Nuffnang Ads

Wednesday, June 1, 2011

Kejadian Misteri Semasa Menonton Karak

Assalamualaikum..

Hishh nak cerita pon seram.. Aku just nak kongsi apa yang berlaku kelmarin dalam wayang.. Semalam aku, adik aku, dan boypren pi la tengok wayang.. Kitorang tengok yang pukul 12.30 sebab nak habis awal lepas tu nak pegi jalan-jalan..

Masa kitorang masuk dalam wayang nampak ada orang sikit sangat..haa ni yang cuak nie tengok citer hantu dengan wayang yang lenggang.. So aku decide duduk tengah antara 3 seat yang kitorang amik.

Then, bila lampu dah padam ada sorang pak cik masuk. Dia duduk belakang kitorang... Aku pon jeling-jeling jugakla kat pakcik tu.. Dah la dia datang sorang-sorang.. Muka dia scary gila taw.. huhuhu.. Aku dah pelik dah.. Pak cik tu pun kelihatan tua sangat. Pakaian pon selekeh jer.. Aku pelik jugak.. Hurm tp wat derk jelahh.. Adik aku dah cuit-cuit aku sebab dia hairan.



Tiba- tiba bila iklan dah habis cerita pon dah mula pak cik tu bingkas bangun dah berlari-lari tukar tempat duduk.. Aku ingat dia nak duduk tempat depan-depan yang kosong rupanya duduk depan kitorang.. Lepas dia duduk dengan slow motion dia toleh and pandang  kitorang.. Sumpah cuak tapi kitorang wat derk jelah.. Tak kan nak belah sebab dah bayar dah.. Memang suasana masa tu seram tambah lagi tengok cerita seram.. Kalaw masa tu tengok kongsi aku tak heran la mana taw pakcik tu datuk Sam Shaheizy ke datang tengok cucu dia berlakon.



Ni gambaran keadaan masa itu.. Gambaran je padahal  sebenarnya seats ada banyak dalam wayang tu sampai ke depan tapi  aku lukis sikit jer sebab malas buat petak-petak banyak-banyak


Hurm sepanjang cerita tu ditayangkan aku jeling-jeling jugak pakcik tu. Dia tengok statik je tak de gerak-gerak ke jerit ke terkejut ke apa.. Bila cerita dah habis laju je dia lari keluar.. Kitorang pon keluar jugak sebab nak tengok pak cik tu dengan jelas yelah dalam wayang gelap.. Tapi tak jumpa pon pakcik tadi.. Laju betul dia menghilang.. Hurmm.. Pelik laa. :-s


Semua ini adalah kisah benar wahai pembaca..amat misteri bagi kami bertiga... Untuk menyedapkan hati aku boypren aku cakap maybe pakcik tu datuk sapa-sapa yang teringin tengok wayang dengan isteri malangnya terpaksa tengok sorang-sorang sebab isteri tengok Nur Kasih dengan cucu. huhuhuhu... boleh jadi jugak..

Tapi hati aku masih tertanya-tanya

Siapakah sebenarnya pak cik itu??? 



Lastly, aku nak tanya korang.. kenal tak yang ni facebook sapa? 
klik sini > Facebook Misteri

Okay.daa~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

15 comments:

Anonymous said...

pak cik tu tu pengacau ttp panggung tu. pak cik hantu karipap...HAHAHAHA

Syafiq Rosli said...

hehe..habis lah..cm ne tuh

haris_sky said...

hyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Anonymous said...

pandai2 ja....boyfren cik dayah mna ada kta mcm 2...
mst boyfren cik dayah usik cik dayah time tgk crita karak 2...huhuhhu

Meeya Shoppe said...

Gimmick je kot tu..heheh

R Machomil said...

Pakcik 2 carik bini dye kak limah kot...
hehe

Anonymous said...

mlm ni b4 tdoq tutup tingkap.. klo x tutup satg kot2 pkcik tuh meh intai.. hwahaha!

sang pujangga said...

bleh than ah gurau ngan fB tuh....

dhyla said...

tekejut giler tgk fb 2...mmg gila!!fb ape 2?

Anis Adila Aris said...

woo...menakutkan jugak kan...

Anonymous said...

Assalamualaikum Cik Dayah,
sebagai seorang yang telah membuka link FB misteri tersebut...saya mohon Cik Dayah remove link tersebut...mungkin tak ramai orang yang lemah semangat seperti saya sehingga menampar2 keyboard laptop dan seterusnya laptop menjadi rosak..saya yakin anda seorang yang bertimbang rasa kan? permintaan saya bukanlah sesuah mana pun kan? bukan marah..akan tetapi...gurauan seperti itu...mungkin lucu bagi anda..tapi bagi yang lemah semangat seperti saya mungkin lain ceritanya... :)

DaYaH JeLitA said...

kepada anon..sampai macam tu ker? minta maaf la saya tak sangka jadi sampai macam tu... sori eak :(

Anonymous said...

benda dah jadi...nak buat camne? tlg remove k link tu.. xnak la ada yang lain jadi mcm saya :(

DaYaH JeLitA said...

anon awak sape cakapla..? kalaw awak blogger kenapa mesti guna anon? hurmm

KueKoci said...

pakcik tu rimas...tu pasal dia duk depan...