Nuffnang Ads

Thursday, June 30, 2011

Barrack Obama vs. Harry Potter

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)


Korang kenal kan Berak Barack Obama dan Harry Potter? Mesti la kenal sape tak kenal nanti kena buang daerah...ekekeke..

Okaylah mana lah taw ada yang tak kenal meh aku nak kenal kan...






INI OBAMA                            INI POTTER










INI POTTER                        INI OBAMA



Masih tak kenal??




INI POTTER                 INI OBAMA



 mesti suma dah kenal kan.. cuma satu nie aku sendiri tak berapa nak pasti
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
ada sapa-sapa boleh terangkan tak?? =.=


Okay..babai~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Peristiwa Digoda Gay

Assalamualaikum...


model-model untuk entri ini...tuu yang gigit jari tu.."Abangg..nak sainn boleh?" xD

Aku nak cerita neh.. sekarang nie kan kat area umah aku penuh dengan pekerja makhluk asing.. Mostly aku tengok macam orang Bangla or Nepal camtu arr..aku tak pasti la mungkin jugak mereka nie orang Korea tapi sebab jadi buruh kat Malaysia kena sunburn and jadi hitam..hakhak..

Aku rasa punca depa ni makin ramai kat area rumah aku nie sebab sini banyak kilang. Antara kilang yang ada kat area rumah aku kilang simen..kilang alkohol..kilang kuari..stesen keretapi..eh nie bukan kilang..kilang baja dan kilang gula.sebab tu aku manis xD.. Aku rasa depa nie kerja kat kilang-kilang nie kot.. Ntah la..gila pa nak p selidik..

Aku nak cerita nie sebenarnya pasal masa aku kerja kat satu mini market dulu nie.. Ada sorang mamat nie selalu mai beli beras la deodoran la hape lagi ntah.. dia nie selalu beramah mesra dengan aku.. aku pon layan la yelah dah customer kan?? kalaw customer hensem aku beramah terlebih mesra hikhik.. nie dah buruh asing aku beramah tak berapa nak mesra sangatla kann.. kalaw tak silap aku nama dia Ashmir.. dia yang perkenalkan diri kat aku..masa dia tanya aku nama apa aku cakap Maya Karin.. dia pon cakap wahh bagusnya itu nama..huhu kena tipu..


nie masa keboringan jaga kedai sensorang.. -.-

Kendian..hari demi hari aku nampak mamat tu makin gatal..mintak no tepon..tanya itu..tanya ini..aku rimas gila.. aku pon kadang-kadang malas nak layan dia..nasib baik dia tak taw rumah aku kalaw tak buatnya antar rombongan meminang...wakaka.. Pernah sekalitu datang kedai semata-mata nak beli cekedis saje.. Then sembang ngan aku..dah la bahasa Melayu terabur.. Aku selalu mengelak buat-buat cakap tepon.. mop lantai.. kira duit.. Aku betul-betul komfem dia memang syok kat aku ahh..  Sampai lah aku sambung belajar aku tak jumpa dia dah..kat UITM memang lansung lupa pasal mamat tuhh..

Pastu aku balik cuti masa sem break aku pegi la pasar malam dekat area umah aku dengan adik aku.. Ce teka aku nampak apa?? Okay memangla aku nampak macam-macam makanan yang dijual. Aku juga nampak makin ramai buruh asing membanjiri ladang gandum kawasan pasar malam tersebut. Pastu tiba-tiba aku nampak Ashmir tengah beli ape ntah..aku pon nak ngelak la mana tahu dia ingat aku lagi..

Tiba-tiba "awek" dia pegang pinggang dia..pastu depa jalan-jalan sambil bermesra pegang tangan pegang pinggang suma.. watafak?? citt gay rupanya mamat nie.. cilako yang ang ngorat aku dulu ape kes?? ke aku yang terlebih perasan?? hukss =.=


kasim : ape yang you pandang?
leman : bulu ketiakmu tetap menjadi poojaan hatiku


Sebelum terlupa aku nak tunjuk satu bukti bahawa
 Anwar adalah seorang gei...

-
-
-
-
-
-
-
-
-

haaa..tuuu pegang tangan lelaki!! gay la tuuu


Okay..babai~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Wednesday, June 29, 2011

Peristiwa Melancong Ke Langit



Assalamualaikum dan salam Israk Mikraj :)

Hari ini hari Rabu bersamaan 27 Rejab 1432 Hijrah.. Hari ini merupakan hari yang diingati oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu peristiwa Israk Mikraj,, Aku pasti ramai tahu harini Israk Mikraj sebab yelah banyak sekolah yang cuti kan hari ini sempena Israk Mikraj?.. tapi tahukah apa sebenarnya Israk Mikraj?? Meh nak citer..Wajib baca kepada orang Islam yang tak tahu lansung or tahu sikit-sikit pasal peristiwa nie...







Israk : Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin. Peristiwa ini ada diceritakan di dalam Al-Quran

Mikraj : Perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha di langit ketujuh
dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran

Israk Mikraj : Perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha pada malam yang sama.



Sebab utama berlakunya peristiwa ni pasti atas kehendak Allah namun ada juga sebab berlakunya Israk Mikraj. Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W berlaku beberapa peristiwa sedih terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Baginda kehilangan isteri tercinta (Khadijah) dan bapa saudara tercinta (Abu Talib).


Kematian dua insan tercinta menyebabkan baginda berasa terancam dan sukar berdakwah. Pastu baginda berhijrah ke Taif dengan harapan untuk berdakwah dan penduduk Taif membantu perjuangannya tetapi apa yang baginda dapat hanyalah hinaan dan cacian serta pelbagai lagi..Pastu baginda pon balik ke Makkah dengan hati yang sedih.. Masa nie la Allah S.W.T menganugerahkan Israk Mikraj sebab nak hiburkan baginda dan memantapkan keimanan baginda.



PERJALANAN ISRAK MIKRAJ

Masa tu Nabi Muhammad S.A.W duduk kat tepi Kaabah pastu malaikat Jibril A.S datang dengan seekor Buraq.. Buraq ni adalah kenderaan nak bawak Nabi Muhammad S.A.W. Buraq ni dari segi bahasa ialah kilat cahaya. Buraq nie makhluk yang menyerupai haiwan. Buraq dicipta dari cahaya.. so paham-paham la memang laju la..kelajuan cahaya korang taw kan?? haa takat Shinkansen kat Jepun tu apalahh sangat kan..huhu

Then berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W ditemani Jibril A.S. menuju ke Baitul Maqdis dan solat dua rakaat di situ menjadi imam kepada para nabi lain. lepas solat baginda dihidangkan dengan susu dan arak. semestinya baginda pilih susu. Tindakan baginda disanjung oleh Jibril A.S kerana menepati fitrah manusia. Then mereka meneruskan perjalanan ke langit pertama hingga ke tujuh.



KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

  • Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.
  • Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah
Masyitah
Masyitah ialah tukar sikat rambut anak Firaun durjana.
Masa dia dok sikat rambut anak mamat tu sikat tu terjatuh lalu Masyitah menyebut nama Allah.. ni tidak, ada sesetengah orang Islam sikit-sikit OO EMM GG! tak pun OO POO COOT!..ape daa.. then anak Firaun 
tanya "ada tuhan len ka selain pak aku??"

Pastu Masyitah wajab. "Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah." Anak Firaun yang tak reti baca sifir tu repot kat bapak dia. Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. 

Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: "Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar". Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Celaka Firaun! Kalaw ang wujud zaman sekarang aku nak titik lilin panas dalam idong ang biar penuh pastu ang mati tak leh bernafas..huh..

  • Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.
  • Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.
  • Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.
  • Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
  • Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya..
  • Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.


DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU


Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.
Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.
Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.
Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.


PERTIKAIAN KAFIR QURAISY
Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.
Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.
Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.
Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.
Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.
Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.


Renung-renungkan lah dan selamat beramal :)
Diolah daripada www.youropportunityplace.net
Okay..tata..titi..tutu~
p/s: beruntungnya menjadi kekasih Allah :)




Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, June 28, 2011

Penyimbah Asid Berada Di Perlis?

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...


gambar perhiasan sajer

Tadi baru balik keja...Masa tu dah dekat senja..aku pegi balik naik moto jeww..tapi harini balik lambat sikit sebab tutup cc lambat..besalah pekerja yang rajin..tapi dah dekat-dekat senja nie timbul satu perasaan iaitu perasaan takut..takut kepada hantu dan apa saja yang menakutkan..

Nasib baik tak melalui lebuhraya Karak kalaw tidak sah jumpa hantu kak limah.. aku lalu jalan yang biasa aku lalu hari-hari...tapi harini jalan tu tak berapa ada kenderaan..aku pon bawak la moto dengan berhemah sambil pasang radio untuk hilangkan ketakutan ..eh pasang radio pulak moto mana ada radio hikhik.. aku nyanyi-nyanyi la pelan-pelan..

Suddenly,,,aku perasan ada moto  ikut blakang aku...dekat gila..budak laki bawak..and ada member dia bonceng sorang..muka dia macam orang india and yang utama ada iras-iras pensimbah acid yang berleluasa dewasa ini...aku pon rasa cuak gila arr..ah sudahh..mana tahu pensimbah acid ke peragut ker..dah la handbag baru beli ada dalam raga motor..dalam handbag dah la ada lesen.. kad ATM..duit..kunci cc dan tak ketinggalan perfume baru..

Then, aku lajukan motor...aku tengok dia pon lajukan motor..citt! then aku slowkan motor sebab nak tengok reaksi dia..owh citt dia pon slowkan moto.. aku lajukan balik dengan harapan cepat sampai jalan yang ramai kenderaan..tetapi tiba-tiba aku terpaksa berhenti pulak..trafik light daaa... =,= Dia plak berhenti sebelah aku...aku toleh.. demm..muka memang sama dengan pensimbah asid.. motor plak EX5... Budak tu ngan member dia dok panggil-panggil aku.. Pastu buat bunyi tikus..alaaa bunyi mat rempit ngorat pompuan tu...aku cuak dah.. Dah la takde orang kat situ..then aku pon nekad langgar lampu merah sebab tak mau tunggu dah plus kenderaan lain pon tak de..aku belok kanan..

Citt dia pon ikut.. sumpah tak selesa.. bukan sebab period okay.. aku tak selesa sebab macam-macam bergelumang di pikiran aku... pastu aku lajukan motor... dia pon laju.. aku selow... dia selow.. .aku laju... dia laju... aku selow... dia selow... ahhh aku boring... then aku bawak laju... tundukkan muka sikit takut kalaw-kalaw dia ada niat nak curah acid...dalam masa yang sama aku cuba perfikiran positif..bukan pencurah asid ni..ni mat rempit nak kacaw je nie....then aku pandang side mirror and ehh tiba-tiba ehh hilang?? hairan gak... aku selowkan moto and toleh belakang...dann..

http://www.emocutez.com
HaHaHaHaHaHakktuih

Aku ternampak mereka terpingga-pingga sambil kelam kabut bangun dan angkat motor yang terbalik kat tepi jalan..laaa jatuh ker? Kahkahkah aku pon tak perasan bila depa jatuh..padan muka.. takutkan aku lagi.. kacaw aku lagi... then aku blah cepat-cepat balik rumah.. takut oww mana taw depa tu peragut ka perogol ka tapi siyes tadi apa yang berlegar kat otak aku ialah salah sorang tu ialah pensimbah asid berdasarkan raut wajahnya.. aku memang takut perkara tu terjadi.. gulp! Mintak simpang laa..




pesanan penaja: tungganglah dengan cermat ingatlah moto tersayang kang calar kang..huks

Eh apa perkembangan terbaru mamat asid tu eak?? hurmm


Okay lahh..
Tata..titi..tutu~

p/s : lepas nie nak bawak alkali dalam handbag sebagai langkah berjaga-jaga (>_<)'



Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Jualan T-Shirt [We Are 1992]

Assalamualaikum...

Aku nak pomot t-shirt nie yang dijual oleh group 1992... Sapa yang berminat leh teruskan baca.. Sapa yang bukan lahir tahun 1992 kalaw nak beli pon boleh jugak.. Bagi yang lahir 1992 amatlah digalakkan :)
Group kat facebook boleh klik sini >> We Are 1992 Sapa yang belum join group gempak ni silala join :)

Okey mari kita lihat baju di bawah ini..


1# KOD BAJU : A003
Harga baju termasuk dengan postage

Short sleeve + round neck = RM30
Short sleeve + collar = RM35
Long sleeve + round neck = RM35



2# KOD BAJU : A001
Harga baju termasuk dgn postage

Short sleeve + round neck = RM35
Short sleeve + collar = RM40
Long sleeve + round neck  = RM40



3# KOD BAJU : A002
Harga baju termasuk dengan postage

Short sleeve + round neck = RM35
Short sleeve + collar = RM40
Long sleeve + round neck = RM40


Offer sehingga 24 Julai sahaja..So baik cepat rembat~

Saiz Yang Ada:

XS- 36'
S- 38'
M- 40'
L- 42'
XL- 44'

Kalau berminat sila emailkn kepada tshirt.com12@ymail.com

  • Nama penuh
  • Alamat surat menyurat
  • Saiz pakaian 
  • Kod pakaian + pilihan baju (short sleeve+collar / ...)
  • No telefon

Setiap pembelian baju akan mendapat button badge sebagai side gift...
Harga baju lihat pada gambar ye. harga adalah tetap dan sudah termasuk dengan postage.Sabah dan  Sarawak pun same saje.
Sila email dahulu detail anda supaya kami dapat memberikan cara membuat bayaran. Sila buat bayaran  penuh terus.

Jika masih belum jelas, sila PM Wan Mohammad Faris Fahmi

Baju-baju ini di design oleh Khataks Design. Sapa nak suruh design baju lain pon boleh sebab designnya memang cantik.. lepas nie aku nak tempah baju kapel kat dorang lah..hikhikhik


Okay semoga anda beli..
Tata~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, June 27, 2011

Aku Butuh Wang Syiling!

Assalamualaikum..

Aku tengah keja..yaa aku juga sedang tulis blog..tapi aku tak curi tulang sebab keja aku adalah cashier di Cyber Cafe..so memang online la manjang... memang besh tapi yang aku geram bila coins habis..hadoii..
Dulu masa kerja kat mini market pon samala..asik habis je coins untuk bagi baki kat customers..sapa yang tak kerja cashier ni tak rasala kesedihan dan kegabraan tatkala coins tukar habis..

Kalaw yang cashier kat supermarket takpelah sebab memang ada stok coins..habis je coins koyakk plastik coins lagi satu bungkus dengan ganas lepas tu curahh dalam mesin kira.. Aku kerja cc nie tokey aku jarang sedia coins tukar yang secukupnya.. Bila datang keja pagi-pagi tengok dalam bekas syiling ada serbuk duit syiling je.. haishhh...

Sesetengah customer yang bagus dorang faham dan bagi secukupnya..contoh kalaw RM12.55 dorang akan selongkar poket ataw handbag untuk cari coins hatta 5 sen..
Sesetengah customer ni jenis selamber ataw malas kuarkan coin..contoh dia kena bayar RM4.30.. Aku tanya ada 30 sen tak? dia wat muka derk je cakap tak ade padahal dalam dompet dia tu aku dengar kringg..kringg.. bunyi duit syiling..ehh syiling bunyi camtu eak kihkih? ntah tapi memang aku dengar la bunyi coins..

semalam aku rompak public phone dapat banyak nie jer xD

Satu benda lagi yang buat aku bengang adalah baru je bukak kedai pagi-pagi..pastu datang orang nak guna pc..pastu guna dalam 15 minit dah siap..okay tak pe yang tu tak salah..yang geram tu bila aku cakap 50 sen bang..dia pon muka kering hulur RM50.00..selalu aku tanya ada duit kecik tak? tak pun aku tanya ade syiling tak..? and selalunya ada beberapa jawapan mintak penampar dari dorang...

  1. takda..takda..takda (cakap sekali dah aaaaa!)
  2. dah hulur duit kertas ni makna nya takdala (kuang ajaq)
  3. kalaw ada takkan nak hulur duit kertas (same cam no 2)
  4. ada lam kereta..malas la nak pegi ambil (napa tak cakap ada kat umah nenek ang)
  5. takdalaa dik..halalkan la naa 50 sen ja dik..hehe (kepala hotak ang berjambul)

Selalunya aku bersabar dan hanya memaki menggunakan bahasa kesat dalam hati..bukan ape..tolongla jadi customer yang berhemah..huhuhu..kecian la kat aku nie..bukannya takde duit tukar tapi ada la sikit-sikit...aku baru bukak kedai ang dah hulur RM50..kalaw nie shopping complex takper lahh...

kadang-kadang ada jugak yang faham dorang pegi tukar duit besar dulu kat kedai lain then datang bayar..yang nie aku sayang..hehe..ada jugak yang bila aku ketandusan coins dorang akan amik apa-apa makanan ringan atas meja untuk cukupkan duit yang sen sen tadi menjadi ringgit..huhuhu yang macam ni pon aku sayang :)



kalaw customers bagi coin ni nak amik ke tak? huhuhuhu..
sapa ada lagi duit nie...?


So sekarang nie aku dah menabung duit syiling kat rumah in case ketandusan syiling kat cc bleh aku buat tukar...susah sekarang nie nak tukar coin..huhuhu...selalu orang tukar dekat syarikat vending mashine atawpon syarikat public phone..tapi takkan aku nak pegi tukar kat sana aku bukanlah tokey cc..huhuhuhu... daku hanyalah cashier...


walaupon betapa butuhnya duit syiling aku takkan buat kerja bahlol and tak da maruah 
macam kat bawah nie...kutip syiling dari lori yang terbalik..memang cilako.. >_<

Kalaw sapa yang tak taw dan nak amik taw pasal kejadian syiling tumpah leh baca Article nie..

Sebagai nasihat..kalau korang pergi kedai runcit or mini market or stall tepi jalan tu jangan la segan-segan bayar menggunakan coins sebab tuan kedai tu pasti akan seronok... lagi afdal kalaw beli barang macam beras ke baju ke guna coins.. lagi tersenyum lebar la tuan kedai sebab stok syiling banyak...cuba la kalaw tak percaya...

Lagi satu kalaw ada orang mintak sedekah tu tak payah la bagi duit syiling...murahkan la hati tu bagi jer duit kertas banyak-banyak...barula peminta sedekah tu happy.. :)


okaylah...tata~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Sunday, June 26, 2011

Akibat terlupa sembahyang Isya'

Assamualaikum...

Haa nie aku baru bangun tido daripada mimpi ngeri...huhuhu.... tadi lebih kurang 12.45 balik dari makan kat kedai with my family aku penat terus landing atas katil sampai zzzZZ...lansung tak terlupa sembahyang Isya'.. nasib baik mimpi ngeri tadi buat aku terjaga...Aku pun cepat-cepat pi amik wudu' and solat Isya'.. Wuihh tak dapat bayang kalaw aku meninggal dalam tidur dalam keadaan tak solat Isya' =S

tak yah nak letak pic tidur sangat la naa dayah oi :P


Hurm lepas solat tadi ingat nak sambung tidur tapi dah tak ngantuk dah..tetiba rasa nak buang tebiat tulis blog tetengah malam buta ni and cerita pasal mimpi tadi..baik aku berjaga japgi terus solat Subuh pastu sambung tido balik sampai ke pagi esoknya semula haha...Aku mimpi biasa jer... memang ngeri tapi aku selalu rasa mimpi-mimpi aku ni ada kaitan dengan kegiatan yang berlaku pada siang hari pada hari itu dan benda sekeliling yang sedang dirasakan tatkala sedang tidor itu...


Contoh 1
semalam aku tengok cerita Piranha yang ikan ganas-ganas tu kat lappy... seram betol aku tak    sanggup tengok sampai habis...then terbawak-bawak dalam tidur aku mimpi kena gigit dek ikan tu :-\


Contoh 2
aku mimpi terjatuh dari bot and lemas dalam laut.. bila terjaga rupa-rupanya aku nak terkucil sangat-sangat terus lari ke bilik air


Contoh 3
masa jatuh dalam laut tu tiba-tiba segerombolan ikan Piranha datang ngap tangan kanan aku sampai tinggal tulang..wuuuu sumpah takut gila!! bila terbangun aku terus belek tangan aku..fuhhh nasib baik ada lagi tetapi tangan aku tersangatlah kebas sebab aku tidor dalam keadaan tertindih tangan kanan aku..


haa..kan?? ada perkaitan dengan keadaan sekililing..memang normal ke camtu? korang jadi camtu tak? huhuhuhu... Selalunya aku mimpi buruk sebab terlalu penat or terrrrtinggal solat Isya'..

Ntah pape la cerita pasal mimpi pulak..orang lain pon mimpi jugak tak der pon cerita dalam blog..kecoh je aku kan?hekhekhek... "hishh dah berjaga tak ngantuk lagi tuh pi la buat sunat Tahajud ker ada baik jugak nie tak tulis blog pulak" <-- kata hati kecil ku saat ini..

Okaylah nak pegi kacaw ahli keluarga aku yang sedang nyenyak tidor..nak buat-buat kejut sahur..hikhikhik...

daa~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Saturday, June 25, 2011

Rindu makan RMT kat sekolah rendah

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah besar panjang...bangun pagi pon makin malas..huhuhu... camna nak jadi bini orang nie? hikhikhik..eh tapi Subuh tak tinggal taww..dalam sebulan seminggu je tinggal pon :P ..biasanya lepas Subuh akan tido balik..nasib baik keje pukul 10.30 kalaw tak memang esok pagi pulak la aku bangun haha..

Bila dah bangun lambat otomatik la akan aku akan breakfast + lunch= brunch. hehe.. Dulu masa sekolah rendah bukan main rajin lagi nak pegi sekolah awal-awal sebab nak makan RMT.. korang tawu ke RMT tu ape?

err..gambar hiasan je nie tak de kena mengena lansung dgn entry :P

RMT tu maksud dia Rancangan Makanan Tambahan. RMT ni diberi untuk budak-budak sekolah yang parents dia berpendapatan rendah.. Mereka akan dapat makanan free yang disediakan oleh kantin pada waktu pagi.. Aku ni salah sorang la yang dapat masa tu.. Kitorang selalu pergi awal sebab nak makan RMT la.. Kalaw p skolah awal bleh pilih makanan.. maksud aku staff kantin tu bukannya reti bajet masa nak agih makanan..

Contoh kalaw bihun sup, 30 hingga 50 pinggan pertama dorang letak perfect la segala daging lobak asin suma ada... Bila dah masuk yang 30 last tu mula la tak cukup serba serbi.. Paling sadis ada bihun dengan sup jer.. Ciss.. Lepas tu kalaw siapa yang lambat sangat makanan dia akan diambil oleh anak-anak orang kaya yang tak dapat RMT.. orang-orang kantin main bagi jer sebab assume budak penerima RMT tak makan.. Sebab tu kalaw aku datang lambat sikit mmg habis la..



gambar ni aku google jer..sekolah aku tak main la makan RMT dalam polystrene..
nanti guru besar marah orang2 kantin....hehe

Tapi aku ni ketua pengawas taw habaq ang.. berani sape nak amik makanan aku??..haha..Kadang-kadang bila turn aku kena jaga gate and catit nama orang yang datang lambat aku pon amik kesempatan sekali datang lambat..tak kan aku nak catit nama sendiri..hahahaha.. pengawas bawahan aku tak berani buka mulut beb..hahaha..

Tapi ada satu benda yang remeh pasal RMT nie.. taw ape? kitorang akan dapat key-chain yang ada nama masing-masing...(rujuk gambar dibawah terdapat key-chain yang tergantung kat board kayu tuh) key-chain nie pihak kantin akan pegang.. pastu bila kitorang datang nak makan kena ambil key-chain ni and letak dalam satu bekas..lepas tu baru boleh amik makanan...so maknanya murid yang dah letak key-chain sudah makan RMT..

tapi yang remehnya pabila berlaku keadaan di mana pada hari itu makanan sangatlah sedap aku pon berlari-lari bersama sahabat2 menuju ke kantin dan mencari key-chain masing2 dan mendapati key-chain aku telah TIADA!! then, aku pergi cari dalam bekas tempat orang yang sudah makan dan key-chain aku rupanya BERADA DISITU!! cilako!! ni mesti ada beruk yang rembat makanan RMT menggunakan nama aku!


gambar hiasan sesungguhnya aku tak kenal pon budak dalam pic ini  

Bila jadi camtu selalunya aku akan pegi ngadu kat makcik kantin dan meyakinkan dia yang aku belum makan dan baru datang.. tapi semestinya yang berlaku makcik kantin sangatlah kejam dan tak percayakan aku.. tak guno aku sumpah makcik bangkrap nanti baru tahu..huhuhuhu...

elehh kedekut!! actually kalaw bagi je aku makan pon bukan nak ada efek sebab RMT selalunya tak habis walawpun telah dilelong kepada anak orang kaya...setiap hari mesti ada pembaziran..bukan apa kadang-kadang ada anak orang miskin ada yang berlagak tak nak makan makanan RMT contohnya kawan aku dulu yang bernama Sepiah(bukan nama sebenar).. berlagak kemain tak sedap la hape la last-last RMT dia kena tarik.. mak dia marah bila tahu dia selalu tak makan RMT dan duit poket harian dia pon kena potong..huhu..padan muka ang!..kalaw ang baca blog aku baru ang taw dulu aku tak suka ang..hahahahaha

eh..sekarang ni RMT ada lagi ker? Sapa tahu? huhuhu~

okay..daa~
Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!