Nuffnang Ads

Thursday, February 7, 2019

Wedding Preparations : A Little Bit of This And That (PART 4)

Assalamualaikum...

Baca entry lepas: PART1, PART2, PART 3

HANTARAN
Kisahnye hantaran kitorang bermula daripada early 2018 lagi. Kononnya satu bulan beli satu barang hahah tapi tak menjadi pon sebab kami rasa macam agak membazir sedangkan takdak apa yang perlu pon. Kalo sekadar nak letak atas dulang pastu tak pakai so sangatlah membazir. So kitorang just beli apa yang perlu like barang apa yg expected akan guna menjelang hujung tahun (sbb estimate akan kahwin hujung tahun 2018). 

Ni kasut time sale dekat ofis saya.. Actually kasut ni last2 tak pakai lansung pun beli sbb ada sale and tgk murah and cantik. RM30 je daripada original price RM100++ but still membazir haha.. aku jugak yang tewas awal why lahhhh pompuan!! since dah beli saya plan la nak pakai time kenduri.. sekali baju sanding color blueblack and kasut ni tinggi melampau 4inch gais hukss matilanak.. so lepas kahwin ritu kasut ni bagi dekat Diena. Nasib baik ada jugak orang yang akan pakai daripada jadi tukun. Jadi awas ya beli hantaran tu jangan la ikut nafsu huks.

Since early 2018 kitorang beberapa kali survey barang keperluan mcm perfume, barang mandian dll sbb memamg akan guna eventualyy barang2 tu akan habis jugakkan.. Gambar2 di atas adalah antara Arsyan mai kl dating dengan i sambil cari barang hantaran hikss... Nak dijadikan cerita, before tunang tu jam tangan casio saya trtinggal dalam bas sobs sedih jgakla sbb masih elok and jam tu tahan lasak. Alang2 hilang tu saya belila jam baru boleh buat hantaran skali hiks mmg ada hikmah jam casio tu hilang.

 
Belah kiri tu jam untuk hantaran.. Belah kanan jam couple aaaaa sementara tunggu lepas kahwin nak  boleh pakai jam hantaran tu, pakaila jam couple ni duluh masing2 pon.. Tiba2 terfikir tak membazir ke nanti akan ada dua jam?? Sesungguhnya perancangan Allah itu lagi hebat.. Before kahwin tu kebetulan jam adik saya Mashitah rosak n putus.. so jam sementara ni berpindah tangan dengan jayanya kepada Mashitah.. and saya pon start pakai jam hantaran ini.. Alhamdullilah tiada unsur pembaziran.

Gambar kiri diatas adalah bekas kek daripada secret resepi.. Ada cerita pasal kek ni. Masa nak decide nak bagi kek apa dekat dia, saya tanya dia nak kek apa.. dia cakap nak kek chocolate indulgence mmg fevret dia pon tapi saya tak setuju hahah.. saya nak bagi blueberry cheesecake sebab fav saya.. lol pikir2 balik sapa yang nak makan aku ke dia hahah.. baik takyah tanya kan huhu.. maaf sayang sbb paksa u makan cheesekek.. and aku beriya tegaskan kalo choc indulgence tu nanti dia boh dalam kotak kalo cayaq runtuhla kek tu sbb choc indulgence ni jenis melty kan.. tak mcm cheesecake jenis solid.. Last2 Arsyan habaq secret recepi akan bagi bekas kek seperti di atas ni kalo kita order kek utk hantaran.. ooo selesai la masalah kerisauan kek akan runtuh hahah..

Gambaq belah kanan atas tu adalah hantaran yang diberi oleh pihak suamikuu.. semua berguna kecuali kasut putih tuhh lol dah cerita tadi dkat atas. Dulang pon depa recycle yang time bertunang utk elakan pembaziran. In fact, time tunang ritu pon dah recycle. Alhamdullilah rasa bangga dengan diri masing2 sebab takde pembaziran kecuali kasut putih. Agak menyesal beli. Saya ni jenis membeli bila perlu ja.. so bila terbeli sbb nafsu akan rasa bersalah dgn diri sendiri and payah nak move on sobs

Ni pulak keseluruhan hantaran belah perempuan kepada pihak lelaki. Also recycle dulang time tunang.. Terima kasih banyak adik2 ku yang tolong deco dulang, hiaskan hantaran. Alhamdullilah semua barang di atas takda yang jadi tukun. semuanya digunakan dengan jayanya oleh suamiku. 

KEK PERKAHWINAN 
Sebelum kahwin lagi saya decide untuk takmo ada sesi potong kek bagai dan disokong oleh suamiku. Kek saya tempah just untuk bagi tetamu makan. Sebab sejak dulu saya dok perati kalo kek kahwin mesti tetamu takkan ambil sbb pengantin akan guna untuk sesi potong kek which is hujung2 majlis. Macam tak elok ja dok display mcm tu sedangkan tetamu dok tengok ja kek tu. So saya pon order kek yang agak besar saiznya. Amik gambar sikit untuk kenangan dan untuk review baker yang buatkan who is my junior. Acah2 je gambaq potong kek tu haha sebab bentuk love simbolik kepada I ❤ You ihikss. Then saya mintak family potong untuk diedarkan kepada tetamu. Terima kasih kepada kedua-dua baker kek time majlis kenduri haritu Nina & Hanim kerana buatkan kek yang sangat sedap... ramai puji kek hampa. ;p ;p


CADANGAN IDEA MAKANAN TAMBAHAN KENDURI PERLIS
Alhamdullilah kami pon ada budget lebih untuk makanan tambahan a.k.a side food sebab saya sendiri pon suka sangat kalo ada banyak side food kalo pi kenduri2. Planning kenduri ni actually kita kena letak tempat kita as a guest and what do you expect as a guest. Betoi tak? Guest mesti akan expect nak makan dengan kenyang and puas. Depa takkan kisah kalo majlis hampa protokol  ke idok, ada lagu best ke, dj best ke, sesi potong kek or tepung tawar etc.. Yang penting makan sedap. kalo ada segelintir yang suka mengumpat pelamin hang cikai ke, deco dewan tak lawa ke, majlis tak ikut protocol dsb, nampak sangat jenis makcik bawang yang busuk hati ye dok?? pi majlis orang dok mengumpat tuan rumah plak kan. Alhamdullilah la time majlis saya, as far as i know, tak de dengaq orang cakap buruk2 belakang.. syukur sangat semua berjalan dengan lancar walaupon majlis simple..


Okay berbalik kepada topik hahah..bawah ni antara makanan tambahan yang kami order. Kepada tetamu yang takda rezeki merasa semua2 ni kami mintak maaf sebab tak order banyak just order takat kemampuan ja. sapa sempat merasa rezeki anda lah naa.. Saya letak contact number sekali kot2 la ada kawan2 Perlis yang terbaca and tengah survey hampa boleh contact depa nah. Semua sedap and service tip top. Saya berurusan dengan depa through phone and wasap ja. Terkilan jugak sebab saya sendiri takdan jumpa owner2 ni almaklumla pengantin busy heheh. 

Kiri- Ais krim kon Ahmad Nopiah Paklong (0194585967)
Kanan - Apam Balik Erni (0174902687)

Kiri - Apom Lenggang Pauh (0175696749)
Kanan - Cucur Udang Hidayah (0147575905)

Colek Buah Mekna (0132245909)


Koteow goreng orang sponsor taktau sapa sponsor tanya mertua pon depa tataw huhu terima kasih na kepada sapa yang sponsor.

 
Teh tarik Hanif. Hanif ni kawan adik saya. mmg sedap and service tip top. totally recommended bagi yang nak order time kenduri. Hanif (0175624409)


Laksa mama yang order tak sempat tanya plak dari sapa. Tapi semua kata sedap

Cucuq udang dan kuih muih pon ramai yang sponsor. Alhamdullilah~

DEWAN RESEPSI
Sedikit kisah pasal pemilihan dewan bermula bila kami decide nak buat 1 majlis. Tetamu dianggarkan 2-3k jadi kami perlukan dewan yang besar. Ada beberapa options dewan sekolah tapi tak dapat book sebab minggu yang kami plan untuk kenduri tu adalah minggu SPM first week November 2018 so sekolah2 memang guna dewan la kan. Alhamdullilah at last mertua berjaya book Dewan Sivik Arau. Orang lain kata susah nak dapat actually sebab dewan ni bawah MPK tapi alhamdullilah dapat juga book. Tak ada deco apa sangat sebab dewan dah cantik and kemas. Meja pon banyak boleh buat. Syukur tak terhingga mertua tolong handle pasal tempahan dewan dan catering. Kami berdua kerja luar perlis so tak menyempat la nak uruskan especially perkara paling penting dalam kenduri which is catering. Memandangkan mertua dah banyak kali host kenduri, so we believe they know better.

Ni gambar mama send time depa pi survey dewan. Baju biru tu mertua ai aka big boss hiks

Gambar dewan sehari sebelum kenduri... time tengok ni saya tarik nafas panjang2 nak siapkan mental untuk menhadapi tetamu yang membanjiri dewan ni pada hari esok tu.. Alhamdullilah semuanya berjaya lancar. kenangan yang tak dapat dilupakan where everyone, our family members, friends and relatives were gathered here to celebrate our big days. Setiap kali lalu depan Dewan Sivik Arau mesti akan tersenyum sorang2 :)))))

DECORATIONS
Inilah part paling mencabar dalam merancang budget sebab part deco ni yang akan telan duit kita dengan sia-sia. Alhamdullilah berkat guidance suamiku, semuanya berjaya diminimakan. Total semua ni dalam RM200++ sahaja. Bunga hiasan tambahan untuk dulang hantaran, pintu gerbang, and bunga untuk diy handbouquet. Suamiku ada advice yang kami tak perlu buat pelamin, photobooth, candy buffet, walkway, gerbang, deco dewan dll dimana yang saya survey boleh mencecah RM3k jugakla. Awal2 tu saya macam down sikit sebab yela orang pumpuan ni macam2 dia teringin, tengok orang buat, kita pon teringin nak buat. sampaikan lari purpose walimah yang sebenarnya. Tak perlu pon semua tu just adat. Adat Melayu zaman dulu berbeza dengan sekarang zaman ketidakstabilan ekonomi ni lebih baik kita drop adat2 tak relevan. In other words, ikut kemampuann dan keperluan. After a few days saya hadam nasihat dia, saya sendiri akui kebenaran apa yang dia cakap tu. Dan sehingga hari ni saya syukur sangat sebab ikut cakap dia. Dia tak halang pon cuma dia tak galakan. Kalo saya buat jugak mesti saya menyesal sebab even pintu gerbang yang saya book RM150 tu pon saya terfikir.. kalo aku tak buat pon takpa kan. Takda efek pon kalo takdak hahah. Bila kami post mortem perbelanjaan kahwin kami masing-masing rasa bersyukur dengan keputusan yang dibuat and tiada ralat di hati.  Omputeh kata no hard feelings. Syukur sangat dikurniakan husband yang berfikiran jauh. Love you Lillahi ta'ala.



Sekian serba sedikit cerita tentang hari indah saya. Kepada anda yang membaca, mohon doakan rumah tangga kami ini kekal sampai bila-bila. Doakan kasih sayang kami suami isteri kukuh sampai bila2. Doakan kami tegar untuk hadapi dugaan rumah tangga akan datang. Terima kasih kepada sesiapa yang membaca walau siapa sahaja anda. 
Salam~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

1 comment:

Anonymous said...

thanks sharing. Nice Article. Moga kekal sampai syurga.