Nuffnang Ads

Thursday, August 25, 2011

Yes!! Aku Masuk Blogserius!

Assalamualaikum..

Bila BlogSerius buat Segmen Ucapan Raya Undersea untuk sapa yang kempunan macam aku nak pi or belajaq kat oversea and kempunan hantar ucapan Salam Perantauan kat surat khabar berlatarbelakangkan salji dan daun luruh sepoi-sepoi bahasa. Aku excited ah nak join tapi aku hantar gambar lambat.. Ingatkan tak kuar dah tapi finally kuar gak!! yes! Lantak ahh hampa nak kata aku capub ker...Yang penting aku syok masuk BlogSerius..bwerkk~
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni gambar aku kalaw nak tengok gambar lain boleh pi dekat

Serius Raya - Ucapan UNDERSEA Blogserius #14


Pastu kan ada la jugak pathetic annoying anonsssss yang kurang kasih sayang dan takda teloq jeles dok komen gila meroyan..kahkahkah..





LOLOLOLOLOL kbai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, August 24, 2011

Kita Perlu Jadikan Artis Malaysia Sebagai Role Model

Assalamualaikum..

Gempak tak tajuk? kehkehkeh.. Apepon baca dulu jangan nak membangkang jer :p

Role Model : Individu ataw pihak yang boleh kita contohi ataw jadikan idola.
Swiss Roll : Sedap dimakan tapi bila dimakan jadi taik jugakk


Artis Role Model : Artis yang berubah untuk pakai tudung seperti Irma Hasmie, Farah Af, dan Catriona Ross,dan  Siti Nurhaliza Wardina Saffiyah.
Artis Swiss Roll : Artis yang selalu bagi alasan bila nak pakai tanya pakai tudung.. "Suatu hari nanti saya akan pakai tudung" Tapi kalaw mati sebelum sempat pakai tudung?


Artis Role Model : Artis yang pandai bercakap dan mengacara sebab depa ada konfiden dan berketrampilan.. Nampak sangat berkarisma..
Artis Swiss Roll : Artis yang hanya muncul kat depan tibi cakap banyak pasal gosip.. berbalas kenyataan kat media.. merapu meroyan dan sebagainya..



Artis Role Model : Yang mengharumkan nama negara seperti Chef Wan, Maya Karin dan Siti Nurhaliza (ehh tadi baru je aku kutuk siti pasal tudung :P)
Artis Swiss Roll : Yang membusukkan nama negara dengan kontroversi yang tak sudah-sudah..


Artis Role Model : Disukai sebab cantik dan berbakat hinggan jadi rebutan pelbagai syarikat untuk jadi duta iklan mereka macam Fazura , Juliana Evans dan Lisa Surihoney...
Artis Swiss Roll : Disukai  sebab tayang 'mangga' dalam majalah Mangga or femes sebab terkenal dengan imej seksi melampau.. Contohnya Mira Liyana , Fumakila Feri, Lana Nordin...


Artis Role Model : Artis yang tetap gojes walaupun tak dak laki macam Ella, Rozita Che Wan.
Artis Swiss Roll : Artis yang hanya pandai rampas laki orang dan rosakan rumahtangga orang lain macam Memiang Suhaiza, Watie Sadali, dan banyak lagi ahh..


Artis Role Model : Artis lelaki yang betul-betul sweet dan setia dengan isteri seperti Aaron Aziz, Rashidi Ishak, Aidil Zafuan dan banyak lagi lah yang berpotensi kekal sampai tua..
Artis Swiss Roll : Yang curang dan puihhh seperi Joey dan Normiang Hakim. Termasuk juga Salleh Yacob sebab kawin banyak.. Pompuan tak suka >_<


Artis Role Model : Artis yang pandai buat bisnes, rajin bekerja cari duit bukan takat berlakon aje.
Artis Swiss Roll : Artis yang terlibat dengan bisnes haram dan jenayah seperti dadah.


Artis Role Model : Artis yang cemerlang dalam pendidikan seperti Azhar Sulaiman (Architecture), Lisa Surihani (Law), Heliza Helmi dan ramai lagi..
Artis Swiss Roll : Artis yang kelaut kebanyakannya daripada AF.


Artis Role Model : Pandai buat lawak dan menghiburkan seperti Amir eh silap seperti kumpulan Sepah dan Jozan
Artis Swiss Roll : Pandai buat lawak jugak seperti MAX 24:7 dan Gula-Gula. xD

Okay..babai~
p/s : bak kata echatakashimaya kat bahagian komen : positif kita buat contoh. negatif jadikan teladan. =)


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

First Giveway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Assalamualaikum...

Aku join giveaway yaww!!..harap-harap dapat lah hadiah.. 
aku nie malang taw tak penah dapat ape pon yang berkaitan dengan cabutan
 bertuah..sobss..tak pe ah semoga kali nie bertuah..



Aku teringin nak menang...

JERSEY EPL!!!
jersey ditaja oleh Faizal Nizam

Suma syarat wajib aku dah patuhi..
Kalo tak dapat jugak aku nak mogok tak nak 
ganti posa yang aku dah tinggal..bwerkk

Korang pon join lah sebab hadiah depa superb!! And kalaw sudi join contest aku gak..
Klik sini untuk join giveway nieh~
Okay..babai~




Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, August 22, 2011

Asal Pegang Binatang Haram Semua Nak Kecoh Kan?

Asalamualaikum..
"lelong-lelong sekor lima posen"
Sekarang semua nak kutuk artis Mesia mane entah yang tangkap gambar pegang teddy bear anjing yang gebu-gebu tuhh laa.. Suma kutuk dia gila babi punya kan?...aku? ntah malas nak kata apa...bukannya dia tak tahu hukum... kalaw dah tahu tapi buat jugak kita tak leh nak kata apa lah kan... buat tambah dosa adelah hentam dia.. biarla dia tanggung dosa sengsorang... entah la tak maw cakap banyak sebab aku tak baca pun huraian bloggers lain pasal hukum pegang masa kering ke basah ke boleh ke tak berapa nak haram ke ape ke..

Dulu ada jugak kes student yang belajar kos ape ntah pasal haiwan...dia amik gambar dengan babi comel gebu pink..Pastu semua hentam dia..sian dia..dia pegang babi tu sebab ada la kene mengena dengan pembelajaran dia..lepas tu dia samak arr.. orang lain plak suma pakat keluarkan dalil-dalil hukum-hukum bagai nak hentam dia...

Aku tak kate aku sokong depa nie pegang hanjing ke babi ke tapi yang aku pelik la kan..kalaw jadi macam nie semua kutuk maki baling batu baling botol mineral kat orang yang pegang natang haromm tuh...

Tapi kalaw artis pegang pakwe/awek/tunang macam gambar bawah nie takde sape nak kecoh pasal halal haram pulak kan??
*Kalaw kecoh pon mesti pasal isu lain macam rampas laki orang, punca keretakan umah tangga, orang ketiga, pasangan ideal, bla bla bla..

agak-agak pegang camni kena samak ke mandi junub? lol
gambar yang tak berapa nak hiasan
agak-agak dorang samak tak lepas nie xD
Kalaw dalam lakonan bolehla pulak nak kata eh saya berlakon ajer pegang-pegang romen-romen semua tuhh.. Hurmm...kalaw dah artis pegang-pegang tak da sapa kecoh apatah lagi kita nie yang bukan artis kan?
Okay..babai~


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Friday, August 19, 2011

Apesal Korang Kutuk Max 24-7 Hah? Aku Tengok Style Je!

Assalamualaikum



Tadi aku bukak youtube and google cari pasal Max 24-7.. 
Wahhh style la apesal aku baru tahu... Pelik la korang tak suka.. 
Seyes style korang tak caya korang tengok la bawah nie
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
WOMENS AIR MAX 24-7 BLACK HOTPINK

Eh salah eak? maap-maap..ngeeeeeeeeeeee~


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Thursday, August 18, 2011

Pandu Cermat JANGAN Ingat Orang Tersayang Buruk Padahnya

Assalamualaikum..

Sempena nak raya nie kan aku nak ucap berhati-hari di jalan raya..












Okay..babai~

p/s : pic gajah and kete curik kat gugel

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, August 17, 2011

Media Malaysia Menginterpretasi Kejadian Nenek,Ubi Dan Beca

Assalamualaikum..

Tadi aku jumpa satu cerita nie kat blog Kahuna and baca pasai benda nie and aku nak share..Kalaw korang dah penah baca benda nie jangan dok kata aku ketinggalan zaman or cerita basi..Dok diam-diam baca sekali lagi and gelak seolah baru first time baca benda nie and  sapa tak penah baca lagi boleh baca and sila gelak macam aku sampai terkentut lalu termakan nasik lalu tersendawa..
"Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama > "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."


Harian Metro > "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."


Utusan Malaysia > "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah > "Kami tiada beca."

Malaysiakini > "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend > "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak > "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid > "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali > "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera > "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika > "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu > "Beca tak bayar tol dicari.

Sapa la yang reka menda ni.. Selalunya aku ketawa tutup mulut sopan gitu bunyi pon hihihi sopan jer tapi baca menda nie aku gelak shaiton warghkahkahkahkah camtulah..ciss rosak keayuan aku..okay.babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wordless Wednesday [Terajang Mau?]

Assalamualaikum..tak jawab dosa jawab gatal...lol


p/s : Pada hari rabu blogger letak gambar tanpa kata-kata kat blog...Biar gambar bercerita..kbai~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, August 16, 2011

Kenapa Aku Follow Blog Tuh??

Assalamualaikum and Salam 1 Blogger..


Nak citer sikit la nape aku follow sesuatu blog tu atawpun nama manja terkini "Join This Site".. Actually aku akan lebih happy kalaw orang baca entry aku dan tinggalkan komen...Orang follow pon hepy jugak tapi orang komen lagi hepy sebab dia baca apa yang aku tulis :D

1) BLOG ITU BEST
Blog yang besh sape tak nak follow kan?..Sebab bagi aku follow mean ikut and aku akan ikut setiap perkembangan blog dia and baca setiap kali dia update..and komen sekali..Kira blog kategori terpaling sungguh sangat best amat tu aku tak pernah miss ahh entry depa..kalaw tak komen pon aku mesti baca..Antaranya yuyu zulaikha, ben ashaari, faiz tapit, ayeem ayam, fatin liyana, hamzah ian, maria elena, the other khairul and dayah jelita *ehh* .. Kira blog yang aku letak kat bloglist aku bawah ni aku akan bacalahh..Aku anggap blog itu besh bukan dari jumlah follower tapi dari segi entry.


2) KAWAN RAPAT DAN PENYOKONG
Kawan rapat mestilah follow kalo tak kena cop cerek plak..ehh kerek..kihkih takdelah aku suka baca blog kawan-kawan sebab selalu ada kaitan ngan aku..Penyokong plak maksud aku macam orang yang selalu baca and komen blog aku..Kalaw ada yang aku terlupa follow bagitaw eak? Yelahh depa rajin baca entry aku mestilah aku patut singgah kat blog depa jugak kan? Bukan takat tepek kat shoutbox "singgah sini yer" Kalo aku kata singgah means aku akan singgah baca entry and kadang-kadang drop komen.


3) TABIAT SEMASA BLOGWALKING
Kalo datang angin senggugut ehh silap angin malas nak update, ape lagik aku jalan-jalan kutip duit raya lah kat blog orang lain.. Selalunya aku akan baca blog feveret aku dulu and komen-komen pastu aku bukak group sahabat blogger or kelab blogger kat fesbuk pastu cari jelah tajuk-tajuk entry yang besh and baca..kalaw kena entry tu besh aku follow blog orang tu sekali.. Tak pernah pulak kan aku post kat group "Hai kitew na belogcrawling niey tinggalkan link kaler biru bawah niey yeww nanti kitew terjah lew belog kowang" cehh buat semak jer..orang yang buat camtu takde akai and pemalas..nak blogwalking klik jelah blog yang ramai ping kat situ.. Mintak link camtu sempat ke hang nak terjah semua??

gampar perhiasan^^


4) NAK BAGI SEMANGAT
Kadang-kadang masa blogwalking tu aku jumpe la jugak blog yang follower sikit macam bawah 50 camtu..aku belek-belek blog dia and baca sikit-sikit..pastu aku follow lah..tambah-tambah kalo entry dia besh aku akan komen sekali...kadang-kadang entry besh tapi takde or tak ramai orang komen and follow...aku pon follow lah..pastu kalaw ada blog yang masih baru aku follow la nak kasi semangat.. Tapi bukan takat follow aku akan bagitaw apa yang tak kena dalam blog dia suruh dia ubah..Kalo dia nak ikut ke tak terpulang la aku just bagi cadangan...alahh kedekut hape kan nak follow..jadilah macam ben ashaari yang tak kisah nak follow sesapa pun :)

Okay..babai~ ehhh lupa ada satu lagi sebab la..hihi
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
"SEBAB NAK SURUH DIA FOLLOW BALIK"
Okay kawan-kawan nie sebab last kenapa aku follow blog tuhh.. mula-mula aku akan pergi ke group blogger dalam facebook.. paling aku suka Kelab Blogger sebab cam meriah je orang dok ping link blog.. Aku akan ping link blog aku pastu cakap "follow lah blog i nie..kalo u follow i komfem i follow u balik kalo u tak follow i, u boley pegi mampus" kihkihkih aku taw kalaw depa dengar perkataan follow balik tu mesti depa ping link depa banyak-banyak....pastu aku follow jelah dalam dua tiga orang...yang lain-lain tu biarlah banyak sangat.... tapi yang dua tiga orang tu kalaw depa tak follow aku balik aku wajib unfollow balik...padan muke!..bukan ape aku memang suka kumpul follower banyak2 baru pemes..kuikuikui.. entry aku tak besh pon tapi kesah ape aku yang penting follower beriban..trollololol..kbai!


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, August 15, 2011

Akibat Tak Sabar Di Jalan Raya

Assalamualaikum...

Hai rakyat jelata..sihat ke gering? beta sihat jer baru lepas bersiram tadi..maaf la beta lama tak update blog dua hari sebab beta gering...hakhakhakhakk tuih..beta konon...sape la nak baca blog aku nie...takde owang bace pon takpe ah asalkan syok sendiri..kihkihkih..

Aku nak cerita haritu kan adik laki aku tepon suruh aku hantar ayam golek kat dia.. mentang-mentang biasiswa aku baru masuk nak pau la tuhh..tapi tak pe demi adik tersayang aku sanggup merempit sorang-sorang pi beli ayam golek kat dia..cian dia makan makanan dewan makan ikan tongkol keras cam dinding dan tomyam yang maha cair..hukss..aku paham sebab aku sekolah yang sama gak dulu..oh ye pade siapa yang tak tahu apa itu ayam golek meh nak tunjuk..

sebenarnya saje nak bagi air liur korang menitis..muahahaha~
Sebenarnya adik aku tengah trial PMR so aku pon saje nak menerbitkan sekelumit kegembiraan dan semangat dalam sanubari dia supaya dia hepi jawab soklan exam.. Aku pon pegilah kat satu kedai yang ada lelaki hensem mane ntah jual..aku tak minat la beli dekat uncle-uncle yang jual..aku pon pegi la satu stall tuhh..pehh ramai gila orang beratur..camna neh..dah pukul 6.30 ptg nie sempat ke tidak nak hantar kat adik aku.. 

So,aku pon pi la kat abang yang jual tu and cakap "abang boleh tak bagi kat saya dulu sebab saya dah lambat nie nak pegi hantar kat adik ni..boleh la ye abang yew" sambil buat muka cun sengih-sengih cakap dengan gaya gedik dengan harapan dia bagi kat aku dulu..pastu dia jawab "maafla naa kena beratur kami ikut giliran" cisss nampaknya muka aku tak cukup cun la kot..okay..fine tu taktik lama..aku pon tunggu la sampai pukul 7 baru dapat ayam aku...-,-

Dah dapat tuh aku pon rempit la selaju mungkin nak pi hantar kat adik aku..dalam perjalanan tu ada la satu jalan dalam construction memang sempit la..double line plak berjela..ada satu lori tuhh lambat gilo ahh aku start emo dah bangang gila arr lori cepat sikit bleh tak??..aku memaki hamun lori tuh...aku dah tension punya pasai aku potong lori tu ikut kiri dengan laju dan berlagaknya sambil buat muka masam dan membebel-bebel...

Owh suddenly tatkala aku potong lori tuh entah dari mana datang curahan air hujan mencurah atas kepale hotak dan baju aku...aku terkezut!! aku toleh belakang...cisss!!! rupanya lori tu tengah siram pokok kat tepi jalan ke hape ntah..yang pasti lori tu adalah lori penyiram...kenapa aku tak perasan sebelum aku potong tadi??? grrr tak memasal aku mandi hujan...grrr...dan aku perasan jugak mamat bangla dalam lori tu gelak-gelak kat aku..pehh malu pon ada..last-last aku memecut pi sekolah adik aku..tak pasal-pasal adik aku yang inesen tu jadi mangsa lampias marah aku... ish3..tak bek marah-marah dayah oii..posa nie..huhuhu 
*grrr <-- sebab marah dan sebab terketar sejuk

blogger gegirl memang suka letak gambar sendiri sebagai penamat entry..problem?
Okay.bye~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Thursday, August 11, 2011

Dorang Takpela Tak Puasa

Assalamualaikum...


Okay nak cite golongan yang dibenarkan takleh posa..maksud aku harus bukak posa..harus disini mean optional yew murid-murid..

1] orang yang sakitnya memudaratkan jika tak makan


2] orang yang bermusafir 


3] pekerja yang buat pekerjaan berat hingga penat melampau 


4] orang tua yang sangat uzur


5] wanita hamil dan bimbang kesihatan diri anak dalam kandungan 


6] wanita yang susukan anak dan bimbang susu kurang sebab berpuasa

Okay..bye~
p/s:Jangan contohi gambar di atas

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, August 10, 2011

Kisah Aishah [Aku Cabar Korang Baca Kalaw Berani]



Assalamualaikum sumer..
Ghasak arr citer lame pon nak cite gak..hehe
Kalaw dah start baca baik baca sampai habis sebab ini adalah kisah benar yang bertajuk:
Aishah Masih Hidup
http://www.emocutez.com

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu iaitu lalaki pertama. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ketiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki keempat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya. Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar di atas, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka. Diulang, JANGAN hantar gambar ini kepada sesiapapun..


Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI #2


Assalamualaikum...

Setelah lama rindu kat segmen Abang Ben akhirnya harini ada segmen...yayyy seronok 
sampai nak termakan coklat Daim yang ada kat tepi nie..ehh? ngee~


---------------------------------------------------------------------------------------------------
Firstly kena cerita latar belakang blog..Okay seperti yang anda nampak latar belakang blog aku 
ada gambar sudu garfu dan pisau..ekekekeke..lawok je..Okay..blog aku dilahirkan dengan kaedah caesarean pada 11 May 2011.. Masih bayi lagi haa blog aku baru belajar merangkak..huhu. Nape 
aku buat blog? Sebabnya aku suka menulis, merapu, meroyan, mencari kenalan dan berkongsi
info..huhuhu...lagipon aku kerja part time jaga cc.. So,masa ni nak blogging dengan sepuasnya 
menggunakan internet laju dan free..thehehe~
http://www.emocutez.com
aku tak posa arini.. xD
Secondly kena cerita mana taw pasal segmen ni.. Aku taw daripada blog seorang jejaka macho nie 
sebab aku selalu bukak blog dia..Tahap kekerapan aku bukak blog dia adalah sama macam tahap 
kekerapan aku stalk fesbuk boypren aku..ekekeke..Blogger yang dimaksudkan adalah penganjur 
segmen ni sendiri laa iaitu Ben Ashaari.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai blog yang aku dah lawat:

1. Nadzrie (Blog ni cantik warna hijau..lagi besh kalaw letak header)
2. Blog Cik Bunny (Blog kemas dan menarik.kalaw bleh bloglist letak la kat sidebar..)
3. Kali Wayang (Header yang cantik cuma iklan kat bawah agak ganggy sy tak jumpa button close)
4. Fariza Othman (Blog yang sangat kemas dan menarik)
5. Yayan (Cantik.kemas..header lawa..blog pink gitu..hehe)
6. Azam ( Blog awak perlu lagi kemas..centerkan header dan gambar entri jgn terlebih dari body)
7. Cik Kain Batik (Simple but nice!..tapi rasanya ikan2 tu tak perlu kot..huhu)
8. Naimulfirdaus (Simple dan kemas cuma bahagian atas nampak kosong)
9. Bicaramakdara ( Peewittt gojesnya header kamu)
10. Ourkizuna (Simple jer tapi kemas..comel adik kat header tu..sape tu? hehe)
11. Hajar (Hajar buatla header mesti blog kamu lagi awesome..hehe)
12. Farhah88 (Awak patut letak sidebar sebab banyak sangat benda kat header and footer)

Kalaw korang nak join segmen ni KLIK SINI
Okay..babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, August 8, 2011

Cukup-Cukup La Cerita Pasal Mak Cik Hajjah Settan Tu!

Assalamualaikum..


Baca sampai habis untuk fahamkan apa maksud aku.

Aku tengok ramai buat entry pasal Mak Cik Hajah Settan Al-Wiski tu..Okay tak salah sebenarnya memang patut korang sebarkan tentang pembongkaran identiti makcilaka mintak penampar tu.. Tapi adalah tak patut korang cerita secara detail apa yang bedebah tu tulis.. Biarla dia nak syok sendiri menghina Islam dengan pelbagai gambar dan kata-kata dia tuh..Sekarang kan dia dah kantoi..masakk arr..Kalau nak marah pon korang patut buat macam Gaysec tu baru betul.. Yang tu baru betul nak bela Islam..Ni takat nak marah-marah dalam facebook dalam blog apa yang korang dapat bantu? Lagipun bukan pasti lagi kesahihan identiti Arlene tu kan?

Yaa memang suma orang marah dengan apa yang lahanat tu buat.. Korang nak maki ke nak sembur makcik tu lantak korang la tapi apesal yang korang nak ceritakan or sebarkan balik setiap perkataan yang dia tulis tak pon gambar yang dia edit tuh?Ramai jugak yang share link pasal sana sini.. SECARA TIDAK LANSUNG KORANG MENYEBARKAN PENGHINAAN TERHADAP ISLAM TU.. korang sedar tak?

Dulu aku pon tak taw pasal mak cik nie sehinggakan ada kawan aku post kat wall facebook aku pasal makcik tu..dia suruh aku baca apa yang mak cik tu tulis..yaa memang marah tapi apa aku boleh buat? aku cuma boleh doakan makcik tu kena sambar kilat tapi tak mati..aku harap dia cacat and menderita sampai dia mati..And aku marah kawan aku tu.."kalaw benda macam nie ang tak payah la nak suruh aku baca..tak de faedah pon and ang tolong stop post kat wall kawan-kawan pasal ni!"



Okay..dah takat tu aku tak terfikir pulak nak share link tu biar semua orang baca apa yang dia tulis.. Aku just tulis kat facebook aku maki makcik tu jer....Bayangkan kalaw suma sibuk nak sebar apa yang mak cik tu tulis..pehhh senang arr keja mak cik tu tak payah dia sibuk nak canang apa yang dia tulis sebab korang dah "TOLONG" dia sebarkan..betul tak? Actually bukan ramai sangat yang tahu tentang penghinaan yang makcik ni buat tapi sebab ramai yang ringan tangan nak tolong sebar kan dah ramai yang tahu...Cara penulisan mak cik tu macam orang yang pandai tapi apa yang ditulisnya memang eeeeee rasa cam nak bagi penampar je..Silap haribulan pembaca boleh sesat dan keliru...

Sebenarnya inilah helah golongan yang menghina Islam.. Mereka hanya seronok tulis pelbagai penghinaan dan orang Islam sendiri yang akan sebarkan..Contohnya dia edit satu gambar pastu dia upload dalam blog ataw facebook dia.. Pastu kita yang tengok ni mula la panaasss... Pastu kita plak upload dalam facebook kita and cakap "mari suma kawan-kawan tengok gambar nie..ini telah menghina Islam!" Tak sedar ke kita sendiri yang sebar gambar tu???

Harap korang faham maksud aku..
Okay..Babai~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Cara Mengenal Material Dari Kulit Babi


Assalamualaikum sumer :)

Harini heboh pasal identiti sebenar seorang makcik yang bernama Hajjah Settan Al Wiski ape ntah yang sudah terbongkar.. Rupa-rupanya mak cik itu adalah seekor babi jadian yang menyamar menjadi manusia..Dia menggunakan ilmu hitam untuk bertukar.. Ish3 macam-macam isu sekarang.. Lantakk ahh aku tak nak campur.. Sekarang aku nak cerita pasal barangan dari pada kulit babi yang kita mungkin tak sedar..
yo wassak? apa usha2 ada utang ka?


Sekarang ni banyak produk dari kulit babi yang dijual kita jer tak perasan..bayangkan ko beli kasut nak bagi hantaran tunang kat awek..disebabkan ko jahil tak penah tahu ko terbeli kasut kulit babi..kena pulak bakal bapak mertua tu ustaz sah-sah la dia tahu tengok..malu weyy buatnya dia kasi balik hantaran tu haa?

Now aku nak share camne nak kenal barangan dari kulit babi..

Pertama! 
Struktur kulit babi berbeza dengan natang lain..senang jer nak cam.. Struktur kulit babi ada 3 titik dalam satu tompokan titik-titik yang seragam.. So, make sure kalaw nak beli tu belek dulu, kalaw ada 3 titik bertompok-tompok tu memang sahh arr..kulit babi..jangan gatal nak pi beli walaupon discount 100%.Tengok pola nie kalaw tak paham titik-titik-titik yang aku kata tadi..

lebih kurang camnie arr pola titik-titik tu
Nie pulak contoh yang real punya...Make sure korang check barangan kulit yang korang ada kot-kot ada struktur camni..kulit babi tu...buang cepat kalaw ada..kalaw tak nak buang pi tolak tiga seringgit kat apek mana-mana..huhu


Nampak kan titik tiga tu?...Kalaw tiga line takpe...Itu ADIDAS maa! Err tiga line?? Gengster2..larii~ lol
besar gedabak gambar ni kalaw tak paham lagi tak taw laa..


Kedua! 
Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit natang lain...Jangan pikir nak murah jer..Pikir natang tu HAROMM...Jangan tertipu dengan sale..Orang pumpuan nie pantang sale jer mula nak meroyan sampai tak perasan titik tiga tu..aku ler tuh..wakaka..last-last bagi kat orang jer..

Ketiga! 
Struktur kulit babi nie agak lembut...jadi biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contoh kalaw kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut.. Aku taw memang lembut sebab aku pernah terbeli..punya la riak nak tayang kat kakak aku kasut lawa sekali kulit babi..babi betol! masa tu aku tak taw gak..kak aku yang bagitaw..huhu

Keempat!
Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.Ada jugak tempat letak telefon bimbit dan tali pinggang..Senang kata pandai-pandai check la semua barangan kulit yang ada kecuali kulit kayu manis..kahkahkahkah..okay tak lawak pon! =,=

Lastly kasut yang diperbuat daripada kulit babi nie banyak terdapat dia shopping complex berikut:

  • PERANGIN MALL 
  • BUKIT JAMBUL 
  • GURNEY PLAZA 
  • KOMTAR 
  • SUNSHINE  
  • PACIFIC
  • SOGO 
  • QUEENSBAY
Jangan terbeli produk kite taw..haromm!..Ngee~~
Okay..babai~



Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!