Assalamualaikum...
|
ni melambangkan hati busuk sbb kaler itam |
Hai harini saya nak jadi dokter cinta kihkihkih... Jangan cakap ewww naa baca dulu... Okay now im gonna write based on my own experience about love.. Its really hurt you know.. Sobs..sobs.. Kalaw luka kena pisau tak per letak iodine 5 saat baik la.. tapi luka di hati ni kena pandai-pandai ubat sendiri nanti aku citer naa sebab nak mukadimah dulu hehe..
Aku takmau kawan-kawan aku dok frust menonggeng sebab kecewa..pastu ada yang sampai bunuh diri ish..ish.. Jangan jadi bodoh naa?? Pastu aku memang menyampah bila wujud page macam ni kat fb:
Apa hal nya diorang nie? haih bukan nak kutuk ke apa tapi sudah-sudahlah yang berlalu usah di kenang.. sobs..sobs..Okay jom baca cara-cara yang aku amalkan ni..memang susah tapi aku berjaya taww...(^_^)
1# Buang segala pemberian si dia
Mesti ramai yang tak sanggup kan? Yelah mahal kot kasut Adidas yang baby bagi..Alaa sayang la patung burung unta besar gebu tu mahal owww... Buang jelah kalaw nak lupakan mesti sungguh hati jangan suam-suam taik ayam belanda.. Takla aku bukan suruh buang dalam tong sampah tapi boleh jugak kalaw nak bagi kat aku hakhakhak.. Maksud aku jangan la simpan bagi kat kawan ke jual balik ke dapat jugak duit kan?? Nak nak pakwe bagi tanah sebidang kalaw jual tu perghhh.. Kalaw baju dia bagi ada sampai satu lori sedekah je kat rumah anak-anak yatim..Kad-kad cinta ke buang je.. Jangan dok sayang sangat..Yang penting barang tu korang dah tak nampak dah depan mata.
2# Elakkan dengar lagu kenangan
Memang la masa bercinta lagu tu laa lagu feveret korang.. bangun pagi, makan suma dengar lagu tu..sebelum tidur pulak "bie dodoi la cayang nyanyi la lagu kita tu baru cayang bleh titow" even masa nak pegi toilet pon bawak henfon sebab nak dengar lagu (aku la tu sebab nak ilangkan rasa takot haha)... tapi bila dah putus cinta mula la melalak.. asal dengar je lagu korang tu mesti air mata mencurah-curah...lagu kenangan la katakan.. so, apa lagi jangan la dengar dah..contoh satu hari naik keta ngn family tiba-tiba berkumandang kat HotFM lagu kenangan anda ♫♪♫ my baby youuuu ♫♪ are the reason i could flyyyy ♪♫♫ lalalala~ so apa lagi anda cepat-cepat cakap "abah! cepat tukaq dengar Klasik FM sebab along benci lagu ini!"
3# Jangan layan jiwang
Yang nie memang mustahak kalaw tak ikot payah nak lupa kat si dia.. Maksud aku di sini jangan libatkan diri dengan anasir-anasir jiwang yang boleh menerbangkan jiwa raga kita dan menarik-narik hati sehingga setiap masa teringat kat dia..
Contohnya aku dulu aku memang minat baca novel cinta ni habaq la novel apa suma aku penah baca tak seindah mimpi, tak semanis impian, pelabuhan kasih, andai itu takdirnya, ombak rindu, ombak tsunami bla bla bla.. skrg aku dah stop sebab hati aku ada taman kalaw baca novel mesti menangis huhu... pastu jangan dok layan sangat part sedih dalam cerita korea suma tuh kalaw nak layan gak layan jer muka hensem mamat-mamat korea sambil berangan kawin dengan mereka... bukan apa layan kesedihan atau jiwang ni boleh membawa kepada lembik hati.. kalaw lembik caner nak lupa kat si dia kannn?
4# Kalaw tiba-tiba terkenang cepat-cepat sedar
Bab teringat ni memang tak dinafikan kita memang akan terkenang walau dah cuba sesungguh hati nak lupa.. Yelah tengah seronok-seronok jalan-jalan kat One Utama tetiba ternampak Ashraf Muslim owhh sobss sobss teringat ex aku muka dia dulu sebijik macam Ashraf Muslim :'( ataw tengah hepy-hepy jenjalan kat pasar malam tiba-tiba nampak kedai jual buah durian owhh sobs sobs durian ni buah kegemaran ex aku :'(
So, apa yang perlu korang buat ialah tampar pipi sendiri (perlahan dah la naa) dan ingatkan diri ish jangan dok ingat suma tu ala bukan dia sorang je muka cam Ashraf Muslim, Syeikh Muzafar pon muka camtu gak.. ataw pun alaa bukan dia sorang je suka makan durian jiran aku Saodah Seman pun suka makan durian.. haa fikir la camni tak pun korang perpeganglah pada lirik lagu Alyah ini apabila terkenangkan si dia :
♫♪♫ takk mungkin kerana sayang..♫♪ hanya terganggu oleh perasaan ♫♪
5# Sibukkan Diri
Yang ni senang je nak buat korang jangan biarkan diri korang berseorangan especially masa baru putus cinta.. berseorangan amatlah merbahaya kalaw tak korang terdorong nak bunuh diri, korang kena culik baru taw dok la sorang2 lagi..Banyak benda boleh buat untuk sibukkan diri..
Kalaw exam dah dekat ulangkaji banyak2 jangan fikir pasal cinta nanti tak pasal2 exam lingkup..kalaw masa clash tu dah habis exam jangan nak sedih sebab kita kena enjoy dengan kawan2 yelah exam dah habis apa lagi! Kalaw masa tu tengah cuti sem sibukkan diri dengan melancong bersama family ker... kerja ker.. apa2 apa jelah asalkan korang dapat lari dari fikir pasal putus cinta
Tetapi AWAS! jangan pulak korang sibukkan diri nak balas dendam nak pi curah hydrochloric acid (HCL) pH value 1 kat muka awek baru ex korang tu.. Nanti tak pepasal korang sibuk menangis dalam penjara.
6# Cari Pengganti Yang Baru
Ini merupakan perkara wajib taw sebab inilah faktor yang boleh mempercepatkan proses melupakan.. Aku taw ada certain people yang frust bercinta terus tak nak ada kekasih ramai nak jadi lone ranger tapi dalam hati korang sebenarnya korang sunyi kan? tak kannn tak jeles tengok kawan-kawan manje-manje gedik dengan kekasih dorang.. pastu siap ada prinsip lagi AKU BENCI LELAKI! tak pon AKU BENCI PEREMPUAN!.. weyy weyy agak-agak arr aku pon pompuan gak takkan aku pon ang nak benci.. ang nak jadi gay ka?? huhuhu...
Kalaw susah sangat nak cari pengganti korang kena cuba terima orang yang suka/sayang kat korang sebab komfem dorang tak kan melukakan hati korang betul tak? Lepas tu pelan-pelan la korang pupuk rasa cinta sayang kat dia?? Cubalaa naa? jangan la tutup terus pintu suka hati korang tu :)
7# Cipta kenangan baru di tempat yang sama
Cara nie seriyes berkesan..Aku memang suka.. Caranya korang kena pegi tempat yang paling mengingatkan kisah lama. Bawak kekasih yang baru korang lagi berkesan.. Contohnya dulu korang selalu pergi tepi pantai Morib jalan-jalan ngan ex korang.. Kali nie ajak kekasih baru korang pegi setiap hari.. Tambah aktiviti dengan berkelah ke.. suruh dia bina istana pasir pastu korang robohkan kahkahkah.. tak pun main kejar-kejar aww co cweet (^_^) haa faham kan?
Tetapi AMARAN! jangan bagitaw kekasih baru yang tempat tu merupakan tempat memori korang dulu-dulu sebab nanti dia akan cemburu pastu spoil mood dating huhu.
8# Buat benda yang sama
Yang ini lebih kurang sama dengan nomber 7 tadi cuma yang nie tak berkenaan dengan tempat.. Ni aku bagi contoh dari pengalaman aku la naa.. Contoh dulu masa sekolah aku selalu tolong buat homework kat si dia. Memang rela la dah sayang kan.. So bila dah tak de pape aku nyesal la pulak.. ceh macam kuli eak aku dulu.. Pastu bila ada pengganti aku pun buat benda yang sama tolong buat nota dengan rasa cinta thehehe.. And dulu aku penah jahit seluar dia yang koyak then skarang aku jahitkan pulak kat cinta hati yg skrg ehehehe... So, memory lama dah bertindih and kita akan lupa pada yang lama :)
Ada lagi ni kawan aku punya kisah dulu dia selalu buat kek kat ex dia..Then dia ikot cara pertindihan memory aku ni. Dia buat kek banyak2 pada kekasih baru and lama2 bila dia buat kek je dia dah tak ingat dekat ex dia... Minda dia dipenuhi dengan kekasih baru tatkala buat kek sampai kek hangit sebab terlalu angau kahkahkah xD
9# Fikirkan keburukan si dia
Yang ni penting ni dan sangat membantu..Alaa biasala saat bercinta semua indah even dia jenis suka kentut di khalayak ramai pon korang tak kesah.. Korang kena fikir perkara yang menyakitkan hati berkenaan si dia.. Contoh nya pasal dia curang ngan korang kantoi keluar ngan perempuan lain. Sakit hati kan? Tak pun fikir la tabiat si dia yang buruk suka merokok ke suka tendang kucing ke?? eee geram ni haa aku pun tengah terfikir tabiat buruk ex aku.. ciss.. Haa ini akan menerbitkan rasa benci dan senang nak lupa...
Tetapi ingat benci biar berpada-pada jangan sampai berdendam pulak nanti hati korang yang gundah gulana tak senang hati .. Korang kena ingat Allah maha adil apa yang dia buat kat korang pasti akan dapat balasan.
10# Putuskan hubungan forever
Cara ni agak tak manis la sebab memutuskan silaturahim kan? Tapi takper aku rela hilang dia sorang sebab aku boleh cari ramai lagi kenalan huhu.. Lagipun aku jenis kalaw aku clash tak der nya aku nak kawan dah dengan dia sebab nanti hati aku jugak yang sakit tapi kalaw korang boleh jadi friend ngn ex korang bagusla. Tapi korang pon mesti pernah dengar kata-kata ini :
"amatlah senang daripada sahabat menjadi kekasih tetapi amatlah susah daripada kekasih hendak menjadi sahabat"
So, apa lagi cepat la delete nomber telefon dia daripada henfon korang.. lepastu pergi facebook unfriend la dengan dia.. Korang kena kuat aku taw la korang tak sampai hati.. Tapi ada baiknya korang unfriend daripada hari-hari jadi stalker pi usha fb dia pastu menangis sorang-sorang sebab jeles tengok pic dia dengan kekasih baru.
#11 Fikir positif
Nak fikir positif ni lah ramai yang payah nak buat kan? Sebab mesti korang cakap wuwuwu ingat senang ker nak lupa cinta dahulu :( Ok nie aku list apa yang perlu perkara yang perlu korang tanam dalam fikiran korang :
- Dia bukan ditakdirkan untuk anda
- Dia bukan jodoh anda (samala kan macam point no 1 hehe)
- You deserve someone better than him/her
- Jangan jadi anak derhaka (kalaw parents tak restu)
- Dia tak sepadan dengan anda pon (anda cun/hensem)
- Anda akan jumpa orang yang betul2 sayang anda
- Dia hanyalah permulaan dalam anda mengenal erti cinta chewahh >_<
#12 Doa dan tawakal
Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku... tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi
Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera
Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa
Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya
Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin.
Lastly aku nak pesan korang ;
"Don't hold someone in your heart that you could never hold in your arms"
Okay.. daa~
Thanks for reading.
Kindly drop your comments below ya. Really appreciate your thoughts. Cheers!