

Haritu aku dok baca la blog Fatin Liyana sambil ternganga macam biasa sebab terkesima dengan kecantikan dan kecomelan dia hehe.. Pastu adik aku yang tak amik taw pasal dunia blog tanya la aku weyy sape tu??
Aku cakap la loser la ang ni tak kan tak kenal Fatin Liyana.. Dia cakap dia taw nama ja sebab kawan-kawan dia dok sebut.. Kira tu first time arr dia tengok blog FL..

Tetiba adik aku kata weyy muka dia macam muka Hyo Ri arr.. siryes..sebijik!!.. Hoh sape plak Hyo Ri? Dia suh aku google... Aku rasa cam penah dengar nama Hyo Ri Cina ke Korea entah.. Aku kenal boypren aku Kim Hyung Jung je..kihkihkih


Nah hasilnya dari Google! Memang sebijik cam FL..

http://www.emocutez.com
serupa la weyy















































Apa pendapat korang? Korang rasa same ke tak?? huhuhu..
Harap-harap kak fatin tak marah sebab amik pic dia..huhuhu
Apepun kak Fatin kita ni lagi cantik dari Hyo Ri yang aku tak kenal tu..hee~

 
Okaylah..babai~





Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!