Nuffnang Ads

Friday, August 5, 2011

Entry Rindu Dekat Blog.Pertama Kali Berperasaan Begini.

Assalamualaikum..



Hai sumer…fuhh dua hari lebih tak bukak blog kesayangan rasa cam putus cinta oww..sumpah tak bohong..mandi tak sabun tidur tak kenyang makan tak lena tulis tak betoi..kehkehkeh.. Bukan pe ada masalah negara sikit arr..huhu.. Mesti pembaca tertunggu-tunggu kan? Cuish macam ade jer orang tertunggu nak baca..kalaw ada orang baca pon sebab ping blog sana sini sampai menopous..huhu.. takpe ak tak kesah asalkan aku bahagia makan ayam golek kejap tadi..hihi..and bahagia sebab sudah lepas rindu dekat blog..

Petang tadi bukak je blog follower ada jugak bertambah…ada jugak jugak orang komen..Alhamdullilah rupanya ader jugak owang baca blog aku nie…sobss..jap nak lap ingus jap..tak de ape aih selesema je nie..dah la selesema bukak blog tadi ada si comel yuyu zulaikha komen previous entry…terlopong mulut aku rasa cam selesema tu hilang sekelip mata..nasib baik masa terlopong mulut tu tangan ni tak teramik ayam golek masukkan dalam mulut..yelahh masa tengah terlopong mana sedar kan? hehe

Dah tiga hari sakit tekak selesema nie..tadi pi bazaar macam nak pitam jer..takde nafsu cangat walaupon makanan sedap-sedap dan penjual makanan hensem-hensem...Cuma bernafsu ngan ayam golek jer..pastu singgah beli strepsil..nak makan lepas bukak posa dengan harapan lepas makan strepsil keadaan persekitaran akan berubah menjadi winter sonata..tapi  malangnya persekitaran adalah sama iaitu rumah aku dimana terdapat umi yang sedang cuci pinggan and kakak yang sedang tolong umi and aku yang sedang tolong juga..tolong tengok..hukhuhuk.. Aip bukan aku malass aaa tapi aku tak larat..sakit tekak ni penyiksaan taw..


Seronok arr ada blog..boleh luah perasaan sesuka hati..sakit ker marah ker putus cinta ker  tak virgin ker..eh silap tak virgin mana leh luah kat blog…nanti jadi cam adinda kekanda ibunda ye dak? Hurm putus tunang ker, eh silap lagi kalaw putus tunang kena luah kat media kan? Kihkihkih..besh lah ada blog leh kongsi macam-macam kan? Blog nie kadang-kadang cam diari jugakkan..

Okaylah nak tengok tv3 jap..cerita ape tuhh alaa yang ada poziah ngan pazura pakai tudung tuu..comel jer kan perempuan bila pakai tudung?? Ahemmmmm jap nak batuk jap entah kenapa tetiba batuk nie makin menjadi-jadi…kehkehkeh… aippp betulkan niat tu pakai tudung sebab nak tutup aurat bukan nak nampak comel ker cun ker..huhu..semoga pazura pakai tudung lepas nie..aminnn :)

Fuhh lega rasa dah menulis blog kembali setelah dua hari lebih disisihkan..Harap blog tak kecil hati kat aku..elehh blog ada perasaan ker?? Hakhakhak

Okay..babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Tuesday, August 2, 2011

Perkara-Perkara Yang Menumpulkan Otak

Assalamualaikum dan Salam dari perantauan.. :P

gambar hiasan : otak-otak umm nom nom nom!
Aku nak share beberapa perkara yang menyebabkan otak tumpul yang mungkin kita tak sedar selama ni atawpon maybe sedar tapi wat derkk jeww...

1) BOTOL MINUMAN

Ramai antara kita yang suka beli air mineral dalam botol kan? yang dijual kat kedai 1 Malaysia RM0.39 manakala kat Golden Screen Cinema RM2.00.. Ramai yang suka guna semula botol tu dan wariskan botol minuman kesayangan tu hingga ke cucu cicit depa.. Kalaw student mesti ada dalam beg bawak pi kuliah kalaw orang dewasa mesti ada dalam kereta nak minum kala terperangkap dalam jem..




Sebenarnya bahan botoi plastik tu(polyethylene terephthalate or PET) mengandungni karsinogen or DEHA. Kalaw nak guna semula jugak takat 2 kali ja and jangan dedah kepada sang suria.. Sebaiknya, beli 1 pastu minum sampai habis sekali teguk and buang dalam tong kitar semula warna oren yer? Taw dak kalaw kita ulang cuci botol tu lapisan plastik mengandungi karsinogen akan terhakis tu akan masuk dalam air tu.. So kalaw nak guna bekas air baik korang beli bekas air yang banyak dijual yang warna-warni tuh sebab yang tu selamat.


2) MI SEGERA
nyam nyamm
Mee Segera atau nama manja nya megi memang feveret bebudak hostel termasuk aku..ngeh3.. Menurut doktor dalam mi segera ada lilin dan tubuh kita amik masa 2 hari nak bersihkan lilin tersebut.. Kalaw tetiap hari makan megi boleh jadi kanser taw?? Kalaw nak makan jugak sekali sekala dah la pat lima kali dapat bala..hukss...Biasanya aku akan celur dulu megi tu dua tiga kali and tos baru aku makan sebab nak buang lilin tu tapi tak tawla dapat buang habis ke idok..huhu


3) SATE
pehh pehh
Sate pon menumpulkan otak?? pehh ni tak tahan nie..dah la boleh koma kalaw tak makan sate sehari.. Haa jangan risau dengar baca dulu.. Bila kita makan sate kita juga makan karbon daripada arang bakar sate tuhh.. Arang tu leh menyebabkan kanser dan sel sel otak tidak berkembang and membuat kita susah berkonsentrasi.. Sate nie ada karsinogen (penyebab kanser) sebab tu lah peniaga sate nie letak timun sebab timun ada anti-Karsinogen.. haa pandai kan penjual sate? kita nie biologi pon sangkut..hukss.. Jadi timun tu makan jangan dok baling kat kucing jer.. kucing makan timun ker? huhu kalaw ang cakap penjual sate kedekut bagi timun dua helai jer ang beli la timun dua puluh biji and lahap sepuahnya lepas melahap sate..


4) MEROKOK 
wordless rabu
Tengok tu gambar otak tu..lagi mau merokok? macho hape merokok..kalaw pakai brylcreem MASIH TERPACAK tu macho la..huhu.. taw tak bangsa Yahudi tak merokok walaupon rokok berasal dari Yahudi sebab depa taw kalaw merokok akan membuat anda dan keturunan menjadi kurang pandai dan lembab. sebenarnya aku nak cakap bodoh tapi tak sopan. Humm sedangkan bangsa Yahudi genius, kaya dan berjaya dalam hidup depa.

DUNHILL = Dunia Umpama Neraka Hidup Ibarat Layang Layang




5) KOPI

Jangan minum kopi secara berlebihan.. Pakar mensarankan minum kopi maximun hanya tiga cawan itupon cawan yang berukuran kecil...Mai secawann! hehe



6) PEMBUNGKUS MAKANAN 






Pembungkus makanan merupakan sebahagian dari makanan yang sehari-hari kita makan. Certain people anggap pembungkus makanan just pembungkus makanan.Actually depends on bahan pembungkus tu jugak.. Kita kena pandai tengokla pembungkus yang ada fungsi kesihatan, pengawetan, penyeragaman dan maklumat pemakanan yang betui..Pembungkus yang bersentuhan terus dengan makanan tak bagus sebab kita tak tahu tahap kebersihan pembungkus tu.. Contoh yang bagus adalah daun pisang sebab daun pisang ni bahan semulajadi komfem-komfem selamat..Sila berikan tepukan gemuruh kepada nasik lemak warisan tok nyang kita. :)






7) TIDAK SARAPAN
Ramai yang wat tak endah je pasal bekfas.. Selalunya brunch (breakfast+lunch) je kan korang tambah-tambah musim cuti skulah.. Kalaw kita tak makan apa-apa waktu pagi akan menyebabkan turunnya kadar gula dalam darah. Seterusnya, kemasukan nutrition dalam otak kurang dan akhirnya jadilah kemunduran otak.. Sebab tu sapa tak bekfas longlai jer dalam kelas.. Walaupun lecturer yang mengajar seksi macam Beyonce dia tetap mengantuk..huhu.. Bahaya oww tak bekfas sebab kita boleh pitam. Paling malas nak bekfas makan biskut merry cicah air sejuk pon okay.. Nama lain bagi bekfas adalah sahur :)


8) MAKAN BERLEBIHAN
boypren sapa la nie :P
Terlalu banyak makan akan  mengeraskan pembuluh otak yang akan menurunkan kekuatan mental.. Jadi makanlah dalam kadar yang normal..Amalkan makan apabila lapar berhenti sebelum kenyang.. Jangan amalkan mentekedarah walaupun kenyang dan berhenti setelah semputt..haaaa~~semputt~~~ (cakap macam sepah raja lawak)




9) KURANG TIDUR
Time tidur la kita nak wet dream merehatkan otak. Kalaw tidur tak cukup sel-sel otak akan mati kepenatan. Tapi jangan nak over tidur pulak nanti akan menyebabkan kita menjadi malas dan mandom.. Tidur 6-8 jam sehari agar segar bugar.. Ni tak, dah la kat universiti tak tido sebab tengok cerita korea lapan puluh epidod siapkan assignment.. Bila balik cuti sem pulak balas dendam tido sampai koma dan bangun hanya pabila esoknya nak kembali ke universiti semula.. Tak balance arr camtu..


10) KURANG BERFIKIR
umm nom nom nom!!
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurang berfikir akan membuat otak menyusut dan akhirnya tidak berfungsi secara maksima.. Rajin membaca, mendengar musik dan bermain permainan seperti catur, sudoku dan rubix cube akan membuat otak anda terbiasa berfikir secara aktif dan kreatif. Jangan asik pikir macam mana nak ponteng kuliah jer..huhu..




11) MINUM MINUMAN BERALKOHOL
Antara kesan minuman keras ialah memperlahankan fungsi sistem saraf pusat dan mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang..Ada banyak lagi kesan fizikal dan mental tapi malas lah nak cerita sebab kalaw citer leh wat novel kot..Kalaw anda orang Islam ingat je arak tu HAROMMM!!


12) TERLALU LAMA MENGGUNAKAN TELEFON
Kalaw dah bergayut memang la angau habeh sampaikan lupa yang tengah iron shawl baru habis terbakor.. aku la tuh..wakaka.. Akibat kalaw terlalu lama gayut nie akan memberi kesan kepada perkembangan otak disebabkan gelombang elektromagnetik dari henpon kite.. Baik skype jer ye dak? kihkihkih


13) ONANI
Jangan onani pada bulan posa nanti batal tahu..tapi dengar lagu awan onano tak pe :)
Okay..babai~

p/s :Semua info ni aku jumpa merata and aku olah ikut ayat akula supaya korang senang paham..aku lupa copy link sumber-sumber tu..



Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!

Monday, August 1, 2011

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK

Assalamualaikum..


Yeah!! aku memang menanti segmen Ramadhan abang ben hatta ketika bangun sahur tadi pon aku bukak blog abang ben mane tahu dia wat segmen sejurus selepas bersahur..ekekeke...tapi tak de so aku sambung tido bermimpikan makan ayam golek dan murtabak..hiks..tapi tadi nie bukak-bukak je blog ada segmen yang dinantikan..tunggu hape lagi join arr :P

****************************************
Ade satu pengalaman sahur aku nak citer...masa tu aku umo berapa ntah aku malas giler nak bangun sahur tapi bangun jugak sebab mak aku ugut kalaw tak posa nanti time orang berbukak aku takleh join..hukss... okey aku pun bangun and makan berapa bijik nasik jer and tido balik...lepas aku bangun balik aku terasa lapar and pi geledah dapur..eh, ade ayam masak merah la! aku pikir specialnya bekfas harini...tanpa melengahkan masa aku amik pinggan and ratah lauk ayam tu dengan rakus...

Tetiba kak aku sergah...hoihhh tak posa!! umi!!! adik makan!! Dang! aku baru teringat tadi aku ade bangun sahur tapi aku makan sikit jer...ahahaha depa gelak kat aku...pastu umi cakap takpa kalaw lupa tak batal leh sambung posa lagi..umi suruh aku pi kumur cepat-cepat....aku pulak balas..biaq pi lah batal adik lapaq nie nak makan ayam nie jugak...Actually tu lauk ayam lebih time sahur tadi..huhu

Then petang tu bila semua bukak posa makanan special giler aku hanya mampu memandang dari jauh kerana diri ini tersisih sebab tak posa...mereka memandangku dengan suatu pandangan yang sinis...owhh sadis sekali...myesal aku tak posa..huhuhuhu

Gambar dari Dapur Tanpa Sempadan. umm nom nom nom!!

Daging Masam Manis Ala Thai ni adalah feveret aku time berbuka...Mak aku memang terer masak...Makanan Thai memang kena la dengan jiwa aku sebab aku nie mix Thai+Melayu..huhu memang feveret aku lahh dari dalam kandungan umi lagi nie..huhu...adehh dah la tengah posa tak berkelip aku tengok gambar diatas sambil menitis air liur..tipula menitis kan? ahahaha..nak suruh mak aku masak lauk nie lah malam nie..aku tak larat masak sendiri maklumlah aku puasa...wakakaka..ceh macam mak aku tak posa..huhu

****************************************
Kepada sapa lagi yang nak join segmen nie leh terjah SINI
Okay..selamat berposa suma..babai~

Thanks for reading. Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!